CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Betul Ke Orang Malaysia Ni Tak Pandai Guna Tandas Canggih? Guna 'Bidet Bowl' Pun Habis Basah Baju

22-4-2019 03:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19663| Komen: 87|Original author: Oleh: Azza




Antara tandas duduk atau tandas cangkung, yang mana satu pilihan anda?

Itu antara dilema rakyat Malaysia satu ketika dahulu. Namun, setelah ramai yang mula menggunakan tandas duduk, ia banyak dibina di pelbagai tempat seperti pasar raya, stesen minyak dan lain-lain.

Bagaimanapun, dilema terbaru rakyat Malaysia ialah terpaksa memilih antara getah paip dengan teknologi terbaru 'bidet bowl' iaitu air yang keluar dari dalam mangkuk tandas pengganti getah paip.

Disebabkan ramai yang tidak biasa dengan kecanggihan, banyak masalah berlaku seperti air yang deras memancut keluar hingga terkena badan pengguna dan lebih dasyat menyebabkan pakaian pengguna basah lencun. Jadi, ada netizen yang menyarankan getah paip digunakan semula berbanding 'bidet bowl'.



Kredit foto: Twitter

Bagi netizen, apa yang disuarakan adalah kepada semua khalayak umur termasuklah warga mas yang pastinya terkial-kial kala mahu menggunakannya. Situasi ini boleh dilihat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) misalnya yang menyaksikan ramai warga emas kebasahan sebaik sahaja keluar dari tandas.

Mungkin ada yang mengatakan 'bidet bowl' adalah teknologi yang membuatkan lantai lebih kering berbanding getah paip. Malahan ia turut mengelakkan bau hancing. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh netizen lain yang tidak selesa menggunakan tandas 'bidet bowl'.

Kredit foto: Internet



Selain lapangan terbang, situasi sama turut dihadapi di pasar raya yang menyediakan lebih banyak tandas 'bidet bowl' berbanding getah paip. Ia menyebabkan ramai orang Melayu khususnya beratur untuk menggunakan tandas ini walaupun ia hanya satu berbanding tandas duduk.

Namun, tidak semua bersetuju dengan pendapat ini kerana ada yang menyatakan menggunakan tandas getah paip sebenarnya lebih kotor berbanding 'bidet bowl'. Ini kerana ramai juga tidak pandai menggunakannya seperti getah berada di lantai, bukannya disangkut di tempatnya, hos getah berada di dalam mangkuk tandas, hos getah berselirat hingga sukar pengguna seterusnya menggunakannya.


Kecanggihan teknologi adalah sesuatu yang diperlukan bagi negara membangun. Jadi, mungkin pihak pemaju boleh meletakkan arahan atau cara yang lebih lengkap bagi menggunakan 'bidet bowl' siap dengan arahan bergambar supaya lebih ramai orang boleh menggunakannya. Kalau anda pula, bagaimana? - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 22-4-2019 03:35 PM
Bidet bowl lg bagus... lebih bersih.. lantai tak basah dan licin.
Quote munchkin 22-4-2019 03:38 PM
Bidet. Learn lah. Kat rumah ko nak pasang paip full throttle. Bukak sampai habis. Bila pressure low sebab sharing toilet air tu keluar slow. Bila pressure kuat sebab org tak guna toilet air tu pancut dengan kuat lah. So bukak adjust lah air bidet tu
Quote jazaa100 22-4-2019 03:41 PM
Lg sakit kit bila tgok ada tapak kasut kat toilet bowl....

Babun mana ntah kuar dari gua....pi lah tandas cangkung kt sebelah tu....gigih nk guna tandas duduk tapi pi panjat mcm beruk....
Quote lazim 22-4-2019 03:45 PM
jazaa100 replied at 22-4-2019 03:41 PM
Lg sakit kit bila tgok ada tapak kasut kat toilet bowl....

Babun mana ntah kuar dari gua....pi la ...

Kita ptt doakn mangkuk jamban tu relah masa depa gigih cangkung biar masuk front page mestro
Quote sambaldurian 22-4-2019 03:50 PM
Ak suka guna cangkung, mslh nye cangkung skp pun ada mall dh x pki getah pai, guna ala2 bidet ni. Rs mcm xkena je sasaran tu. So terpaksa la bertisu2 bnyk. Yg ak bengang toilet user malaysia ni, klu guna tisu , cmpaknye ke lantai, xpun letak antara 2 tndas. Euw. Angin je ak rs.
Quote prettyuglybabe 22-4-2019 03:51 PM
kalau dia duduk elok-elok tak terkeluar pun air tu kalau pulas habis..
sakit pepet tu ye
ni mesti jenis cangkung atas toilet duduk..
selayaknya la air memancut sampai basah seluar ke pintu bagai
Quote Simunggu 22-4-2019 03:51 PM
cuba lah buat sinki kecil utk sambut air masa cuci lepas kencing...kalau buang air besar tu sediakanlah paip pancut mcm skg...sure tak basah punya
Quote munchkin 22-4-2019 03:54 PM
Minah ni tweet dia siap mention kalau kulit hitam hati ngan hitam. Af

Mulut  lancau.
Quote umbut 22-4-2019 04:11 PM
Belajar ler pki. Dari pegang getah paip yg berlendir kotor x gantung balik tu.. Bersih tak lecak bilik air..
Quote Kurex 22-4-2019 04:13 PM
Aku kalau nak guna jenis ni, mesti dalam hati "harap harap tak kena telo".
Senak
Quote Zazama 22-4-2019 04:14 PM
Ok je bg saya benda ni. Tak boleh bayangkan kalau makcik2 yg kaki latah masuk washroom yg sebegini. Sure kecoh!
Quote buapakperut 22-4-2019 04:19 PM
kalau air diapancut tinggi iols ok je, yang tak best tu bila dah pulas habis, air die naik, turun balik macam penyu menangis, tak sampai pun ke destinasi.. geram. hadoyaiiii
Quote SWORKS27 22-4-2019 04:20 PM
x dak masalah pun x da bidet...mentaliti mau kena ubah...kalau berak sekali pun, sedap je benda tu tala cuci bersih kat lubang dubur kau...kalau kencing sklipun x da masalah..bukak siap2 air tu...aku pun penah kene gak dulu..tiba2 cum kat baju..muzibat
Quote CiliPadiSedap 22-4-2019 04:24 PM
Dulu kaka guna bidet bowl apam kaka terluka sebab kaka duduk terbalik. Rupanya kena posisi doggy bukan cowboy.. jerit weii.. kau org yg xpernah guna sila hadam dgn betul..

Toilet ni xsesuai untuk obesiti sbb bila kangkang takut air xsampai tempat dubur najis.. sesuai guna pili paip ada hos getah

Kaka pun xselesa guna tandas camni kdg2 kena cowboy baru bersih
Quote nora_balqis 22-4-2019 04:30 PM
ofis putrajaya banyak guna macam nie, bagi saya ok jer..lagi bersih toilet. tapi bila ramai client warga asing. tahap kesedaran penggunaan mereka masih kurang..ada kes toilet bowl pecah. macamana guna pun ntah..
Quote lasagnaklcc 22-4-2019 04:39 PM
I prefer bidet bowl. Lagi canggih lagi layan. Siap ada lagu kenkadang nak cover bunyi.
Quote misc 22-4-2019 04:48 PM
Kalau takde pilihan atau takde langsung getah paip, guna je lah bidet tu.
Kalau susah sgt, guna je botol mineral 500ml tu, settle problem.
Quote 234126 22-4-2019 04:49 PM
Mula2 je tapi dah lama2 akan terbiasa. Kena belajar to improve life la.getah tu kotor kalau kena lantai berlendir sebab tak kering pastu pulak kang jenis tak pandai nak basuh tangan keluar toilet kesat2 kat  seluar skirt kain
Quote knnk 22-4-2019 04:52 PM
I prefer bidet to be honest. Sebab I sakit hati dan geli tapi lebih kepada sakit hati dengan rakyat Malaysia yang tak reti-reti nak sangkut/letak balik getah tu atau hose besi tu balik.
Pengotor la ngeng.
Pemalas satu hal, kebersihan tahu. Kebersihan!

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.057570 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top