Persaingan mendapatkan pekerjaan. Adakah ia dinilai dari kaum majoriti atau minoriti? Atau penampilan semata-mata? Begitulah antara intipati yang dikupas oleh sebuah portal yang memaparkan hasil kajian sosial masyarakat mengenai perbezaan penampilan pencari kerja dalam mendapatkan kerja tersebut. Memfokuskan pada perbezaan kaum ketika sesi menghantar 'resume' hinggalah temuduga mendapat pelbagai reaksi. Namun dalam konteks ini, penulis mengambil sisi antara dua pencari kerja Melayu iaitu berhijab dan yang tidak berhijab. Sampel diambil daripada orang yang sama namun diubah penampilan lalu dibuat pemerhatian.
Hasil kajian mendapati responden wanita yang 'free hair' mendapat lebih banyak panggilan berbanding dirinya yang juga bertudung. Persoalannya mengapa gadis yang 'free hair' lebih mudah mendapatkan kerja berbanding mereka yang bertudung? Selain dari perbezaan kaum yang menjadi topik perbualan mengapa majikan memilih bulu, penampilan calon pekerja juga dipertaruhkan. Walaupun Zulaikha Asyiqin dan Nur Sakinah adalah orang yang sama tetapi berbeza gaya sahaja, majikan seolah-olah lebih cenderung untuk memilih Zulaikha. Adakah kerana pemakaian tudung membuatkan majikan berasa kurang selesa atau ia dianggap mencemarkan imej syarikat? Ada netizen yang pernah mengalami situasi tersebut iaitu perlu membuat pilihan antara kekal bertudung tetapi tidak mendapat kerja atau boleh menanggalkan tudung dan diterima bekerja di sebuah butik antarabangsa. Jadi, ia terpulang kepada calon tersebut sendiri sama ada mahu mempertaruhkan maruah atau tidak. Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Baginya bertudung atau tidak adalah faktor kecil untuk mendapatkan kerja kerana yang lebih penting adalah ciri-ciri yang ditampilkan oleh syarikat yang menentukan sama ada sesuai atau tidak diterima bekerja. Malahan, segelintir netizen berpendapat ia adalah perbandingan yang tidak adil kerana perbezaan 'resume' antara Zulaikha dengan Sakinah sendiri sudah mencerminkan bias di situ. Perbezaan universiti, persatuan yang diwakili, pengalaman kerja dan kemahiran juga berbeza. Jadi, mengapa apabila mahu dibuat perbandingan, ia hanya mengenai tudung dan tidak bertudung sahaja? Kajian ini mungkin mengambil kira syarikat-syarikat antarabangsa atau milik persendirian yang mempunyai ciri-ciri tertentu tatkala memilih calon pekerjanya. Bagaimanapun statistik ini juga mencerminkan masih ada sikap 'pilih bulu' antara hijab dan 'free hair'. Sampai bila ia harus berlaku? - CARI |
mesmerize: tak ada la.. kat kampeni ai kerja semua malay ladies jenis pakai tudung.. dari dulu pun new hire malay ladies semua bertudung.. yang interview lelaki ...
matbad: Tu company awak kerja..mcm mna dgn company2 lain yg awak tak kerja??niborg buat kajian..kalau buat kajian kat company awak saja tak la resultnya mcm t ...
matbad replied at 8-3-2019 05:44 PM
Tu company awak kerja..mcm mna dgn company2 lain yg awak tak kerja??niborg buat kajian..kalau buat ...
Airun replied at 8-3-2019 07:36 PM
biasanya wanita berjaya adalah freehair
srikandi melayu zaman dulu pun freehair
cik siti wan kem ...
Airun replied at 8-3-2019 08:23 PM
dah namanya hijab
memang la kalau terhijab
betul tak ?
seri_mawr replied at 8-3-2019 06:11 PM
sesetgh tempat mmg mereka nak org tak pakai tudung...
adik aku pernah gi interview (pakai tudung) h ...
Airun: biasanya wanita berjaya adalah freehairsrikandi melayu zaman dulu pun freehaircik siti wan kembang pun freehairjadi di sini pun nampak freehair itu ta ...
Airun: dah namanya hijabmemang la kalau terhijabbetul tak ?hijab tanda kuat agamajadi kena cari kerja yg sesuaimisalnya tak ada campur lelaki wanita
Airun replied at 8-3-2019 07:36 PM
biasanya wanita berjaya adalah freehair
srikandi melayu zaman dulu pun freehair
cik siti wan kem ...
ADVERTISEMENT