CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Gemuk Tersangkut Di Longkang

25-9-2013 12:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7899| Komen: 43

KUALA LUMPUR, 25 September – Seorang pemuda bukan sahaja gagal mencuri sebuah kereta malah terpaksa menanggung malu apabila badannya tersangkut di dalam longkang ketika cuba melarikan diri daripada polis di Jalan Pria 8, Cheras di sini semalam.



Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, suspek yang bertubuh gempal terperangkap kira-kira dua jam di dalam longkang pada kedalaman dua meter berkenaan sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba.


Sebelum itu, lelaki yang berusia lingkungan 20-an tersebut disyaki cuba mencuri sebuah kereta milik seorang wanita di kawasan berkenaan namun perbuatan itu disedari oleh anggota polis yang melakukan rondaan.


Ketika disoal siasat, suspek mendakwa kenderaan itu adalah kepunyaannya sebelum lari menyusuri longkang kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

Tindakan tersebut bagaimanapun memakan diri apabila badan lelaki itu tersangkut di dalam longkang berkenaan ekoran keadaan fizikalnya yang besar.


Sumber berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian perlu membuka beberapa penutup longkang untuk mengeluarkan lelaki tersebut.


“Usaha mengeluarkan pemuda itu sukar kerana keadaan longkang gelap dan sempit. Selain itu, suspek yang kelihatan lemah dipercayai kerana kepanasan enggan memberi kerjasama dan terpaksa dipujuk oleh pihak keselamatan,” katanya di sini semalam.



Suspek bagaimanapun dapat dikeluarkan pada pukul 3.20 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan curi kenderaan.





Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kambeng_masam 25-9-2013 04:18 AM
hahaha...kalau  nak jadi maling...jangan jadi maling yang bodoh.! malu dapat sakit pun dapat.
Quote jonlabu 25-9-2013 04:49 AM
Menyusahkan orang jer
Quote tongkatwaran75 25-9-2013 06:45 AM
80 kg, 90 kg, 100kg?
Quote FanTasyCreaTioN 25-9-2013 06:47 AM
hahahahaha padan muka
tu ja nak kata

Quote claxicaa 25-9-2013 06:51 AM
padan muka hahahaha
Quote keraskhejong 25-9-2013 07:08 AM
masa dia dlm longkang tu kencing je ramai2
Quote nour2001 25-9-2013 07:27 AM
mujur tak mati sangkut dlm longkang...nanti payah pulak jadi kes no 2 babah dtg tak dpt terima kenyataan anak mati tersangkut....
Quote fifie_olin 25-9-2013 07:44 AM
moral of d stori...kuruskan bdn ko dulu la kalo nk mencuri bagai...
tu la kan kalo gemok tu mmg x mendatangkn pekdah ..temasuk nk mencuri pon...
Quote nurul_akmar 25-9-2013 07:52 AM
xpasal2. agaknya 1st time kot
Quote gaara_X 25-9-2013 07:57 AM
macam lam citer p.ramlee plak......hehehehehee..gengster kg pisangnya tue...gempal.....
Quote rosasa 25-9-2013 08:04 AM
tak sedar ka badan itu tak layak jadi pencuri? masuk kat tingkap pun tak muat hokey!
Quote lil_honey 25-9-2013 08:06 AM
cam ne leh muat masuk longkang kalau dah tak muat nak kuar...
Quote lavajeans 25-9-2013 08:20 AM
Gambar takde ke ramli?
Quote True-X 25-9-2013 08:26 AM
Sib bek x mati tersepit mcm kes satu lg tuhh..
Quote mjla 25-9-2013 08:28 AM
Dah le jahat....  gemuk dan bodoh...

Dah lengkap pakej tuuu...
Quote shonen 25-9-2013 08:30 AM
Patut takyah tlg..biar dia mati keras tersepit dlm longkang tu.
Quote BeeHaa 25-9-2013 09:01 AM
Pasni sume penyangak kena masuk gym lah nk kasi fit dan macho  
Quote DeMax 25-9-2013 09:06 AM
kambeng_masam posted on 25-9-2013 04:18 AM
hahaha...kalau  nak jadi maling...jangan jadi maling yang bodoh.! malu dapat sakit pun dapat.

Len kali kalu nak jadikan maling karier utama pastikan fit n cergas..sungguh memalukan persatuan pencuri SeMalaysia..endless possibilities
Quote kambeng_masam 25-9-2013 09:10 AM
DeMax posted on 25-9-2013 04:06 AM
Len kali kalu nak jadikan maling karier utama pastikan fit n cergas..sungguh memalukan persatuan p ...

inilah masalahny aorang kita...bila diri mereka memilih untuk tanak belajar betul2 masa zaman sekolah dulu..rupa2nya mmg betul2 bodoh....bukan sebab malas belajar sahaja.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061219 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top