CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Produk Kosmetik Aliff Syukri Didakwa Guna Gambar Mekap Antarabangsa?

8-4-2019 01:27 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 23239| Komen: 174|Original author: Oleh: Azza



Bertambah-tambah cabang perniagaan Dato' Alif Syukri dan terkini khabarnya ialah barangan kosmetik yang akan dipasarkan dalam masa terdekat. Bagaimanapun promosi produk tersebut yang dilakukan di sebuah laman Instagram didakwa diplagiat daripada gambar kosmetik antarabangsa.

Lebih memalukan ialah tiada kredit yang diberikan pada kosmetik antarabangsa tersebut malahan seronok pula mereka mempromosikannya seolah-olah itu adalah gambar produk mereka yang ditunggu-tunggu selama ini!


Kredit foto: Twitter


Beberapa keping gambar diletakkan di IG dengan mengambil bulat-bulat gambar tersebut serta meletakkan kapsyen sendiri iaitu 'coming soon'. Hal ini menyebabkan ramai netizen berasa marah kerana menggunakan hak orang lain tanpa rasa bersalah.

Kredit foto: Twitter

Menurut netizen tersebut, dia telah menegur secara baik di Direct Message (DM) pemilik IG tersebut (rakan kongsi Aliff Syukri), namun dibalas acuh tidak acuh tanpa sebarang permohonan maaf serta kata-kata "Any problem?" lalu memadam gambar tersebut. Hal ini jelas menunjukkan tiada etika dalam berniaga hingga tergamak menggunakan gambar orang lain untuk mempromosikan produknya.


Kredit foto: Twitter

Selain tidak beretika, cara tersebut adalah cara pintas tanpa membazirkan masa dan wang ringgit dengan membuat sesi fotografi baru. Namun dalam masa sama ia adalah cara yang menjerut perniagaan itu sendiri. Dengan tidak memberikan sebarang kredit kepada gambar tersebut, seolah-olah ia menunjukkan yang barangan itu sendiri kurang berkuaiti dan gaya jawapannya pula?


Dah buat salah sepatutnya minta maaf dan berjanji tidak melakukannya lagi di masa akan datang. Rasanya Aliff tiada masalah untuk mengeluarkan modal bagi membuat sesi fotografi terbaru, jadi janganlah mahu ciplak hasil kerjaya orang pula ya. - CARI 

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 8-4-2019 01:35 PM
Juara Bab copy paste rupanya? Wow.
Quote azwanaliori 8-4-2019 01:40 PM
Punye gelojoh nk buat duit smpi amik org lain punye gmbr..  Alip ni punya la tamak buat segala mcm utk kejar duit mcm x pernah cukup.   
Quote potpetpotpet 8-4-2019 02:11 PM
duit banyak tapi kedekut nak buat promo sendiri?
seriously?
Quote disneyrecess 8-4-2019 02:25 PM
Syg yachh.. duit berkepuk tp xleh perah otak, xleh upah designer? photographer? Dato ayam... sila tabur dedak anda and buka peluang utk designer muda yg kretip utk create image produk couls... Xpdn kaya gambo cebuk google...
Quote MeMeimei 8-4-2019 02:29 PM
katanya ada graphic designer sendiri... siap tunjuk ms bg duit dulu2. tak kan lah main crop suka hati je
Quote Jajabeans 8-4-2019 02:34 PM
azwanaliori replied at 8-4-2019 01:40 PM
Punye gelojoh nk buat duit smpi amik org lain punye gmbr..  Alip ni punya la tamak buat segala mcm u ...

Biasa laa.. Lgi besar periuk, lgi besar la keraknya. Tu yg mcm2 nk buat. Property, cosmetic, n the list goes on. Aku suka usaha maknya.. Invest dlm perusahaan resort, urutan tradisional. Tenang n mendamaikan je tgk rumah hutan sheols
Quote laksmanabentan 8-4-2019 02:34 PM
wowww.... mesti laku ni kan...
acik2 mesti order stok bebanyak nih...


protege ASL mesti kena order tu dapatkan point2 nih...
ASL tu bukan mcm sistem piramid MLM juga ker?
Quote hyie 8-4-2019 02:39 PM
free promo sis...apa bezanya heshe, nur sajadiah binti kamaruzzaman, hasmiza binti othman, dan saifuddin bin ilias? tiada gigihnya taip nama penuh
Quote buapakperut 8-4-2019 02:49 PM
graphic designer dengan photog cuma reti rakam vedio anak angkat bangla dan kucing utan malnutrisi sajakah. pemalas dan kedekot dan kuangaja namatey
Quote ira_229 8-4-2019 03:01 PM
Jajabeans replied at 8-4-2019 02:34 PM
Biasa laa.. Lgi besar periuk, lgi besar la keraknya. Tu yg mcm2 nk buat. Property, cosmetic, n the ...

baru2 ni rumah hutan tu ada masaalah dpt email ditutup buat sementara waktu! katanya tak dapat permit nak masuk api terpaksa guna generator n cosnya sangat tinggi...ramai pekerja diberi cuti atau diberhentikan...kesian...sayang baru nak menapak...suka juga usaha bonda ni..
Quote umbut 8-4-2019 03:02 PM
Wahhh.. senang kerja
Quote umbut 8-4-2019 03:04 PM
Dolu2 sangat alif ni ada jual lipstick yg merah ikut darah..  25.00.. terjebak aku beli
Kat shopee rm1 ada yg berapa sen
Mau x kaya. Brp byk untung
Quote ira_229 8-4-2019 03:05 PM
buapakperut replied at 8-4-2019 02:49 PM
graphic designer dengan photog cuma reti rakam vedio anak angkat bangla dan kucing utan malnutrisi s ...

tak sanggup nak tengok iklan dato ni...so cikai..
guna bini & dia sendiri utk berlakun dlm iklan...geli tengok...berlakun dahlah mcm sotong...tak lalu nak tengok..
yg heran laris aja product dia..yg beli mesti acik2 bawang yg berangan nk tukar kulit mcm orang2 korea...tak sedar pakai product timbang kilo...
Quote buapakperut 8-4-2019 03:21 PM
ira_229 replied at 8-4-2019 07:05 AM
tak sanggup nak tengok iklan dato ni...so cikai..
guna bini & dia sendiri utk berlakun dlm iklan. ...

entahnye, hero iklan suara keput,heroin dah muka makcik2. iols syak yang beli tu memang orang yang tak mengikuti pasal founder timbang kilo,dan juga stokis yang berangan jadi kaya raya macam dorang.
Quote pumpkinpatch 8-4-2019 03:27 PM
actually, kalau dia direct dari distributor mmg ok jer guna gambar dorang walaupun branding lain. Mmg ada company yg provide the photos.


Tapi tak tau lah kes dia ni. Maybe best he cakap photos only as illustrations jer.

Dato' pegi commission branding agency. Bayar mahal tapi gempak and ori.

Quote namieamuro 8-4-2019 03:49 PM
kate duit kepuk..takkan tak ley buat iklan gambar sendiri..dh tu tak bg credit owner asal..sambar pulak iklan jenama femes..sng je org detect
Quote Yeehaw 8-4-2019 04:40 PM
Yang penting huntunggg jota2
Quote kaklong32 8-4-2019 04:44 PM
buat mekap pulak dahhh
baja bunga x nak buat ke
Quote Tudunghitam 8-4-2019 04:47 PM
Yg balas tu staff dia or AS sendiri ek

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036256 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top