CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atas Kapasiti Apa Anwar Mengadap Sultan Brunei?

19-4-2019 03:19 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5834| Komen: 31|Original author: Oleh: Tukang Tulis


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap baginda di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei baru-baru ini. Kredit foto: Twitter


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disindir oleh anak buahnya sendiri berikutan tindakan beliau mengadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan pada 16 April lalu.

Bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard secara sinis bertanya adakah Anwar berbuat demikian atas kapasitinya sebagai 'Perdana Menteri Port Dickson'.

"Selain Sabah dan Sarawak seharusnya bertaraf negara berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 nampaknya Port Dickson juga perlu bertaraf negara gamaknya...," katanya seperti dipetik daripada status dalam laman Facebook beliau.


Kredit foto: Facebook

Sementara itu, Anwar melalui status Twitter pada 16 April menjelaskan, dalam pertemuan selama sejam itu, Sultan Hassanal Bolkiah membincangkan bersama beliau tentang kerjasama dua hala serta serta keperluan memahami perkembangan terkini di kedua-dua negara.



Para netizen turut mempersoalkan sama ada Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mempunyai lokus standi untuk membincangkan tentang hubungan dua hala bersama ketua negara asing.

Mereka bertanya soalan itu memandangkan Anwar tidak mempunyai jawatan dalam Kabinet dan setakat ini, hanya disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ada netizen yang bimbang tindakan Anwar itu akan disalah tafsir oleh pihak tertentu sebagai 'menggelabah' untuk menjadi Perdana Menteri.

Kredit foto: Facebook

Mungkin Anwar ada sebab tersendiri untuk mengadap Sultan Brunei namun pada masa sama, tindakannya menguar-uarkan tentang pertemuan itu kepada umum boleh mengundang kepada pelbagai tafsiran dan salah faham. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 19-4-2019 03:39 PM
Dia kan PM negara Port Dickson. Alaaaa yang pelancung datang berak hari tu. Famous dah merata dunia.... bakal jadi Harimau Asia jugak lah sebelah Atok Matdet...{:run
Quote ninjago 19-4-2019 03:44 PM
atas kapasiti freemasonry brotherhood dia kah? jk

surely he discreetly wants to tell the public something from publishing all these pics & news, knowing him.
Quote RVP20 19-4-2019 03:45 PM
Atas kapasiti PM Port Dickson / bakal PM ke-8
Quote None68 19-4-2019 04:09 PM
PM negara verangan antah berantah..
Quote MadameOnion 19-4-2019 04:33 PM
sebagai PM tepi #lawakhambar
Quote lipans 19-4-2019 04:35 PM
Dia kan PM ke-5, ke-6, ke-7 dan skrg ke-8.
Quote kelapaparut 19-4-2019 05:13 PM
Kalu dia jd pm, mmg xde sape nak undi ph..mmg bn umno buat derk je saje nak bg anwar jatuhkan ph
Quote hussaini4675 19-4-2019 07:50 PM
Atok duk perati je perangai dia ni
Quote ronin 19-4-2019 08:17 PM
Bakal PM serba boleh...beri tazkirah boleh, berjoget boleh, perasan mcm menteri pun boleh..
Quote TOPwind 19-4-2019 08:20 PM
Nasib baik tak kena rejam batu-kan brunei dah ada hukum hudud
Quote baghal_bortuqal 19-4-2019 08:20 PM
ini namanya rule of law.


korang apa tahu ini rule of law punya hal.
Quote kibodwatriuh 19-4-2019 08:58 PM
Hekeleh dah soltan nak jupe? Ko hengat  Bang Non ni budak hingusan ka takdak sejarah, takdak reputasi, takdak network? Cakap macam baru belajar tulis semalam.
Quote jetrofa 19-4-2019 09:25 PM
atas kapasiti anugerah tuhan kot..
Quote gibrana 19-4-2019 09:41 PM
adakah dia menggunakan kemudahan atau  dana kerajaan?selagi dia x mengunakan ,tiada masalah
Quote gideoncross 19-4-2019 10:36 PM
TOPwind replied at 19-4-2019 08:20 PM
Nasib baik tak kena rejam batu-kan brunei dah ada hukum hudud

D mestikan ada saksi sramai 4 org sisthur/brotha, bru lh boleh jalan. Itupun klau saksi bnar2 mngaku. Haha.
Quote gideoncross 19-4-2019 10:37 PM
ronin replied at 19-4-2019 08:17 PM
Bakal PM serba boleh...beri tazkirah boleh, berjoget boleh, perasan mcm menteri pun boleh..

Display photo y'all klaka. Haha.
Quote boyagombak 19-4-2019 10:41 PM
Sudah tuntu atas High Resistance Capacitor
Quote CharlesDera 20-4-2019 12:01 AM
kapasiti penduboq...wakakakakakakakakakkaa
Quote dess402 20-4-2019 12:25 AM
hahaha  ..  cai  .  dah sultan brunai sudi nak terima mengadap bangnon ..  lantak pie laa .  awatt korang jeles  ??    Depa nak sembang politik ka  ..  nak sembang ekonomi  ka ..  yg korang sakit hati tu dah kenapa  ??


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.146681 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top