CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Dapat Pancing Ikan Besar, Rupanya Mayat Yang Tersangkut

27-3-2019 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5418| Komen: 32|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sangkaan seorang pemancing yang mata kail pemancing tersangkut pada ikan besar ternyata salah apabila ianya adalah mayat seorang remaja perempuan. 

Astro Awani melaporkan ketika itu dia sedang memancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata,

"Pemancing itu kemudian melaporkan penemuannya itu kepada polis dan apabila tiba di lokasi penemuan yang terletak berhampiran Gua Kerbau, pihak polis mendapati mangsa berpakaian lengkap, namun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

"Pemeriksaan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa dan tiada unsur jenayah dikesan. Mangsa dipercayai mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan."

Gambar Hiasan

Orang awam menjumpai sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda di tepi Sungai Sentap.

Hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan milik seorang remaja perempuan dari Simpang Ampat, Perlis.

"Kita telah mengesan keluarga pemilik motosikal itu yang tinggal di Kuala Sungai Baru, Sanglang di Simpang Ampat, Perlis. Ibu bapa pemilik motosikal tersebut juga telah diminta membuat pengecaman dan telah mengesahkan bahawa mangsa adalah anak mereka."

Polis juga telah menahan teman lelaki magsa berusia 18 tahun dan difahmkan mereka ada bertengkar sebelum mereka terjatuh dalam sungai.

"Suspek berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa disyaki lemas, namun suspek tidak meminta bantuan daripada orang ramai. Mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar telah selesai dibedah siasat pukul 1.40 pagi Isnin dan pihak polis kini sedang menunggu hasil bedah siasat sebelum mengetahui punca sebenar kematian." -CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 27-3-2019 06:07 AM
Dah tau sorang lagi lemas boleh plak buat tak reti je..
Quote Kyra_Lydia 27-3-2019 08:08 AM
Mana la sifat kemanusiaan kau dik. time syg kemain die punya lovey dovey time gaduh kau boleh buat diam je gf kau lemas.

Quote Burong_Hantuk 27-3-2019 08:13 AM
INI memang kes bunuh..mayat rambut panjang..
Quote nobito 27-3-2019 08:27 AM
Tak pasal2 berhantu tempat tu.
Quote myakayina 27-3-2019 08:27 AM
kejamnya ko dik..dah tau gf lemas knp tak bgtau..sian makpak arwah.. ke bf dia ni yg tolak masuk sungai tu..lps tu takut dah..terus buat senyap..
Quote Syd 27-3-2019 08:32 AM
Quote riyadhK 27-3-2019 08:32 AM
Hidup la ko dgn rasa serba salah
Quote spankee_fili 27-3-2019 08:34 AM
terjatuh ke tolak ni...
Quote Syd 27-3-2019 08:35 AM


Quote jofizo 27-3-2019 08:39 AM
macam kes bunuh jer nih......dah tau jatuh knp blh buat senyap jer
Quote dua_chzy 27-3-2019 08:46 AM
Syd replied at 27-3-2019 08:32 AM

Hmm. Keadaan mayat tak tunjuk mayat mati lemas. Motif tangan gitu. Sah dibunuh.
Quote TravellingBear 27-3-2019 09:04 AM
Tangan kena ikat ke gambar tak clear laaa
Quote lee_sakura 27-3-2019 09:07 AM
menjawab la ngan polis ko dik, dh tau budak tu lemas pi la mtk tolong org ramai
Quote TOPwind 27-3-2019 09:07 AM
bhagian mayat tu  ada tanda  hem hem tak
Quote prettyuglybabe 27-3-2019 10:07 AM
nampak macam kena bunuh je..
Quote afidahhb 27-3-2019 11:47 AM
Napelah kejam sgt.. dh jatuh sama2.. hang selamat.. hang tgk gelpren hang x timbui2. Awat la p tinggai. Habaq kat mak pak gelpren hang pn xmau.. haishhhh
Quote awanearisu 27-3-2019 11:49 AM
Takziah buat keluarga.
Quote Artemesiaa 27-3-2019 11:55 AM
Pemancing turut dapat susah nak kena buat report polis segala pasti lama beliau tak nak gi mancing nanti
Quote arm_band 27-3-2019 01:04 PM
kuajaqqq... boleh ko main tinggal je budak tu tengah lemas

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.052682 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top