CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakar Rumah Teman Wanita Sebab Pindah Ke Kampung

15-4-2019 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2784| Komen: 13

Cemburu buta menyebabkan penganggur tergamak membakar rumah teman wanita di Taman Desa Aman, Sungai Lalang, Sungai Petani, awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian dikatakan disedari jiran mangsa selepas terdengar bunyi cermin pecah kira-kira jam 5 pagi.



Gambar Hiasan

Mujur ketika kejadian rumah itu tidak berpenghuni berikutan keluarga mangsa sudah berpindah ke kampung beberapa bulan lalu, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah.

Difahamkan, suspek, 24, dan teman wanitanya,33, yang juga isteri orang menjalin hubungan sulit sejak setahun lalu dan kedua-duanya dikatakan penagih dadah.

Berikutan itu, suami mangsa membawa isterinya serta enam anak mereka tinggal di kampung kerana mahu menghalang wanita terbabit daripada terus berjumpa suspek.

“Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan suami wanita itu sehingga dia mengugut mahu membunuh seluruh keluarga itu,” katanya.


Hasil siasatan awal, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menemui besi pengumpil dan botol berbau petrol di laman rumah itu.

Selain menyebabkan rumah mangsa musnah hampir keseluruhan, kejadian itu turut merosakkan bumbung rumah jiran.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan 498 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, tindakan wanita berkenaan menghilangkan diri sejak pagi tadi menyukarkan polis mengesannya bagi membantu siasatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 15-4-2019 07:18 PM
Erkkk...hmmm
Quote susukambingbest 15-4-2019 07:33 PM
Baiknyer suami dia. Bini pnagih curng dgn jantan penagih jg stahun lbih. Masih suaminya hrgai dgn bwk bini blik kg nk jauhkn dr jantan tu. Kesian anak2 6 org ada mak pnagih. Moga pompuan tu dpt brubat kesian sgt kt anak2. Jantan xguna tu moga masuk dlm lama ckt jgn bg kluar
Quote sfrnna 15-4-2019 07:35 PM
wow cinta mati habis sampai gitu sekali. Yang perempuan tu pun anak dah enam da lagi masa nak berscandal lg ye.
Quote Rainora 15-4-2019 07:40 PM
Hebat pompuan ni. Anak 6, bf 24 tahun, penagih... laki makin sayang
Quote Sazida 15-4-2019 07:45 PM
susukambingbest replied at 15-4-2019 07:33 PM
Baiknyer suami dia. Bini pnagih curng dgn jantan penagih jg stahun lbih. Masih suaminya hrgai dgn bw ...

Ada jah jantan mcm tu.husband kawan aku ditgkap basah dengan wife org, still lagi husband perempuan tu backup n xnk cerai wlpn jd kes mahkamah. Kawan aku sorry la. Dia mintak cerai. And lg best bini org tu merupakan bini besfren husband kawan aku. Vavi x?
Quote EvieWanKenobi 15-4-2019 10:50 PM
penyabar sungguh suaminya..
Quote slavehunter 16-4-2019 11:46 AM
Umur 33 anak enam ada scandal anak ikan. Wow.
Quote maya_mahsuri 16-4-2019 11:49 AM
Baiknya suami dia. Penganggur pun ada org yang nak.
Quote Burong_Hantuk 16-4-2019 11:52 AM
istri orang???sama sama mendadih????
Quote AnaisAnais 16-4-2019 12:07 PM
saiko sangat ni...
Quote kenarikelabu 16-4-2019 12:51 PM
Lahh haii... Skandal ngn bini org. Gila tul..!
Quote ikanmasin 16-4-2019 01:02 PM
nsb baik rumah jiran tak terbakar.
Quote Perk77 16-4-2019 01:07 PM
Rainora replied at 15-4-2019 07:40 PM
Hebat pompuan ni. Anak 6, bf 24 tahun, penagih... laki makin sayang

Pompuan Tu pandai main ler tuh..semua laki cinta mati kat dia

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035015 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top