CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Mati Kononnya, Gadis Pinjam Duit 7 Along Untuk Tanggung Teman Lelaki

27-3-2019 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7267| Komen: 58|Original author: Oleh: Myra Rozi

Remaja perempuan berusia 17 tahun terjebak dengan pinjaman along berjumlah RM 12 000.

Dia merupakan peminjam termuda yang direkodkan oleh Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setakat ini.


Harian Metro melaporkan, semua wang yang dipinjam dibelanjakan untuk teman lelakinya, termasuk duit poket dan ansuran bulanan motosikal.

Dia menghadapi masalah untuk melunaskan pinjaman sejak lima bulan lepas kerana hanya bekerja sebagai pembantu di kedai serbaneka.

Mereka berdua menjalin cinta sejak berjumpa tahun lepas selepas tamat sekolah.

Difahamkan dia memberikan wang kepada lelaki yang tidak bekerja itu kerana sayang.

Foto: Harian Metro

“Selepas itu, dia minta untuk memberikannya wang lebih kerana ingin membeli motosikal. Tanpa berfikir panjang, saya kemudiannya membuat pinjaman along berjumlah RM2,000 dan bantu bayarkan ansuran bulanan.

“Saya memang tidak fikirkan apa kesannya kerana sayangkan dia dan ingin menjalani hidup bersama. Tidak lama kemudian, saya pinjam lagi kerana nak gunakan wang. Gaji saya sebagai pembantu di kedai tidak seberapa."

“Atas nasihat keluarga, saya rujuk masalah ini kepada PPIM dan cuba berunding dengan teman lelaki. Malangnya dia seperti ingin mengelak dan tidak menjawab pertanyaan yang dibuat."

Aduan dibuat kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram PPIM Azman Kang.

Azman berkata pihaknya akan cuba berbincang dengan lelaki terbabit namun masih belum berhasil.

Agak sulit kerana pinjaman dibuat atas nama gadis terbabit.

“Setakat ini, berdasarkan rekod kita, dia adalah peminjam termuda kerana sebelum ini kita terima aduan daripada mangsa berusia 20 tahun. Apa yang berlaku, pada usia semuda ini, dia tidak dapat mempertimbangkan baik buruk tindakannya itu.

“Bukan mudah untuk berurusan dengan ramai along, apatah lagi dia baru saja tamat sekolah tahun lalu. Unit ini akan cuba membantu dan kita akan jadualkan semula pembayaran yang dipersetujui bersama antara keluarga dan along.

“Nasihat saya supaya dia tidak mengulangi kesilapan sama pada masa depan dan jangan mudah percaya kepada janji manis orang baru dikenali. Kita terima banyak kes penipuan dalam urusan pinjaman along ini dan ia memberi kesan seperti ancaman serta ugutan kepada peminjam dan ahli keluarga." -CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 26-3-2019 09:44 PM
Allah kesian kau dikk. Yang jantannya pon..ambik  kesempatan betol ko ye. Tunggu lah nasib ko
Quote slyfynx 26-3-2019 09:47 PM
Well... Adui la. Xleh pikir logik akal ke dik...
Yes cinta tu buta, tp ko lebih buta and pekak. Guna la akal dalam buat keputusan.
Smpi tahap ni x pasal2 family pun susah.
Adui la
Quote awers 26-3-2019 10:02 PM
adoi dik.. baru lepas spm tu.. baru nak mula hidup, dah terjerat dengan along
Quote TravellingBear 26-3-2019 10:05 PM
17 tahun underage. Macam tak sekolah je dah keje
Quote R2D2 26-3-2019 10:06 PM
lelaki itu yang tidak bekerja
Quote bondeh 26-3-2019 10:06 PM
Kejinya kau dek nak kesian pun tak jadi sebab bebal. Baik ko fikir pasal keluarga mak ayah dekkkkkk... to jantan keparat, sila masuk dalam rumah sampah & jangan munculkan diri. Sedeyhhh
Quote HannahMontana 26-3-2019 10:08 PM
cinta tak penting  sangat ,yang penting duit.
Quote Aliaskotonggo 26-3-2019 10:12 PM
Edited by Aliaskotonggo at 26-3-2019 10:13 PM

bongok...selayaknya lah
Quote onexox97 26-3-2019 10:21 PM
Sayangnya dia kat bf dia
Quote eLiaD 26-3-2019 10:22 PM
sedap kena doggie la tu smpi otak jem kahkahkah
Quote Elle_mujigae 26-3-2019 10:25 PM
Kesian pula....tapi itulah umur 17 tahun dah terfikir nak pinjam ah long bukit beruntung..for bf somemore.....
Quote ruffboyz 26-3-2019 10:48 PM
betol la pepatah tu ek.. cinta itu buta dan membutakan
Quote moonbug 26-3-2019 10:57 PM
Nasib baik rumah tak kena bakar
Quote prettyuglybabe 26-3-2019 11:02 PM
la.. ada 2 thread ke..
i repeat je la..

harap lepas ni otak tu berfungsi la ye dek..
kalau tak nampak jugak cam mana haramjadah nya jantan pujaan hati tu, tak tau la..
muda lagi kalau nak asal berlaki kot..
Quote cupu 26-3-2019 11:04 PM
Siot sgt..kwn aku pnh pinjam along 2000..xdpt byr sampai jd 8000..dh along cari,dia lari plk nyorok rmh kawan...nasib abg,tok nenek btgwb..tiap mgu.kn byr 600.skrg dh setel.kesannya trauma...dh xblh bckp sgt ngan org..dia rs mcm org tu nk marah dia..jual nasi je pg2 kat rmh..
Quote R2D2 26-3-2019 11:12 PM
along ni kutipan hutang hari-hari
Quote sukacactus 26-3-2019 11:36 PM
Xde masalah cari masalah
Biawak jg jadi pujaan
Quote syidasaleh 27-3-2019 12:06 AM
Boleh fikir lg g pinjam. Adoi la dik kau dah tau susah cr duit kenapa nak pinjam jugak. Hidup la dengan duit yg ada je. Dah la pinjam untuk orang lain. Jgn2 bf mu ittew berderak dgn awek lain. Jeng3
Quote misssakura 27-3-2019 12:31 AM
adik ni dah ketagih meminjam dgn along ni.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.183164 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top