CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Bukan Sengaja Gedik Nak Hero Bomba Selamatkan' - Rakan Pertahan Pendaki Wanita Kejang Kaki

24-4-2019 10:45 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8220| Komen: 19|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kisah seorang wanita yang terpaksa diusung 16 ahli bomba kerana mengalami kekejangan kaki ketika menjalani aktiviti mendaki di Hutan Simpan Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya menjadi perbualan netizen.



Kredit foto: Facebook

Kebanyakan daripada mereka menngecam mangsa seberat 137 kilogram itu kerana dikatakan menyusahkan anggota bomba yang terpaksa mengangkatnya turun. 

Operasi dikatakan hanya selesai pada jam 7.40 malam di mana mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan.


Kredit foto: Harian Metro


Ada di antara komen itu yang mempersoalkan wanita tersebut kerana dikatakan 'tidak sedar diri berpenyakit'. Manakala, ada pula yang mencadangkan supaya dia menjalankan aktiviti yang lebih ringan seperti berjalan-jalan di Zoo ataupun bersenam di gym.


Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
'Bukan Sengaja Gedik Nak Hero Bomba Selamatkan' - Rakan Pertahan Pendaki Wanita Kejang Kaki

Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook


Lebih menyakitkan hari, ada netizen yang menuduh wanita gadis itu sengaja gedik rebah sebab hendak diselamatkan oleh hero-hero bomba.



Kredit Foto : Facebook
Kredit Foto: Facebook

Kredit Foto: Facebook

Menyedari pelbagai tohmahan tidak berasas itu, Encik Zairi Zainal dari Hiking And Recreation Around Malaysia (HARAM) mengutuk sekeras-kerasnya komen-komen yang menghina fizikal rakan mereka itu.

Menerangkan kejadian sebenar, Zairi berkata kejadian tersebut bukan disebabkan oleh asma kerana mangsa berjaya sampai ke puncak tanpa masalah.  Lagipun, tujuan mangsa tersebut mendaki adalah untuk kesihatan dan tidak bermaksud hendak menyusahkan anggota bomba.



Kredit Foto: Facebook

Menambah lebih lanjut, Zairi berkata denai yang dipilih mereka bukanlah curam tetapi lebih landai dan bersesuaian dengan fizikal mereka. Jadi, tohmahan mengatakan sengaja mencari padah dan berpura-pura kejang untuk dibawa turun tidak adil untuk rakan mereka itu.


Kredit Foto: Facebook

Beliau berharap netizen yang mengeluarkan komen berbau penghinaan agar insaf dan mendapatkan maklumat yang benar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Semoga wanita tersebut semakin sihat dan meneruskan usahanya untuk mendapat kesihatan yang baik. Cuma, berpada-padalah dalam melakukan sebarang kegiatan supaya tidak memudaratkan diri sendiri. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 24-4-2019 11:12 AM
Walaupun  begitu... ada benarnya komen netizen buat exercise tempat mudah dulu, dah fit baru hiking

Cuma bahasa yg digunakan untuk tegur tu kasar2
Quote imransulaiman 24-4-2019 11:12 AM
Kepada mangsa - sila ambil iktibar dari kejadian yang berlaku...semoga selepas ini akan ada usaha nak kuruskan diri demi kesihatan. Perbetulkan niat - untuk sihat... In Sha Allah {:good
Quote manehnya 24-4-2019 11:14 AM
tetap nk pertahan.. walau dah mnyusahkan bomba...................................

Quote azimodin 24-4-2019 11:55 AM
cergaskan badan dulu sebelum buat aktiviti yang mencabar. laki aku sejenis kerempeng tapi cepat semput, naik gunung ledang aku bagi tapi masa dia try2 nak plan naik kinabalu aku angin. dia bukan rajin sangat exercise pon. baru ni tetiba cakap nak join half-marathon. aku suruh dia join fun run banyak2 dulu sebelum buat benda merepek. dah masuk spital karang menyusahkan orang
Quote miszclassique 24-4-2019 12:09 PM
Lama jugak ye kaki dia kejang. Apa2 pun aku yg kurus ni pun malas nak bwk bontot naik bukit sana sini... Akak riadah tengok nature kat taman2 besar jela kak. Nak berlari2 anak pun boleh takde sape hina. Mohon bertabah
Quote haryatie 24-4-2019 12:29 PM
kesian
tp tu la elok la kuruskan badan
sape kata bdan gemuk x menyusahkan org
sebenar nya kaki sendiri pun susah nak tahan/tampung berat badan tu
tinggal lg kaki x berckp jerk
cuma sakit2 sbb x larat nak tahan berat badan tuan nya..
Quote farlis 24-4-2019 12:38 PM
Sian mangsa tu weiii..
Tu la.. peringatan utk diri sendiri, keep fit
Quote Artemesiaa 24-4-2019 12:48 PM
Sebab ramai guna bahasa yang agak kasar mungkin sebab tu dia rasa sentap.  Tapi tolak tepi bahasa kasar yang mereka guna tu ada juga benar apa yang mereka perkatakan.  Nak lakukan apa2 juga aktiviti sukan kena ada persediaan sebelum mula paling2 mesti ada lakukan sedikit senaman regangan.  Kalau keep fit sebelum tu pasti lebih baik lagi.
Quote KekDurian 24-4-2019 04:03 PM
Wahh..kemain member dia backup ..hello ni hiking kut...aku yg bdn naik 10kg lps bersalin g hiking pun semput...pg la joging dlu kt taman..berat dh sesuai bru g hiking..tu nasib baik kejang kaki..klo tangkap jantung? Nak exercise pun carila ilmu dlu
Quote RatuDunia94 24-4-2019 04:12 PM
Aiii kata rajin hiking tp badan gemuk gak? X kurus pon???
Ke sampai bawah bedal nasi kandar pinggan?
Quote palmolive 24-4-2019 04:28 PM
kesian kena kecam weyyy..
mcm OUTDOOR RUN gak..semata2 nak selfie baik tak yah
Quote HannahMontana 24-4-2019 04:42 PM
sebab dia hodoh ,gemuk pula

lainlah blackpink andai pura-pra rebah ,belum sempat rebah terus di pangku manja di bahu bang sado.


Bodohnya komen sekor sekor...seolah-olah  manusia hodoh tiada hak utk dibantu.
Quote renko 24-4-2019 05:21 PM
haram??
haramjadah ye lah
Quote figurae 25-4-2019 10:01 AM
rakyat jelata memang macam tu.
sebab mangsa gemuk semua kecam
cuba mangsa tu cantik jelita mesti ramai yang kesian dan mendoakan kesihatan beliau
Quote glump 25-4-2019 10:15 AM
Words makes a different..
MMG semua org tau dia tu nk beriadah tujuan kesihatan ..pls consider difference type of exercise May suit her best and for others benefit
Quote niena90 25-4-2019 11:35 AM
Kot ye pun pilih la sukan yg bersesuaian dgn badan. Even doktor pun penah cakap org badan obesiti ni elok berenang or brisk walk sajo. Jgn la paksa push badan tu utk buat sesuatu yg tak mampu.
Quote Pink_Purple 25-4-2019 11:51 PM
137 kg tu..perempuan tu..

punca gemuk, xleh kontrol makan di peringkat awal
Quote None68 26-4-2019 03:47 AM
Masalahnya mmg menyusahkan org pun..itu realiti..
Quote gummiebear 26-4-2019 07:03 AM
Kesian akak tu. Semoga cepat sembuh kak.
Sebab gemuk sheols dikecam sampai camni. Cuba kalau cantik, agaknya beratur orang dari puncak sampai bawah nak tolong usung khen

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.120367 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top