Kandungan Anzalna Nasir dah memasuki usia enam bulan. Katanya dia dah mengetahui jantina bayi tapi memilih untuk merahsiakannya sehingga satu majlis doa selamat yang akan diadakan kelak.
"Sejujurnya kami dah tahu tapi masih merahsiakan daripada keluarga dan orang ramai. "Saya suka main teka-teki biarlah orang buat andaian masing-masing. Nanti sampai masa sesuai saya akan umumkan,"katanya kepada mStar Online.
Tambah Anzalna, sepanjang mengandung dia berdepan dengan beberapa tabiat pelik. Paling pelik bila dia gemar berhias dan rajin untuk menghadiri program luar.
"Sebelum hamil saya tak suka pakai bulu mata palsu dan kanta lekap. Keluar pun pakai ringkas sahaja tapi sekarang dia minta lebih-lebih pula. "Tapi saya berhias semasa di luar rumah, kalau duduk eumah pun berdandan lebih nanti terkejut pula anak dalam perut." Kalau ikut tanda-tanda suka bersolek ni agak-agaknya anak lelaki ke perempuan ya? Ada yang berpengalaman? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|