CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

George Clooney Ajak Bintang Hollywood Boikot Hotel Milik Sultan Brunei Kerana Anti LGBT

3-4-2019 12:38 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6688| Komen: 28|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

George Clooney menjadi bintang Hollywood yang terbaru mengajukan ancaman untuk memboikot hotel milik Sultan Brunei berikutan undang-undang baru anti golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara itu yang akan berkuatkuasa mulai 3 April. 




Kredit foto: Carian Google


Dalam sebuah ruangan sebuah akhbar Deadline, George Clooney menulis bahawa Negara Brunai akan mula merejam dan merotan pesalah seks golongan LGBT di negara itu minggu depan. Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah ialah antara orang terkaya di dunia dan memiliki rangkaian hotel mewah seluruh dunia melalui Agensi Pelaburan Brunei (BIA).


Kredit foto: Twitter


Dua daripada hotel itu ialah The Bel-Air dan The Beverly Hills Hotel yang pernah diboikot selebriti dua tahun dahulu atas layanan kerajaan Brunei terhadap golongan LGBT di negara itu.



Kredit foto: Carian Google


Pelakon yang pernah memenangi Oscar itu berkata, beliau sebelum ini pernah menginap beberapa kali di beberapa hotel milik Sultan Brunei kerana kelalaiannya membuat kajian sebelum memilih. 'Jelas, setiap sen yang kita bayar kepada hotel itu akan masuk ke poket pemimpin yang merejam dan merotan golongan LGBT, ini satu perlanggaran hak asasi manusia' tambahnya lagi.


Kredit foto: Twitter



George Clooney juga menyenaraikan sembilan hotel milik Sultan Brunei dan menggesa penyokongnya dan aktivis supaya memboikot hotel-hotel tersebut.
Antara selebriti yang turut menyokong George Clooney memboikot hotel-hotel tersebut ialah Kate Hudson, Courtney Love, Tan France, Lady Gaga, Jamie Lee Curtis, Lance Bass, Alfonso Cuaron, Margot Robbie, Kristen Stewart, Lupita Nyongo, Miley Cyrus, Juliette Lewis, Belinda Carlisle, Rufus Wainwright,  Jeffrey Katzenberg dan ramai lagi.


Kredit foto: Twitter


Sejauh manakah boikot ini akan memberi kesan tidak diketahui memandangkan umum tahu kekayaan Sultan Brunei bukan sekadar rangkaian hotel itu sahaja.- CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 3-4-2019 12:44 PM
Jom kita boycot George Clooney.. tapi nak boikot pun filem dia bukan meletop pun
Quote watie79 3-4-2019 01:02 PM
buragazz replied at 3-4-2019 12:44 PM
Jom kita boycot George Clooney.. tapi nak boikot pun filem dia bukan meletop pun

setujuuuu...boikot jah retis2 lgbt tuh..kesahhh pulak sultan brunei puak2 neh check in hotel dia
Quote buragazz 3-4-2019 01:05 PM
Kat dalam Ellen punya posting pun dia mintak boycott hotel sutlan brunei Paknil siap tinggal kan komen tapi bahasa melayu klu la dia translate english kan best

Berjujai komen dari netizen...
Quote minah_selekeh 3-4-2019 01:06 PM
Mari ramai2 boikot George Clooney pulak.. Don't watch his movies!
Quote Paiya 3-4-2019 01:15 PM
Sultan Brunei: "ada beta kisah?"
Quote RatuDunia94 3-4-2019 01:19 PM
At least mendunia gak ar brunei....
Quote mrsLucky 3-4-2019 02:03 PM
So contoh cam Sajat kalau pi Brunei dah yak boleh pakai baju seperti wanita ker?
Quote angio 3-4-2019 02:31 PM
Dorang ni nak kena bala macam kaum Nabi Luth baru nak sadar ker? Never learn anything from Pompeii ?
Quote kucingitam 3-4-2019 03:45 PM
I love you bang clooney..tapi jgnlah you support lgbt..and worst..takkan la you gay..
Quote kucingitam 3-4-2019 03:46 PM
buragazz replied at 3-4-2019 12:44 PM
Jom kita boycot George Clooney.. tapi nak boikot pun filem dia bukan meletop pun

filem dia best2 belaka..

The perfect storm
Batman
Ocean 11, 12, 13


Quote buragazz 3-4-2019 04:40 PM
kucingitam replied at 3-4-2019 03:46 PM
filem dia best2 belaka..

The perfect storm

Ocean Siries tu bole la.. batman.. euwww
Quote kaklong32 3-4-2019 04:43 PM
sultan pon x heran ko boikot la
Quote kucingitam 3-4-2019 04:56 PM
buragazz replied at 3-4-2019 04:40 PM
Ocean Siries tu bole la.. batman.. euwww

ocean tu mmg umpph.. semua pelakon hebat2 belaka kan dlm tu.


Quote nono86 3-4-2019 04:56 PM
Kalut. Yang yahudi duk serang palestin tu tak boikot pulak setiap sen beli produk masuk poket yahudi
Quote manjalara_01 3-4-2019 04:57 PM
kucingitam replied at 3-4-2019 03:45 PM
I love you bang clooney..tapi jgnlah you support lgbt..and worst..takkan la you gay..

eheheh....
Quote ffbeauties 3-4-2019 05:04 PM
adakah hukuman ini meliputi rakyat dan juga kerabat? As we know hot hot juga kisah kisah kerabat brunei ni
Quote ffbeauties 3-4-2019 05:11 PM
adakah hukuman ini meliputi rakyat dan juga kerabat? As we know hot hot juga kisah kisah kerabat brunei ni
Quote ailies 3-4-2019 05:45 PM
Aduyaiii heboh nak boikot brunei.. suka hati dialahh
Quote 234126 3-4-2019 11:53 PM
George ni will support anything for fame. Haritu pun nak menyelit have a say pasal megot kena harass dgn paps padahal megot yang kemaruk paps dia yg call leak story, paps ambik gambar menyengih2 je.
Sejak2 kawin dgn amal ni iol mmg kensel movie2 dia.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.223415 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top