CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pakcik Yang Kena Bedal, Apa Cerita?" - 'Pak Guard' Tak Puas Hati Pelawak Didenda RM2,000

15-4-2019 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13673| Komen: 110

Selepas mengaku bersalah atas tuduhan memukul dan menendang pengawal keselamatan pada 6 April lalu, Mahkamah Majistret Seremban, memerintahkan anggota kumpulan Senario Lan Pet Pet membayar denda RM2,000.



Kredit foto: Utusan/IG Lan Pet Pet

Memetik Utusan, mangsa, Yahya Manap, 68, bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Warga emas itu dikatakan terkejut kerana jumlah denda dikenakan terhadap Lan atau Mazlan Ahmad, 49, tidak memadai dengan kecederaan dialaminya dalam kejadian berkenaan.

“Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal (pukul) ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

“Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,” katanya yang nekad mengemukakan saman malu ke atas Lan.


Jika diikutkan kata hati, warga emas itu mahu menyaman pelawak terbabit sebanyak RM3 juta. Dia bagaimanapun menyerahkan urusan terbabit kepada peguam yang dipilih menantunya.

Pada 6 April lalu, Lan didakwa memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati di Nilai dipercayai akibat berang ditegur selepas tidak membuat catitan dalam buku pelawat. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 15-4-2019 03:21 PM
Curlastttt pakcik saman 3 juta kauuu {:thief
Quote dua_chzy 15-4-2019 03:22 PM
Lan pepet buat hapa di apartment tu? Lawat puki haram ka?
Quote brego 15-4-2019 03:26 PM
bagus, itu jer cara ajar nya.
naseb baik menantu dia bijak.
kasi saman sampai dia tinggal seluar dalam
Quote Jajabeans 15-4-2019 03:27 PM
Fuhh 3 juta kauu.. Mesti dh ada lawyer yg tgh cocok pakcik ni suruh proceed court case. Tpi rm2k je denda? Celah gigi lan pet2 jah.
Quote SWORKS27 15-4-2019 03:28 PM
kasi saman aje pakcik ini lanpepet....biadap sgt dia nih
Quote brego 15-4-2019 03:28 PM
dua_chzy replied at 15-4-2019 03:22 PM
Lan pepet buat hapa di apartment tu? Lawat puki haram ka?

asal road rage, tak puas hati dengan satu driver.
driver tu lari masuk apartment dia,
pak gad tahan tak kasi masuk, lan petpet tak puas hati tak dapat driver tu,
dia pegi debik pakgad tu pulak.

Quote ruffboyz 15-4-2019 03:34 PM
brego replied at 15-4-2019 03:28 PM
asal road rage, tak puas hati dengan satu driver.
driver tu lari masuk apartment dia,
pak gad ta ...

owh ni ke cerita dia? tak memasal pag gad kena psl marah
Quote tumpanglalu74 15-4-2019 03:34 PM
brego replied at 15-4-2019 03:28 PM
asal road rage, tak puas hati dengan satu driver.
driver tu lari masuk apartment dia,
pak gad ta ...
Alkisahnye..

Aku pon ade kisah gak tapi kat Mekah.  Mula tu aku tak sanggop share takot dia ingat pulak peristiwe ni.  Tapi dah lebih 10 taon.  Bukan violent ke hape.  

Okay mase tu geng TV3 pi wat umrah.  Ade sekali tu aku turon nak solat Asor.  Kat pintu hotel tu terpekik2 ade orang sebut "Malezi..  Malezi..".  Tengok2 si Lan Pet2.  Pelik aku hinggekan di Mekah pon dia masih tak behave lagi..
Quote buapakperut 15-4-2019 03:35 PM
ganas sangat belasah warga mas camtu sekali. bapak lan kepet masih idup tak? dia tak terbayang ka bapak sundirik/mertua sendirik? terajang orang tak kenal ampun.
Quote manehnya 15-4-2019 03:37 PM
3 jota.. you go pakcik!!

saman biar sampai tingal spender ja pekpek nih
Quote dua_chzy 15-4-2019 03:39 PM
brego replied at 15-4-2019 03:28 PM
asal road rage, tak puas hati dengan satu driver.
driver tu lari masuk apartment dia,
pak gad ta ...

Oh la pulok. Patut la. Lan Pepet ni pon satu. Dah la tak hensem, pangai langsi cam taik. Coba contohi Fattah Amin yang dah la hensem, penyabar pula itu.
Quote Noraniza_Iblis 15-4-2019 03:40 PM
agak2 laa pakcik..
bukan nk bekap lan pet pet..
tp munasabah la skit..
tk pasal2 org mengata pakcik mata duitan..
Quote saviour_09 15-4-2019 03:53 PM
kalo tengok betul2 video tu
pakcik ni pun ada fight jugak
bukan la jenis diam je orang sepak terajang

bagus la macam tu
sekarang fight pulak untuk saman civil

Quote Sazida 15-4-2019 04:06 PM
Jajabeans replied at 15-4-2019 03:27 PM
Fuhh 3 juta kauu.. Mesti dh ada lawyer yg tgh cocok pakcik ni suruh proceed court case. Tpi rm2k je  ...

Tp bg cekta 2k mcm 2juta siap nk saman lg tauuu...,
Quote shamsadis 15-4-2019 04:10 PM
saman je pakcik, nak malu apa saman orang
Quote Sazida 15-4-2019 04:10 PM
Noraniza_Iblis replied at 15-4-2019 03:40 PM
agak2 laa pakcik..
bukan nk bekap lan pet pet..
tp munasabah la skit..

Klau i jd ank dia i sokong je memandangkan Lan petpet ni jenis ego. Tu je cara nk ajar dia. Saman puluh ribu or ratus ribu mybe blh dibyr lg.
Quote orgsepang 15-4-2019 04:13 PM
Noraniza_Iblis replied at 15-4-2019 03:40 PM
agak2 laa pakcik..
bukan nk bekap lan pet pet..
tp munasabah la skit..

Kena letak tinggi dek nanti kalau menang pun hakim tak akan bagi penuh, dapat separuh dari jumlah tuntutan dah untung sangat dah.
Quote kucingitam 15-4-2019 04:15 PM
tumpanglalu74 replied at 15-4-2019 03:34 PM
Alkisahnye..

Aku pon ade kisah gak tapi kat Mekah.  Mula tu aku tak sanggop share takot dia ingat ...

ke dia nak panggil jemaah msia berkumpul?

Quote tumpanglalu74 15-4-2019 04:22 PM
kucingitam replied at 15-4-2019 04:15 PM
ke dia nak panggil jemaah msia berkumpul?

Kat luor hotel tu je dia terpekik terlolong.  Muke tak malu..

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.110081 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top