CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Belasah AJK Masjid Sebab 'Remove' 2 Kawan Dari WhatsApp

21-3-2019 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7417| Komen: 56

Seorang lelaki membelasah ahli jawatankuasa masjid di Sendayan, Seremban selepas mendapati dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp.


Gambar Hiasan


Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku 1.45 tengah hari, semalam itu menyebabkan mangsa berusia 61 tahun cedera di muka dan perut akibat diterajang suspek.

Menurut sumber polis, suspek berusia 40-an itu mendatangi suspek yang sedang menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum bertanyakan kenapa dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp berkenaan.

Mangsa kemudian menjelaskan tindakannya dibuat selepas mendapati dua individu terbabit sering berkongsi mengenai kontroversi politik di kumpulan WhatsApp itu.

Jawapannya itu bagaimanapun membuat suspek naik berang dan bertindak menumbuk muka serta menendang mangsa sebelum dileraikan beberapa jemaah di situ.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Mambau, namun polis tidak membuka kertas siasatan kerana mereka sudah menyelesaikan kes secara baik. - CARI

2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • edmorita79

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 21-3-2019 01:34 PM
perangai bodoh macam neh pung akan jumpa kat grup wassap kelas anak kat sekolah.

asal ada grup wassap dia lah champion
Quote CARI-MAL 21-3-2019 01:37 PM
Seorang lelaki membelasah ahli jawatankuasa masjid di Sendayan, Seremban selepas mendapati dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp.




Gambar Hiasan




Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku 1.45 tengah hari, semalam itu menyebabkan mangsa berusia 61 tahun cedera di muka dan perut akibat diterajang suspek.


Menurut sumber polis, suspek berusia 40-an itu mendatangi suspek yang sedang menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum bertanyakan kenapa dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp berkenaan.


Mangsa kemudian menjelaskan tindakannya dibuat selepas mendapati dua individu terbabit sering berkongsi mengenai kontroversi politik di kumpulan WhatsApp itu.


Jawapannya itu bagaimanapun membuat suspek naik berang dan bertindak menumbuk muka serta menendang mangsa sebelum dileraikan beberapa jemaah di situ.


Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Mambau, namun polis tidak membuka kertas siasatan kerana mereka sudah menyelesaikan kes secara baik. - CARI
Quote ultra78 21-3-2019 01:48 PM
Memang mejengkelkan bila asyik post pasal politik tak kisah side mana.
Quote MarryPottet 21-3-2019 01:59 PM
orang gini patut diharamkan dari guna smartphone. biar dia guna nokia 3310 jah. dak pon request kat wasep/mcmc supaya ban nombo dia & tak boleh register wasep
Quote sukacactus 21-3-2019 02:05 PM
Dah tua2 ni, bawa2 la senonoh skit perangai tu
Benda kecik2 pun nak berentam
Quote wajaman 21-3-2019 02:30 PM
Edited by wajaman at 21-3-2019 02:31 PM
Syd replied at 21-3-2019 01:34 PM
perangai bodoh macam neh pung akan jumpa kat grup wassap kelas anak kat sekolah.

asal ada grup wa ...

setuju dengan statement ni...
dua group darjah satu cikgu petang dan pagi create,mak bpk bbnu ni buat cikgu macam hamba...
'Cikgu,tlg tgk anak sy'
'cikgu,ambil gamba anak sy tgh buat apa tu'yada yada

jadual kelas pn suh cgu photostat padahal kt website sekolah dah dishared jadual tu,tinggal download dan print je..
babi btul,end up aku left dua2 group tu...

Quote jofizo 21-3-2019 02:34 PM
bila dah tua2 nak main wasap, gini lah jadinya
Quote leylapple 21-3-2019 02:38 PM
hamboi pakcik... dah usia 40an pun mcm budak2 belum abis sekolah...

baik ngaji semua pakcik... dahla belasah org ahli jawatankuasa masjid.

nampak sangat masuk grup konon2 nak mengimarahkan masjid, padehal nak marah2 orang tu

kalau tak dapat nak kontrol kemarahan tu, pegi cuci toilet masjid tu..atleast dapat pahala
Quote ninu 21-3-2019 02:45 PM
alamak {:cryrun
Quote APOLLYON 21-3-2019 02:59 PM
Cerita Metro ni tak lengkap sebenarnya..Orang tua yang kena tumbuk tu rentap baju orang yang memukul sampai koyak.Sebab tu orang yang menumbuk hilang pertimbangan.Dan orang tua yang kena tumbuk tu yang maki hamun sumpah seranah dulu..Dan hal gaduh ni bukan punca Whatsapp je.Pandai Metro sensasikan berita hahaha

Dalam Metro pun tak tulis,lepas orang tua tu kena tumbuk,orang tua ni balas dendam gi hantar 10 orang samseng kampung belasah orang yang tumbuk dia tu.

Dan yang kena belasah dengan 10 orang tu pilih jalan berdamai taknak panjangkan lagi hal.Settle.

Sebab tu tetiba tarik report balik.

Hahaha...sekian...dari saksi yg ada ditempat kejadian.
Quote miznora 21-3-2019 03:33 PM
laaa.. panjang jugak kisahnya
Quote jazaa100 21-3-2019 03:36 PM
Dah tua pun tak blh nk elokkn perangai....

Ramai aku tgok ahli masjid, lg tua lagi baran.....tau lah dah andropouse, tapi control le baran tu sikit.....
Quote ikanmasin 21-3-2019 03:40 PM
malas gak asyik2 share psl politik padahal admin dah ingatkan awal2..
tak nak share2 psl politik dgn jual beli..ada yg sentap sdr left grup gitu..
Quote ctaz 21-3-2019 03:53 PM
APOLLYON replied at 21-3-2019 02:59 PM
Cerita Metro ni tak lengkap sebenarnya..Orang tua yang kena tumbuk tu rentap baju orang yang memukul ...

biasa ler....
wartawan malaysia......
Quote FOTHER-MUCKER 21-3-2019 03:54 PM
APOLLYON replied at 20-3-2019 10:59 PM
Cerita Metro ni tak lengkap sebenarnya..Orang tua yang kena tumbuk tu rentap baju orang yang memukul ...

Ganas ahli jawatan mesjid siap hantar 10 orang pergi pukul orang.
Quote APOLLYON 21-3-2019 04:04 PM
FOTHER-MUCKER replied at 21-3-2019 03:54 PM
Ganas ahli jawatan mesjid siap hantar 10 orang pergi pukul orang.

Samseng tu menantu dia and the gang hehe
Quote duri_durians 21-3-2019 04:39 PM
elok dah datang ke masjid rupanya nak cari gaduh
Quote shamsadis 21-3-2019 04:45 PM
mungkin kisahnya begini, dulu AJK Masjid tu orang Pakatan Harapan, asyik dia je pos pasal politik dalam group whatsapp, lepas dah jadi kerajaan, pihak yang menyokong pembangkang sekarang asyik pos politik dan troll dalam group tu balik nak revenge akibat tak tahan asyik kena troll, AJK tu remove, yang belasah tu pulak, panas lah, owhhh ko dulu boleh, sekarang tak boleh


ni kisah benar yang berlaku yang aku sendiri tau jalan cerita sama agaknya
Quote pittjie 21-3-2019 05:01 PM
aku ni dlm grup whatsapp mmg dah dilabel kaki tegur org sampai ramai yang kecik hati & nyampah kat aku kut. habis .. udah asyik nak forward post2 ttg politik lepas tu .. bertekak. gaduh. tuduh menuduh. tak cukup dgn kaki post pasal politik ... ada pulak yang kaki forward apa2 post ngarut yang lbh byk tak betul dari betul. aku tegur laaa. aku mmg nyampah la post2 gitu. rasa mcm nak remove je umat2 yang perangai cam tu. tapi tak de la sampai buat cam tu. contoh terbaru, sorang member post video yang kononnya sel kanser tu. padahal video tu dulu pernah ada kawan post and another fren dah bagi fakta sebenar to confirm that itu bukan sel kanser. still jgk nak ulang siar benda2 bodoh cenggitu. banyak kali la dia post benda2 ngarut cam tu. ee tak padan dgn umur

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.095926 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top