Walaupun pentadbirannya sentiasa dikecam rakyat kerana gagal menunaikan janji-janji yang ditabur pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap menerima penghargaan di peringkat antarabangsa. Beliau dinamakan oleh majalah TIME sebagai salah seorang daripada 100 manusia paling berpengaruh di dunia pada masa ini. Pengiktirafan itu meletakkan Dr. Mahathir sebaris dengan pemimpin-pemimpin dunia yang lain seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern; Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden China, Xi Jinping.
Memetik ulasan yang ditulis oleh pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dalam portal TIME pada 17 April, Dr. Mahathir membuktikan usia yang lanjut bukan penghalang untuk bergerak aktif dalam politik pilihan raya. "Kuda perang tua yang menggerunkan ini mempesonakan ketika mengharungi kempen yang melelahkan, menarik khalayak yang besar; kebergantungannya terhadap nilai-nilai teras menyatukan kumpulan-kumpulan pengundi dan usianya menarik kepercayaan orang ramai terhadap tokoh besar dalam politik ini," katanya. Turut berada dalam senarai 100 Manusia Paling Berpengaruh ialah bintang-bintang Hollywood seperti Dwayne Johnson (The Rock), Glenn Close, Brie Larson dan Rami Malek. Bagi kategori ikon pula, antara yang tersenarai ialah Taylor Swift, Lady Gaga, Michelle Obama dan Spike Lee. Selain itu, bintang Liverpool, Mohamed Salah; jaguh golf dunia, Tiger Woods dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg turut dimasukkan dalam senarai yang sama. Dr. Mahathir memang kelihatan gah di pentas dunia namun masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinannya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis terhadap mereka. - CARI |
EmaAsmadi: Boringgggggg
Kurex: Macai pasti bangga
tobby: Apa guna klu rakyat kelaparan??
ADVERTISEMENT