CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Aksi Pensyarah Mengendong Bayi Ketika Mengajar Tular Di Media Sosial

7-3-2019 10:47 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 5949| Komen: 20|Original author: Oleh: Pink Lily

Profesor Nathan Alexander mengendong bayi, Assata sambil memberi syarahan

Seorang profesor matematik di Amerika Syarikat (AS), Profesor Nathan Alexander menjadi perhatian selepas video dan gambarnya mengendong bayi sambil mengajar di Morehouse College, Atlanta, tular di media sosial. 

Kebanyakan netizen memuji tindakan professor tersebut yang cuba membantu bapa kepada bayi berkenaan agar tidak terlepas kelas Algebra pada hari itu. 

Wayne Hayer, bapa bayi berkenaan yang juga merupakan seorang pelajar dalam bidang Kinesiologi sebelum ini didapati sering meninggalkan kelas awal untuk pulang menjaga bayinya. 

Kebetulan pada hari tersebut, isterinya mempunyai urusan lain, manakala Hayer akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester tidak lama lagi dan tiada sesiapa dapat menjaga bayi berusia lima bulan itu. 

Setelah berbincang, Profesor Alexander membenarkan Wayne membawa anaknya ke kelas sambil berkata, "Saya akan memegangnya agar awak boleh mengambil nota dengan baik!". 

"Dia melakukan dua kerja dalam satu masa. Menjadi pelajar sepenuh masa, terbabit dalam program kepimpinan di kolej dan seorang bapa," jawab profesor itu ketika diwawancara oleh CNN. 


Wayne sedang memasangkan alat penggendong bayi pada Profesor Alexander
Sumber: CNN

Tambahnya, gambar itu merupakan satu peringatan tentang apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dan betapa pentingnya penjagaan anak.

Berkata kepada pemberita di Buzzfeed News, Profesor Alexander memberitahu beliau mendukung bayi berkenaan sambil berseloroh akan menidurkan bayi itu dengan caranya mengajar. 

"Apabila dia mula tertidur, saya berkata kepada kelas 'Saya rasa saya membosankan sekarang'," katanya lagi.

Selain mendapat sokongan dan pujian daripada netizen atas kemahiran mengajarnya, isteri Wayne, Firda Hayer tidak terkecuali menyampaikan penghargaannya kepada Profesor Alexander dan orang ramai yang memberi galakan. 



Di samping Profesor Alexander, orang ramai turut memuji pelajar ini yang berusaha untuk hadir ke kelas meskipun terpaksa membawa anak kecilnya. 

Apabila ditanya berkenaan insiden ini, Hayer mengaku beliau agak gementar pada mulanya untuk membawa anaknya ke kelas.

"Morehouse merupakan sebuah kolej lelaki dan dengan kehadiran bersama bayi yang dikendong pastinya semua orang akan memandang saya," katanya. - CARI
10

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missDollie 7-3-2019 11:02 AM
Hahaha..so cuteeee..well done!!
Quote mbhcsf 7-3-2019 11:15 AM
Wow that is soooooo Cool , Nathan ..good job !!!
Quote matchstick 7-3-2019 11:53 AM
Baby tu jenis yg senang handle xpe la.. Sesetengah baby x mau dgn org yg x biasa dgn dia
Quote Artemesiaa 7-3-2019 12:06 PM
Syukurlah babynya pun turut memberikan kerjasama menyenangkan si bapa lakukan dua tugas sekali gus
Quote lee_sakura 7-3-2019 12:15 PM
comelnya anak dia
Quote AwanCikDania 7-3-2019 12:23 PM
Iollss pun pernah minta tlg suami jagakan our baby. Suami bawak pergi kerja, jagakan 3 jam. Alhamdullillah lh. Bosnya tak marah. Tapi takut juga kot2 boss suami I mrh. Tapi suami I ckp. Apa susah. Klu bos marah. Dia ckp jelah. Takpelah bos. Saya ambil cuti. Hihihihi {:love
Quote merrissa 7-3-2019 12:28 PM
Edited by merrissa at 7-3-2019 12:29 PM

math.....kalo leh semua soalan aku nak jawab "no solution" #akutakpandaimath
Quote bemyself 7-3-2019 01:32 PM
Diam pulokkk baby nie...
Quote aleesyasofia 7-3-2019 02:32 PM
bgus lect. brtolak ansur dgn pelajar..
Quote ikanmasin 7-3-2019 05:32 PM
bagus cikgu ni..ada alternatif nak bantu pelajarnya supaya tak ketinggalan
bole bertolak ansur..
Quote 234126 7-3-2019 08:39 PM
Bertuah gf/ wife professor matematik ni. Gene elok haha
Quote sehirkedi 7-3-2019 08:44 PM
Nanti student ralit dok ushar baby yang comel tu.. Tak dapat tumpukan perhatian kat kelas..
Quote skinsandstars 7-3-2019 08:46 PM
Kalau kat mesia buat macamni, kena kecam sampai 7 keturunan.
Quote Miming2 8-3-2019 05:25 AM
Cool lah prof nie.. And hats off to bapanya, tak lah nak mengabaikan baby tu.. Baby tu pun alahai.. Tak meragam pula.. Cute.. Senang nak handle and tak takut org.. Mudah kerja smua org..
Quote adeqbun 8-3-2019 08:27 AM
at last ade gak berita parents yg sygkan baby..dah sakit kepala sepjg smggu 2 ni kes mak bapak bodo buat mcm2 kat anak sndri
Quote hasniey 8-3-2019 09:09 AM
Baby kecik lg senang jaga sebenarnye.kalau dia dh start kenal org,dh start merangkak.aiyooo
Xmo duduk diam.tpbguslah lecturer tu.membantu sgt2
Quote mangkukhayun 14-3-2019 04:13 PM
morehouse merupakan kolej lelaki? woowww
Quote gideoncross 15-3-2019 01:02 AM
skinsandstars replied at 7-3-2019 08:46 PM
Kalau kat mesia buat macamni, kena kecam sampai 7 keturunan.

Habis smua hencapan, kecaman, tohmahan & kbencian d tujukn kt mak bapak baby ni, silap hribulan family laki bini pun kna hencap.
Quote arffa 15-3-2019 08:56 AM
My friend buat biz young living memang gendong jer anak2 kehulu ke hilir walaupun attend course. Tapi baby tu memang good baby. Tapi salute la sebab gigih mak mencari rezekisambil tu jaga anak.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.104980 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top