CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Enggan Balut Aurat, Che Ta Mahu Istiqomah Pakai Baju Patuh Syariah...

18-3-2019 04:17 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 13953| Komen: 90|Original author: Oleh: MieJo

Mungkin ada yang sudah perasan yang pelakon dan pengacara jelita lagi bergaya, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta sudah mula menggayakan pakaian yang lebih sopan dan longgar sesuai dengan imej sebagai seorang muslimah. 



Ianya sememangnya merupakan azam baharu Che Ta untuk berubah ke arah kebaikan semenjak awal tahun lagi. 

Menerusi laporan mStar Online, Che Ta mengatakan yang dia mahu mengubah fesyen nya ke arah yang patuh syariah berbanding dengan sebelum ini yang hanya sekadar memakai tudung tetapi mengenakan pakaian yang menampakkan bentuk badan. 

"Saya sudah mula mengubah kepada fesyen yang lebih patuh syariah dalam usaha menutup aurat dengan sempurna," ujar Che Ta seperti yang dipetik daripada mStar Online.



Tambah Che Ta, dia tidak mahu sekadar membalut aurat dan perlahan-lahan mahu ke arah yang lebih baik dan berharap akan dapat istiqomah.

"Saya tidak mahu sekadar 'balut' aurat," ujar Che Ta sambil mengakui bahawa dosa membalut aurat dengan tidak menutup aurat sama sahaja. 

Kata ibu kepada 3 anak itu lagi, segala perubahannya bukanlah dilakukan secara mengejut tetapi hasil daripada pengaruh keluarga dan rakan-rakan yang menutup aurat dengan sempurna disamping usahanya dalam mendalami dan mempelajari ilmu agama demi untuk memperbaiki diri.


Kredit foto: Ig Che Ta

Perubahan Che Ta ini wajar dijadikan sebagai contoh bagi wanita diluar sana yang mereka masih boleh nampak elegan dan bergaya walaupun menutup aurat dengan baik. Semoga Che Ta terus istiqamah ye. -CARI 
1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • idakamaruddin

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Leeanne88 18-3-2019 04:27 PM
Semoga kita semua istiqamah
Quote eizarz 18-3-2019 04:28 PM
mr bean in the display...
Quote mixed 18-3-2019 04:28 PM
sila jgn pakai  bulu mata pelusu
Quote GegarVaganja 18-3-2019 04:29 PM
So dah saman ke belum?

Quote she 18-3-2019 04:31 PM
Poyo jahhhh

Acah tudung tutup dada tapi kaki mengerekot pose lentik mendada masih tersiar juaaaa

Yihhh
Quote siq 18-3-2019 04:32 PM
berapa agaknya dia bayar mstar nak up citer suci murni camnih?

kalau awal2 bayar 2k je tu kan senang..adoilah
Quote Izaabelle 18-3-2019 04:34 PM
Ok lah apa apa je lah nekta tapi rasa rimas mcm langsir berjalan!
Quote zulka 18-3-2019 04:37 PM
taktik lencongan agenda panas ka
Quote mieymiey 18-3-2019 04:42 PM
Jadi dengan cerita ni, kita patut dah lupa dengan isu saman sheols?
Apa pun, kalau sheols dah niat cenggitu semoga istiqamah yer nekta.
Tapi ingat, jangan aniaya orang lain.
Quote noor2 18-3-2019 04:53 PM
Berapa tinggi cik ta ni....knp anak dia dan suami dia rendah?....maksud akak cik ta ni tinggi dia 170++ ke?
Quote noor2 18-3-2019 04:55 PM
Anak akak yang sekarang ni  umur 15 tahun pun akak tinggi dada dia ja. ...rasanya dah capai 170++ budak ni. ...

Maaf lah jika ayat akak agak kurang elok. ..sebab banding ketinggian. ..
Quote cahaya_almas 18-3-2019 04:56 PM
Baju pink tu menonjol gak tek dia kan..acah2 nk lari topik ke sblm nie....huhu
Quote noor2 18-3-2019 04:58 PM
Gambar cik ta semua senget tepi kiri. ..hehe..sebab kalau ambil depan2 x berapa lawo ke. ...
Quote imransulaiman 18-3-2019 05:01 PM
Semoga istiqomah..

Jangan pula ada niat lain tiba-tiba keluar koleksi jualan baju raya {:thief
Quote cikatilia 18-3-2019 05:04 PM
serabut anak beranak bila berjalan serentak
Quote shanti_priya 18-3-2019 05:07 PM
yang baju hijau tu, orang lain pandang depan lek2 je ko nakk jugak senget pandang tepi. apa mata ko kalau tengok depan2 kero ke
Quote intanumbrella 18-3-2019 05:13 PM
she: Poyo jahhhhAcah tudung tutup dada tapi kaki mengerekot pose lentik mendada masih tersiar juaaaaYihhh


Tutup dada apo sis...semlm bday piyah tudung hampir nmpk leher sis..sorry iols xbleh nk bersangka baik dgn dia ni...lagi satu nek ta...jgn aurat je jaga...mulut xjga...sekian
Quote DeeHanania 18-3-2019 05:23 PM
Semoga istiqamah laa yer,Cik Ta
bersederhana dlm sgala hal,
jgn pkai bulu mata pelesu,make up tebal skati,
baju sendat yaamatt
Quote MakareyumSuciey 18-3-2019 05:26 PM
Ye lah kan...sebab dah makin tua. Elok la pakaian tu longgar2..

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.192323 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top