CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Tertinggal Di Lapangan Terbang, Pesawat Terpaksa Patah Balik

12-3-2019 05:48 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5719| Komen: 29|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google



Pesawat Saudia penerbangan SV832 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah gara-gara kelalaian seorang penumpang wanita tertinggal bayinya di kawasan menaiki kapal terbang terminal berkenaan.

Memetik laporan The Independent pada 12 Mac, perkara itu didengar dalam rakaman antara juruterbang pesawat berkenaan dan petugas kawalan trafik udara Jeddah yang dimuat naik dalam YouTube.


"Semoga Allah bersama kita. Adakah kami boleh berpatah balik atau tidak?" kata juruterbang tersebut melalui radio.

"Pesawat membuat permintaan untuk berpatah balik, seorang penumpang tertinggal bayinya di kawasan menunggu, kasihan anak itu," kata petugas kawalan trafik udara.

Apabila diminta mengulangi permintaannya, juruterbang itu menegaskan, "Kami telah beritahu anda, seorang penumpang tertinggal bayinya di terminal dan tidak mahu meneruskan penerbangan."

Pesawat berkenaan akhirnya dibenarkan berpatah balik. "Ini merupakan insiden yang pertama kali berlaku di sini," kata petugas kawalan trafik udara di  Jeddah.

Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Kredit foto: Carian Google


Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tentang bagaimana penumpang wanita berkenaan boleh terlupa dan tertinggal anaknya di terminal berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

The Independent juga menyatakan pihaknya telah meminta pengurusan Saudia untuk mengulas tentang insiden tersebut.

Mujurlah wanita berkenaan teringat tentang anaknya sebelum tiba di KLIA, kalau tidak mungkin lagi kecoh jadinya. - CARI
1

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 12-3-2019 06:45 PM
ni pesen mak bapak yg boleh tertinggal anak seharian dalam kereta
Quote buapakperut 12-3-2019 06:48 PM
cuainya....
Quote RatuDunia94 12-3-2019 08:04 PM
Knp patah balik? Kerana sorang cuaim habis menyusahkan 1 kapal.. teruskan je perjalanan.. biar mak dia uruskan sendiri..
Quote gummiebear 12-3-2019 08:17 PM
Cemanalah boleh tertinggal anak pulak
Quote lasagnaklcc 12-3-2019 08:24 PM
1st time jaga anak kot. Selama ni maid jaga.
Quote hussaini4675 12-3-2019 09:18 PM
Pilot tu memang prihatin. Agaknya pompuan tu dah panik gila.
Quote dua_chzy 12-3-2019 09:22 PM
RatuDunia94 replied at 12-3-2019 08:04 PM
Knp patah balik? Kerana sorang cuaim habis menyusahkan 1 kapal.. teruskan je perjalanan.. biar mak d ...

Kerana akak yaqin pilot tu pun ada anak jadi empati dia tinggi terhadap mak tu.
Quote dokupangg 12-3-2019 10:12 PM
Ini facepalm yg boleh tembus ke belakang otak. So baby tu jadi mcm mana sepanjang a few hours mak nya dah berlepas?
Quote Nenolen 12-3-2019 10:20 PM
Pasnie make sure pilot n ketua pramugara/i buat annoucement pastikan semua ahli keluarga cukup seblm berlepas
Quote glump 12-3-2019 11:04 PM
Pramugari tak cek blk ke either semua penumpang dah naik ke. Ke baby tu tak daftar tu yg dia tak pasti atau andaian mudah, kira seat penuh.. Kira semua dah naik.. Seat mmg penuh sbb mak baby dah naik, baby yg tiada
Quote sukacactus 12-3-2019 11:32 PM
Ramai sgt ke anknya sampai boleh tertinggal sorang
Quote Decaffeinated 12-3-2019 11:56 PM
susah aku nak kesian kalau dah cuai sampai tahap macam ni...

patut pilot teruskan penerbangan. nanti dah sampai suruh dia naik balik kapal pulang, secara berbayar ofkos.

baby tu pandai2 lah jabatan kebajikan nak uruskan. amik terus pun xpe kot.

Quote EvieWanKenobi 13-3-2019 07:20 AM
padahal kan buat announcement
untuk parents with infants boarding
flight dulu..

masa ni emaknya masih tak sedar
anaknya takde??

sangat pelik..
Quote hussaini4675 13-3-2019 08:03 AM
EvieWanKenobi replied at 13-3-2019 07:20 AM
padahal kan buat announcement
untuk parents with infants boarding
flight dulu..

Mungkin dia naik kapal terbang sorang2. Suami tak ikut. Sebab tu kelam-kabut.
Quote insulin 13-3-2019 08:06 AM
Boleh ye macam ni. Agak2 kena caj tak?
Quote hussaini4675 13-3-2019 08:06 AM
glump replied at 12-3-2019 11:04 PM
Pramugari tak cek blk ke either semua penumpang dah naik ke. Ke baby tu tak daftar tu yg dia tak pas ...

Sepatutnya camtulah. Check passenger & boarding pass. Mungkin perempuan tu naik business atau 1st class. Tak banyak songeh masa check.
Quote jazaa100 13-3-2019 08:08 AM
Mcm ni pun ada?.....
Quote pittjie 13-3-2019 08:46 AM
hussaini4675 replied at 13-3-2019 08:06 AM
Sepatutnya camtulah. Check passenger & boarding pass. Mungkin perempuan tu naik business atau 1st  ...

business class & first class lagi la steward/stewardess cek passenger betul2. siap kena tau nama & apa2 gelaran. dan of coz jumlah tepat passangers.
Quote barbwire 13-3-2019 10:07 AM
bingainya bangsa arab ni
yg sekor tu bapak dia buang anak ke laut
yg ni sekor mak tinggal anak kt airport
mynusahkan org lain
patutla negara diorg perang tak habis2
memang diorg tak sayang nyawa anak diorg pun

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041615 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top