CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pura-pura Jatuh Di Pasar Raya Untuk Tuntut Pampasan RM16k

3-4-2019 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6741| Komen: 43

Seorang wanita merancang insiden kecil di dalam sebuah pasar raya didakwa melakukan penipuan selepas memeras 3,000 pound (RM16,118) daripada pihak pasar raya berkenaan.

Pada 2013, Farida Ashraf, 41, dari Dewsbury, West Yorkshire dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tersadung karton minuman dalam tin di atas lantai yang diletakkan dua rakan subahatnya.



Kredit foto: BBC

Memetik BBC, Farida mendakwa dia mengalami beberapa kecederaan akibat terjatuh selepas kononnya tersadung kotak berkenaan. Namun, mahkamah sivil bagaimanapun menyifatkan kenyataan tertuduh sebagai tidak berasas.

Menerusi rakaman CCTV, Farida dilihat tersadung karton jus oren di pasar raya Al-Halal di Woodhead Road dan menunggu lapan bulan kemudian sebelum mengemukakan tuntutan akibat kecederaan sebanyak 3,000 pound.

Pendakwa Nicholas Lumley QC mendakwa tertuduh berharap rakaman CCTV berkenaan sudah dipadam dalam tempoh waktu itu sebelum mengemukakan tuntutan terbabit.


Namun, nasibnya kurang baik kerana seorang staf berasa curiga dengan insiden itu dan memutuskan untuk menyimpan rakaman berkenaan.



Farida mendakwa dia mengalami cedera pada bahu, lutut dan tulang kering serta pinggangnya, namun hakim menolak tuntutan itu selepas syarikat insurans Aviva menjalankan siasatan.

Aviva kemudian meneruskan pendakwaan persendirian terhadap Farida pada Mac lalu, di mana wanita itu mengaku bersalah atas dakwaan menipu.

Selepas mengambil kira faktor kesihatan tertuduh yang perlu menjaga ibu, adik dan anak perempuannya, hakim memutuskan untuk menggantung hukuman penjara 21 bulan dan memberikannya perintah berkurung enam bulan. - CARI
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AwanCikDania 3-4-2019 03:31 PM
Senang buat duit {:nose
Quote sehirkedi 3-4-2019 03:45 PM
Jahatnya komplot acik2 ni.. Ummah dari mana ni.. Nampak yang sorang tu pakai punjabi suit.. Dok negara orang tak reti bawa diri elok2.
Quote gujiwa 3-4-2019 03:50 PM
ingatkan jatuh beriya.. tersadung gitu je..
Quote Zanozan 3-4-2019 03:56 PM
zaman sekarang, senang betol nak buat duit ye. kang jatuh betul2 baru tau
Quote buapakperut 3-4-2019 03:57 PM
tersandung boleh claim ribu2 ka? lain la kena hempap karton tu tumbang. be more creative aciks
Quote yanaa. 3-4-2019 03:59 PM
ada jugak orang yg mcm ni
Quote prettyuglybabe 3-4-2019 04:03 PM
kalau ye pun nak menipu, buat la real jatuh tergolek berguling sampai ke luar kedai..
Quote qeefqiss 3-4-2019 04:07 PM
Senang buat duit oii..
Quote az20 3-4-2019 04:08 PM
x psl2 kene masuk penjara
Quote PasuDurian 3-4-2019 04:33 PM
Aduhai kalau ye pun
Quote CiliPadiSedap 3-4-2019 04:35 PM
masih xboleh lawan skill acik kangkang kemut malaysia.. kemut dvd blueray player dalam kain
Quote kucengcomel 3-4-2019 04:46 PM
laaa..ingatkan betol betol la dia jatuh..puiiii...haruslah padan hukumannya..penipu..patutnya kwn2 dia pon kene skali jgk hokum..subahat kekdahnya kan
Quote Artemesiaa 3-4-2019 04:51 PM
Nasib ada cctv mudah nak kantoikan geng kuat drama ni
Quote R2D2 3-4-2019 04:58 PM
karton minuman tu boleh jugak sorok celah kangkang
selamat mencuba
Quote chinta89 3-4-2019 04:59 PM
hek elehhh tersadung je?
Quote sukacactus 3-4-2019 05:00 PM
Hebat betul tersadung gitu je boleh sakit sampai ke pinggang & bahu
Agak2 la acik woi!
Quote ninja boy 3-4-2019 05:32 PM
Semata2 16k gigih buat2 eksiden, baik minta derma jah. 16k brp hari habis
Quote sharlenetexas 3-4-2019 05:38 PM
Ingatkan china
Quote sharlenetexas 3-4-2019 05:40 PM
Hati2 guna troli kt eskelator kt mydin mall kubang krian bahaya sbb takde stopper/ lock. Kena pegang setiap masa takleh lepas.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052474 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top