CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Panas! Bengang Dituduh Upah Orang Serang Perasmian Butik, Cik Epal Dedah Video Carl Samsudin

14-4-2019 08:25 PM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 41950| Komen: 63|Original author: Oleh: M. Manis

Untuk yang mengikuti kisah Carl Samsudin (atau Si Topi Merah), pasti tahu semalam butik Bella Ammara baru sahaja membuka cawangan mereka di Johor. 

Semalam juga, ada individu yang sanggup turun dari jauh ke Johor Bharu semata-mata untuk mendapatkan bayaran balik (refund) daripada Carl untuk kelas Carl Academy.


Reaksi Carl? Boleh pula beliau menuduh individu tersebut diupah oleh Cik Epal. Memang 'berasaplah' Cik Epal bila dituduh begitu.





Mungkin kerana sudah terlalu lama bersabar, Cik Epal bertindak mendedahkan video Carl!



Nak video? Boleh tengok di bawah. Nilailah sendiri macam mana.




Selepas Cik Epal memuat naik video berkenaan, Carl memadam semua tuduhan (posting dan story) terhadap Cik Epal di Instagram. Dia kemudian memuat naik pula permohonan maaf. Amboi senang saja, kan? 




Ramai juga yang tertanya-tanya bilalah mereka ini nak masuk mahkamah? Asyik berbalah di media sosial saja. Jangan risau, pihak Cik Epal dikatakan sudah menghantar surat saman kepada mereka. 

Tapi itulah, pihak sana masih belum membalas 'surat cinta' daripadanya.




Foto: Instagram

Nasiblah, Carl. Kali ini salah pula 'sarang tebuan' yang dia jolok. Biasa kena madu, kali ini terkena #misijerijibesi.

Kita sebagai rakyat marhaen nak buat apa? Tengok sajalah siapa betul dan siapa salah di pengakhirannya nanti. Memang betul misi Cik Epal nak 'bogel'kan Carl ini. Perang sampai tinggal spender katanya.

Sediakan bertih jagung masing-masing, ya. Musim pertama Drama Cik Epal vs Carl baru sahaja habis. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 14-4-2019 08:33 PM
Ok ada sapa2 boleh cerita A-Z tak kisah dari mula?
Quote Mulotkoyak 14-4-2019 08:42 PM
Anyway ade sesape boleh jelaskn siape deyollls???
Quote beruangkoala 14-4-2019 08:42 PM
Camne si carl tu boleh bukak business sana sini sambil2 menipu orang sana sini? I ols tak sokong mana2 hatta cik epal pun. Tapi kalau dah clearly menipu, herlok sgt la cepat2 amik tindakan. Sian akak2 nak pegi class bayar harga yahudi last2 xdpt apaaa..
Quote nazzse 14-4-2019 08:48 PM
armin: Ok ada sapa2 boleh cerita A-Z tak kisah dari mula?


Benang heols dah masuk 100 pages di bod personaliti media sosial sana...
Quote nazzse 14-4-2019 08:49 PM
Btw padan muka ko laki bini ... Poyo penunggang agama
Quote m.manis 14-4-2019 08:50 PM
armin replied at 14-4-2019 08:33 PM
Ok ada sapa2 boleh cerita A-Z tak kisah dari mula?

Boleh cari dekat posting saya. Ada kisah mula-mula terjadinya isu ini.
Quote m.manis 14-4-2019 08:52 PM
Mulotkoyak replied at 14-4-2019 08:42 PM
Anyway ade sesape boleh jelaskn siape deyollls???

Cik Epal blogger terkenal. Sebulan je income dia boleh cecah RM50k++. Kalau Si Topi Merah tu suami isteri ada buka butik, brand pakaian sendiri, skincare, lipstick. Pastu buka academy ajar orang berniaga riban riban.
Quote vee_zara 14-4-2019 10:19 PM
Dia ni dari cerita dia yg kononnya modal bisnes rm 1 k tu viral mmg dah tak suka dia. Nmpk mcm poyo sgt. Tak sangka prangai sebenar dah keluar ye. Modal air liur je leh tipu org beratus ribu. P mati la org gini.
Quote ninnamina 14-4-2019 10:59 PM
Sapa2 yg nak tau kes boleh pegi benang ni

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1150972&mobile=2
Quote gunong 14-4-2019 11:02 PM
Acah2 tenang pulak si khalip ni kt igs {:thief{:thief{:thief
Quote umbut 14-4-2019 11:10 PM
Bella tu cantik comel
Quote ruffboyz 14-4-2019 11:46 PM
abeslah dgr rmai nk boikot produk dorang
Quote Ladybird910 15-4-2019 12:26 AM
Meh layan ni kengkawan...

https://youtu.be/hrkGToYUIhc

Bapak temberang si carl ni.. Dlm ni ckp Cxxx academy bjalan.. Siap bt virtual teaching dgn ank muridnye..pdhl fake! haktuihhh

Lepas satu.. satu.. Namun part show off tetap xtinggal!! Hahaha..

Iols xpenah jmp org semanipulative mcm ni.. Siap ank2 pon nk dijadikan sumber pendapatan aka content vlog nye.. Nasibla temberang ko pecah skrg.. Klu x.. Lg blambak vlog tipu acah2 tenang alim tunggang kuda ko bt.. Btw Ko hengat ank ko comel sgt kah??
Quote lattehazelnut 15-4-2019 12:58 AM
Melayu mudah lupa.. nanti empat lima tahun kuar scam baru, buat reopening boutique etc
Quote noraidil_06 15-4-2019 12:59 AM
Sebab dua2 pun kaya, mls nk carut. Sila la gaduh yr
Quote spy_caridotdot 15-4-2019 01:33 AM
Siapa cik epal ni? Carl aku tau laki bella ammara. Apa kes boleh gaduh dengan Cik Epal?
Quote makton 15-4-2019 07:36 AM
lately slalu tgk org post pasal carl ni scam org.. tp aku still tak paham apa yg berlaku
Quote oshinz 15-4-2019 09:18 AM
Ni baru buku bertemu ruas. Taksabar nak tengok pengakhiran kes ni macammane.
Quote zeitabaei 15-4-2019 09:59 AM
Makin berpanjangan kes ni. Bila melibatkan dua dua ada follower ramai. Ce dan lakinya pun Bila dah saman menyaman patut dok dendiam dari mrnganjing org 24jam .esok beranak keluar rupa si tm bqru padan myka igauan sepanjang zaman. Time tu jgn menyesal  pastu hujung2 ambil kesempatan  marketkan produk sendiri .

Si tm ni mmg suka guna ayat ayat islamik.dan propa dari dulu Dan sejenis buka bisness lps tu tinggal satu persatu..dan partner partner dia dlm bisness x claim as dorang jadi mangsa pun. Dlm business ada untung rugi. Turun naik .jadi siapa yg aniaya org 1 hari akan kena teruk(mgkn yg dialami si tm ni akibat keangkuhan,kepropaan dia tinggal partner partner dulu kot

Mcm stokis stokis pun sama korang yg agree p jadi stokis tu kenapa .byk kot produk skrg founder goyang kaki sbb ada si stokis stokis bodoh yg kejar nak jd master stokis kena keluar modal byk gila...pastu korang pun serah produk kat agen gak ..yg untung si founder blh tayabg shopping sana sini cuti sana sini claim barang dah hbs jual laku keras  

Jgn la percaya founder yg kata inilah rahsia kurus saya inilah rahsia cantik saya ...walhal dorqng sendiri x makan /guna priduk dirang tu. mcm ada sorang datin ni sblm ni keluar produk kurus kata dia kurus sbb produk ni, pastu senyap keluar produk lain alih alih skrg nak keluar produk kurus lain kata inilah rahsia kurus dia juga ayooo sama mcm si tm ni dulu kata kurus dgn produk st pastu keluar dari sg kata kurus sbb apc

Sama la mcm ce tu dia mmg dah kurus kot sblm keluar jus kurus tu lain la masa zaman blog sblm kahwin dia mmg gemuk

Tapi stokis masih org yg sama ...yg setuju jadi stokis ni x pnh terfikir ke ..

Sma mcm kelas kelas berbayar ni

Mana mana yg korang pergi xkan dorang share hbs punya  ..hujung2 nanti dia kata ok sape nak upgrade kelas advance kena bayar sekian sekian bla bla bla

Bila korang x puas hati lps kes viral korang claim jadi mangsa dan si tm berhutang. Istilah hutang ni kalau dia minta pinjaman  dan korang bagi.ni dia x minta tapi korang yg gedik p bayar dia utk kelas merapu  

So pada yg dah setuju bayar tu pastu claim korang kena tipu korang la bodoh sbb sape suruh sign up kelas bayar bayar ni.. Korang suruh sifu sifu tu g turun buat sales haramjadah dorang blh jual produk...  mcm sifu yg tipu gelaran doktor tu produk sendiri pun kelaut..tu pun aniaya toke kilang sesen habuk x bayar kat kilang keluar kopi tu  sama juga modus operandi mula mula kelas free pastu beginner pastu advance bla bla bla ...hujung hujng duit hbs p kelas je ... Modal nak pusing x dakkkk haha byk giler kelas /ilmu kalau nak tanpa bayar ni

So hujung2 semua berlumba jadi sifu semua berlumba jadi founder sbb org org bodoh ramai naw kat msia yg mudah terpesona hehehe pastu claim org scam sana sini

Berfikirlah sebelum nak support produk or kelas sampah ni

Kuta tgk jelah sape menang sape kalah. Dlm kes dorang berdua ni...dua dua pihak hidup x tenang

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.142725 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top