CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Dihina, Diketawakan Sebab Gemuk Selepas Bersalin,"-Pengacara Go Shop, Syakirin Husnal Luah Perasaan

20-3-2019 11:45 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 17252| Komen: 49|Original author: Oleh: Pink Lily

Kredit foto: Syakirin Husnal
Bukan satu perkara mudah bagi seorang wanita untuk kembali ke saiz zaman bujang setelah melahirkan anak, tapi hakikatnya inilah pengorbanan seorang ibu. Perkara ini diakui oleh pengacara Go Shop, Syakirin Husnal yang menulis panjang lebar di Instagramnya. 

"Selepas melahirkan anak, saya berasa sedih melihat betapa berubahnya badan saya sekarang. Saya terdesak untuk mencari diri saya yang 'dulu', sambil cuba mengenal pasti apa tarikan diri saya yang 'baru' ini."

"Banyak baju saya yang dah tak muat, saya perlu perbetulkan gaya saya semula!" tulisnya.


Menurut Syakirin lagi, keyakinan dirinya pernah goyah apabila rakan-rakan di tempat kerja menjadikan isu badannya sebagai bahan jenaka. Malah mereka turut membandingkan dirinya dengan rakan lain yang lebih bernasib baik.

"Saya diketawakan rakan-rakan di tempat kerja, ada yang cuba memberitahu bagaimana untuk hilangkan berat badan dengan cepat."

"Dan rupanya? - mereka yg melebih-lebih tu kahwin pon belum, mengandung pon tak pernah.. banyak bunyi je. Yang lelaki pon sibuk lahai. Kau gf pon belum ada. Oh ya patutlah takde gf lagi, mulut puaka tebing biru."

"Dan yang memburukkan lagi keadaan, segelintir rakan-rakan saya, (dan ya mereka juga terkenal) mempunyai genetik yang bagus, mereka kembali kepada berat asal sebelum mengandung dalam berapa? Beberapa minit? Hahahahaha Dan saya dibandingkan dengan mereka dalam setiap perkara. Uuugghh."


Syakirin mengakhiri perkongsiannya dengan kata-kata semangat kepada kaum ibu sepertinya.

"Kawan-kawan saya bertuah. Tapi saya juga bertuah! Saya dapat pengalaman merasa buntu, dan berusaha untuk sayangi diri sendiri. ."

"Sebelum ini biasanya saya akan mengambil gambar wajah sahaja. Tapi sekarang saya dah tak kisah. Saya mahu semua ibu-ibu di luar sana tau yang, kita semua adalah normal! Kita adalah cantik!"


"Ya, kita mungkin gemuk sekarang. Tapi nilai kita jauh lagi besar dari saiz badan kita! Menyayangi diri sendiri adalah satu perjuangan. Dan kita pasti akan menang," tulisnya lagi.

Syakirin mendirikan rumah tangga pada 23 November 2013. Hasil perkongsian hidup dengan Muhammad Faris Arriffin, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Vea Khadija yang dilahirkan pada 18 Ogos lalu.

Bagaimana ibu-ibu? Pastinya ada antara anda juga pernah mengalami perkara ini bukan? Moga perkongsian Syakirin ini dapat memberi sedikit inspirasi kepada anda. Yang penting anak sihat, keluarga bahagia. Betul tak? -CARI

14

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
4

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosevelvet 20-3-2019 11:56 AM
Dulu juma pun mcm ni... Ms sheol mbelon bagai juara.. Bentuk bdn x penting, yg penting pglmn melahirkan, knp nk berkira psl bentuk badan... Kata sheol... Tup2 dah slim balik... Huntonggg
Quote sheqim 20-3-2019 12:12 PM
Meols pon mase pantang turun berat asal selim melim uols.. tapi abis pantang xjaga balik ke berat preggy 9 bulan muahahahaha nyesal pon tagunaaaaa..

Nti anak dh 2yr diet la blk sykirinn.. skang ank menyusu kan.. pekakkan telinga jelahhh

Quote EvieWanKenobi 20-3-2019 12:19 PM
jangan peduli mulut orang..
Quote chicozinn 20-3-2019 12:40 PM
chillex la..meollss masa dlm pantang trun 15kg tapi habis pantang n kerja balik trus melambung nek 18kg..last2 stat thun ni meollss mkn produk si zulin terdampar tu alhamdulillah da dua kotak trun 8kg..b4 this memacam try diet tapi nafsu makan tu xleh kawal tu yg meolls terpaksa bli produk..
Quote MariaClara 20-3-2019 01:54 PM
Edited by MariaClara at 20-3-2019 01:56 PM

fahmmm...sgt faham...mulut org mmg hanat dik...kdg mcm remeh tp klaau selalu disebut hangin jugak kan...

mcm hakak ni..kuruihhh..hari2 org lalu tnye...tanye...kenapa kurus...sakit ke? dah pegi check ke? kau tak mkn? save duit ke? mulut mmg sgt babun...padahal sepanjang bekerja penah ke aku gemok..aku pon tak paham laaa....
manusia ni mmg tak pernah puas...kurus salah gemuk salah...yg pelik tu diri mereka sendiri pon azab aku tgk

hahahahhahahahha
Quote teen_angelJB 20-3-2019 02:35 PM
To disebbkn dia aku suka tgk go shop..
Rai pun sama..
Cara dia ckp nak attrct org mmg superb..silap2 klu jual pnyapu lidi pun bole beli beb..thumbs up syakirin
Quote buapakperut 20-3-2019 02:51 PM
walaupun gemuk tapi nampak wangi sheols, biasa la lepas beranak, juma dulu pun kene kecam sebab dah macam kene pam, boleh jugak kurus balik
Quote prettyuglybabe 20-3-2019 02:53 PM
body shaming ni takkan terhapus di dunia..
anggap je orang yang tak habis-habis nak ngata badan orang lain tu as dengki sebab dorang tak de apa yang korang ada..
Quote nazzse 20-3-2019 03:16 PM
Sheols sebelum pregnant gemuk gak kan, kurus sbb nak anak, tak lama kurus pregnant. Colleague pun biarlah dia enjoy dapat anak, lama dia tunggu nak dpt Vea ni. But sheols berisi body 'kemas',cantik je tengok
Quote chinta89 20-3-2019 04:14 PM
jgn peduli mulut org dia kawin pun agak lama nk dpt anak (artikel tulis KAWIN TAHUN  2013)  so pegi mati la mulut jahat tuh.
Quote MissVixen 20-3-2019 04:59 PM
Walaupun chubby, beliau nampak wangi.
Quote Kyra_Lydia 20-3-2019 05:15 PM
netizen yang komen tu kurang sangat ke duit dlm account korang kok die comel gini? tapi kadang2 kalau tgok kat ig artis ni yg komen bukan2 ni budak hingusan yang belum tamat alam persekolahan pun..
Quote Sazida 20-3-2019 05:26 PM
chicozinn replied at 20-3-2019 12:40 PM
chillex la..meollss masa dlm pantang trun 15kg tapi habis pantang n kerja balik trus melambung nek 1 ...

Share pls. Lps beranak nnty nk tryy
Quote TalibanRock 20-3-2019 05:30 PM
BODY SHAMING IS A TREND NOWADAYS EHHH??
Quote IzzahF 20-3-2019 06:10 PM
rasanya dia mmg "tak kurus" sebelum2 sebelum2 sebelummmmmm preggy apatah lg lepas jd mak.
bukan nk menambah luka dihati....cuma


lemak tu tak dtg berlonggok2 dik kalo ko tak melantak
Quote matchstick 20-3-2019 07:03 PM
bila badan besar sheols sesuai jual baju2 muslimah saiz acik2 di goshop.
Quote bezita60 21-3-2019 08:02 AM
Jgnlah diet strict sgt kalau tgh menyusukan bayi.
Kwn saya, babynya masuk ward ada masalah hati, sebab susu ibunya langsung tak ada zat (maklumat selepas susu ibu itu sendiri dihantar ke makmal)
Ibunya pantang segala pantang sebab nk slim.  baby pula dia pantangkan dr susu formula. Akhirnya baby yg merana
Quote adeqbun 21-3-2019 08:15 AM
tgk body amyra rosli lepas branak ngan anak dara same je..adoii la..sis xde sape yg membody shaming tp sis sndir rs nak hiris2 je daging2 berlebihan lepas branak..
asik lapa je..time table pulak dh xsame mcm dlu..dlu leh bebile p joging ke gym ke..xpela..nikmat ade anak tu tiada tandingannye kalau nak dibandingkan time body anak dara dlu(pujuk hati)
Quote tri-max 21-3-2019 08:59 AM
senang ceta... kalau diri sendiri tak boleh control nafsu sendiri so amatlah susah nak control benda lain such as mulut org , kata nista dan gurauan.
start dlm diri sendiri, control your own lust sis
puasa, cut sugar, senam & yoga

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.113898 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top