CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Maut Ibu Bapa Sumbat Mulut Dengan Plastik Kerana Pakai Baju Tanpa Lengan

15-4-2019 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6294| Komen: 35

Remaja perempuan maut dibunuh ibu bapanya di hadapan adik-beradik lain hanya kerana memakai pakaian yang mendedahkan lengannya.


Kredit foto: Daily Mail


Suspek membunuh mangsa, Shafilea Ahmed, 17, dengan menyumbat beg plastik ke dalam mulutnya sehingga dia mati akibat lemas.

Memetik METRO, dalam kejadian pada September 2003 itu, bapa mangsa, Iftikhar Ahmed kemudian memasukkan mayat anaknya ke dalam kereta sebelum 'dibuang' 113 kilometer dari rumah mereka.


Kredit foto: Daily Mail

Salah seorang rakan anaknya, Shanin Munir mendedahkan mangsa sering didera sebelum kematiannya.


Dalam satu dokumentari, Shanin Munir mendakwa ibu bapa mangsa sering menggelar anak mereka itu sebagai wanita jalang dan memukulnya jika dia 'berkelakuan tidak senonoh'.


Kredit foto: Rex Features

Difahamkan, anak sulung Iftikhar dan Farzana Ahmed itu membesar dengan pengaruh budaya dari Barat. Dia gemar berfesyen dan mengenakan mekap serta memakai kuku palsu.

Untuk mengekang sifat memberontaknya itu, suspek memberi ubat tidur kepada mangsa dan menghantarnya ke Pakistan di mana mereka merancang untuk mengahwinkan dia dengan sepupunya.

Selepas terjaga di Pakistan, gadis itu cuba membunuh diri dengan menelan cecair peluntur kerana bimbang dengan nasibnya.

Sebaik pulang ke United Kingdom dua bulan kemudian selepas mendapatkan rawatan di hospital, penderaan ke atas mangsa semakin menjadi-jadi.

Malah ibu bapanya merancang pembunuhannya untuk mengakhiri 'kelakuannya yang memalukan keluarga' itu.


Kredit foto: Daily Mail

Pada hari kejadian, mangsa dikatakan memakai baju tanpa lengan yang mencetuskan kemarahan ibu bapanya hingga membawa kepada pembunuhannya.

Mayat mangsa ditemui lima bulan kemudian di River Kent berhampiran Sedgwick, Cumbria dan ketika pengebumiannya, ibu bapa mangsa berpura-pura bersedih.

Sementara itu, Daily Mail melaporkan sembilan tahun kemudian, adik mangsa, Alesha yang kini berusia 30 tahun memutuskan untuk membuat laporan polis mengenai kejadian sebenar.

Alesha menceritakan saat kematian mangsa yang menyeksakan hingga dia terkencing ketika bergelut dengan suspek.

Ibu bapa mangsa ditahan pada September 2011 kerana disyaki melakukan pembunuhan. Mereka didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun tanpa parol pada 2012. - CARI
3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • sumie

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 15-4-2019 12:25 PM
rebung dah jadi buluh memang
payah nak bentuk..
Quote Kurex 15-4-2019 12:25 PM
Ummah mana ni
Quote tri-max 15-4-2019 12:26 PM
whatttttt ?
da lepas 9 tahun baru taw sapa pembunuh dia
OMG, kesian nasib perempuan tak kira apa agama pon,
tambah kesian bila dilakukan oleh ibu sendiri
Quote Dwdrum 15-4-2019 12:29 PM
kenapa tidak balik ke pakistan saja ... anak anak pun tidak ikut budaya barat .....
Quote kikuri 15-4-2019 12:34 PM
lawo anak dia nih...
Quote justchu 15-4-2019 12:35 PM
apa perasaan bunuh anak sendiri. konon takut anak terjebak budaya yg pelik2. dah tu yg dia membunuh anak sendiri tu tak pelik ke punya budaya?
Quote noor2 15-4-2019 12:37 PM
Tu mak dia ke yang gemuk tu...dada pun terdedah. ....
Quote makkenits 15-4-2019 12:40 PM
Mcm classmates aku dulu la ni.. ni blh kata ada 2 puak.. 1 puak yg still ikut adab dan tradition asal Pakistan.. diorg ni dipanggil kolot by lg 1 puak yg dah terpengaruh dgn lifestyles barat.. puak ni mmg dah mcm mat saleh.. mmg bangga abis bila tunggang arak n kissing dgn bf/gf wpun diorg tu actually muslim.. pening aku tgk diorg ni♀
Quote noor2 15-4-2019 12:41 PM
Tu mak dia ke yg gemuk tu....kulit dada mak dia pun terdedah. ...
Quote Artemesiaa 15-4-2019 12:46 PM
Rasanya ni lebih kepada adat budaya negara asalnya sampai sanggup bertindak sebegitu.  Banyak dah kes sebegitu di negara asal mereka.
Quote sukacactus 15-4-2019 12:46 PM
Kalau nak control camtu, elok dihomeschoolkan aje
Xde la dia berkawan, terpengaruh dgn kwn2
Ni dah ko bw dia ke sana, pastu ingat ank nak jd dara pingitan, mmg x la
Quote iloveselangor 15-4-2019 12:51 PM
Kena nak paksa orang lain jadi macam diri kau.

Bukan dia buat pekerjaan Tak elok.
Quote moonbug 15-4-2019 12:53 PM
It's all about exposure. Kalau nak sangat anak tu kekal dengan cara hidup konservatif Pakistan tu kenapa bawak dia hidup kat kota metropolitan London. Bila budak tu dah terikut dengan environment dia, mak bapak ortodok juga tak boleh terima
Quote Atata 15-4-2019 02:40 PM
Oh cerita ni. Ada kat youtube documentary dia.
Quote Burong_Hantuk 15-4-2019 02:44 PM
sya rasa anaknya terlalu liar
Quote sharlenetexas 15-4-2019 02:47 PM
Bila kolot, kot sangat. Bila western, lagi omputih dari mat salih.
Quote niena90 15-4-2019 02:59 PM
Kalau nak maintain Ortodok Pakistan tak payah la gedik nak pindah London adoiii bodoh la parents dia ni!
Quote azwanaliori 15-4-2019 03:26 PM
Ni la masalah dorg ni, gatal puki gatal telor nk duduk negara kapir tapi mentaliti taliban xnk ubah .  
Quote OttoVonBismark 15-4-2019 03:48 PM
noor2 replied at 15-4-2019 04:41 AM
Tu mak dia ke yg gemuk tu....kulit dada mak dia pun terdedah. ...

waahhhh sampai dua kali ko post bersemangat betol ko mengutok orang

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.083052 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top