CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asma, Kejang Kaki Dalam Hutan-18 Abang Bomba Bergilir Usung Wanita 137kg

22-4-2019 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17132| Komen: 249|Original author: Oleh: Myra Rozi

16 orang anggota bomba terpaksa bergilir-gilir mengusung seorang wanita yang melakukan 'jungle trekking'di Hutan Simpan Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Harian Metro melaporkan, mangsa yang mempunyai berat badan 137 kilogram mengalami serangan asma serta kejang kedua-dua belah kaki ketika melakukan aktiviti tersebut.

Pasukan penyelamat terpaksa berhenti beberapa kali untuk berehat sebelum berjaya membawanya keluar bagi menerima rawatan selepas empat jam mengusung mangsa.

Foto: Facebook
Komander Operasi, Rosdi Hainan berkata, “Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bersama tiga pegawai Jabatan Hutan menemui mangsa bersama dua rakannya kira-kira lebih dua kilometer dari kawasan laluan utama.


“Ketika ditemui mangsa yang mengalami serangan asma diberi rawatan awal dan berikutan mangsa tidak boleh berjalan kerana kedua-dua kakinya kejang, pasukan bomba terpaksa mengusungnya keluar."

Foto: Facebook
Anggota keselamatan terpaksa rehat beberapa kali disebabkan keadaan trek yang berbukit membuatkan ia agak sukar dan memenatkan.

“Mangsa hanya berjaya dibawa keluar dari kawasan itu sekitar 7.40 malam tadi dan kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Sungai Buloh yang sudah menunggu di jalan utama bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 22-4-2019 07:54 AM







Quote insulin 22-4-2019 07:55 AM
Tu dia. Berat tu. 137 kg.
Quote huJanBaTu 22-4-2019 08:06 AM
Wah abam bomba sado...
Quote Nenolen 22-4-2019 08:12 AM
Bos...tolong bg abam2 bomba off-day barang sehari-dua...penat tuuu...apa2pun tahniah abam2 bomba
Quote koko2 22-4-2019 08:17 AM
Debab2 pun gigih nk berjungle bagai.. Lg plak ada lelah...
Quote saviour_09 22-4-2019 08:24 AM
terduduk brader2 tu

tp still steady
Quote haryatie 22-4-2019 08:29 AM
tu pasal la elok kuruskan badan
baik tuk diri sendiri dn juga org lain
tp yg selalu org ckp badan aku suka hati aku la
x susahkan org pun...
Quote sukacactus 22-4-2019 08:30 AM
Kalau overweight camni, xpayah la buat aktiviti yg membebankan kaki
Lebih baik swimming je
Kan dah susah semua org
Quote missDollie 22-4-2019 08:32 AM
Aduh sapa la bagi idea kat akak ni suruh jungle trekking..huhuhu
Quote merrissa 22-4-2019 08:37 AM
bagus dia buat aktiviti sehat
cume better dia start di taman2 saja....
lebih mudah ambulan nak masuk if jadi apa2
Quote no_el 22-4-2019 08:40 AM
Dgn bdn gitu patutnya pusing taman dulu. Lps beberapa bulan baru start hiking
Ni ntah2 warm up pun x tu yg kejang kaki
Quote AbukRokok 22-4-2019 08:42 AM
tetiba teringat ratu naga
Quote Pink_Purple 22-4-2019 08:43 AM
abang sado pun tersandar..
Quote matamata 22-4-2019 08:45 AM
Badan aku gemuk sukati akula, mkn bkn mintak duit korang pon, bukannya aku susahkan sapa2 pun....janji aku bahagia....
Quote matamata 22-4-2019 08:46 AM
Seb baik tak patah stretcher tuh.
Quote figurae 22-4-2019 08:51 AM
berat dan ada athsma.. elok mulakan dgn jogging di taman dulu.. sian abang bomba
Quote noor2 22-4-2019 08:54 AM
Maaf lah tapi.mmg akak tergelak baca berita ni....kussss semangat kak badan ko. ..

Aku yang berat 50kg pun malas nak pi masuk redah hutan ni....baik jogging sikit2 kat area rumah ni....
Quote noor2 22-4-2019 08:57 AM
Lawa2 semua badan anggota bomba yang mengusung tu...X gemuk X kurus. ...
Quote supernaturalee 22-4-2019 08:58 AM
Mantap mantap abg bomba
Ko saje kn dek


Lihat semua komen(249)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.100197 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top