CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bingainya Wartawan" - Pegawai Khas MB Negeri Sembilan Dikecam Kerana Hina Wartawan

25-4-2019 06:25 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6064| Komen: 26|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Status Facebook pegawai khas Menteri Besar Negeri Sembilan yang memperlekehkan wartawan. Kredit foto: Facebook

Gara-gara terlanjur kata melabelkan wartawan Sinar Harian sebagai 'bingai', pegawai khas Menteri Besar Negeri Sembilan dikecam oleh pengamal-pengamal media tempatan yang kesal dengan perbuatannya yang kurang sopan itu. 

Individu terbabit menggunakan perkataan itu bagi meluahkan perasaan tidak puas hatinya berhubung tajuk asal yang digunakan oleh Sinar Harian bagi laporan liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 24 April.

Artikel yang ditulis oleh wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli itu adalah tentang jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Aminuddin Harun bagi menjawab soalan berkaitan status pensijilan halal untuk penjualan ayam di pasar raya sekitar Negeri Sembilan.


Walaupun tajuk asal artikel tersebut telah dipinda kepada tajuk baharu, pegawai khas Aminuddin itu masih membuat kecaman berunsur peribadi terhadap wartawan berkenaan.

Tindakan itu mengundang perasaan kesal para pengamal media tempatan yang berpandangan, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara baik dan tidak perlu ditularkan.

Kredit foto: Facebook
Salinan jawapan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Kredit foto: Facebook
Sementara itu, Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS), Arfi Ahmad berkata, pegawai khas Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut sepatutnya menggunakan cara yang lebih berhemah untuk menegur pengamal media.

"Lebih dikesali, beliau yang berkhidmat sebagai pembantu Menteri Besar Negeri Sembilan itu seolah-olah mencerminkan slogan Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Bersih, Muafakat dan Sejahtera langsung tidak ada pada pembantu beliau," katanya seperti dipetik dari satu kenyataan dalam laman Facebook MANIS.

Selain itu, Gerakan Media Merdeka (Geramm) melalui satu kenyataan dalam laman Facebook menegaskan, perbuatan 'menembak wartawan' tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan yang menyatakan komitmen untuk menyokong kebebasan media.

Kredit foto: Facebook

Dalam pada itu, bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin seperti dipetik dari kenyataan dalam laman blog miliknya menyifatkan perkataan 'bingai' yang digunakan dalam dialek Negeri Sembilan untuk menggambarkan 'orang yang bodoh dan lemah' sebagai satu penghinaan.

"Aminuddin perlu meminta pemilik akaun Facebook berkenaan yang merupakan orang kuatnya memadamkan status menghina wartawan dan meminta pemilik akaun itu meminta maaf secara terbuka kepada wartawan berkenaan," katanya.

Benda boleh selesai secara elok, mengapa perlu ditularkan? -CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • minahsanggul

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-4-2019 06:43 PM
Bingainya menteri ph
Quote pyropura 25-4-2019 06:50 PM
Wartawan2 memang bingai pun, tengok aje mana2 press cons, soklan yg dah ditanya oleh seorang wartawan ditanya balik oleh wartawan lain. Esp wartawan utusan
Quote febreze 25-4-2019 07:09 PM
bingai lagi ok dari bodoh rasanya
Quote hussaini4675 25-4-2019 07:11 PM
Kalau pegawai bingai camni, sepenggal aje la jadi kerajaan
Quote 234126 25-4-2019 08:23 PM
Ingat senang nak jaga adab ikut protokol jaga orang2 high rank ni? Tak kira what institution. Org yg dihire tu kena maintain sabar with high integrity and finesse class. If dapat yg tak semenggah, just hire asal boleh, ini la jadinya level budak2 bbnu je la even dah 40-50an pun
Quote hussaini4675 25-4-2019 09:02 PM
Dia dah minta maaf pun


Hebahan Media

1. Ekoran artikel Sinar Harian dengan tajuk terdahulu berkaitan sijil halal ayam, Kerajaan Negeri telah menerima kecaman hebat dari netizen seolah-olah mengambil ringan soal halal dan haram.

2. Saya secara peribadi telah terkesan dengan pelbagai hamburan oleh netizen di pelbagai platform media sosial yang berpunca dari tafsiran tajuk tersebut.

3. Dalam keadaan yang agak emosi, saya secara terbuka di media sosial, telah menyelar penggunaan tajuk tersebut dengan perkataan 'yang tidak sepatutnya' dilafazkan kepada pihak media khususnya editorial Sinar. Perlakuan ini adalah kekhilafan diri saya tanpa arahan atau paksaan mana-mana pihak.

4. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pihak Sinar kerana yang pertama, telah mengambil langkah awal menukar tajuk berita tersebut dan yang kedua, telah dengan segera menyiarkan jawapan bertulis DSAH.

5. Saya juga menyedari peranan media terutamanya Sinar Harian yang begitu banyak berjasa melaporkan perkara benar walaupun berisiko, yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada kemenangan Pakatan Harapan pada PRU yang lalu. Jasa ini sentiasa dalam ingatan.

6. Susulan itu saya dengan rasa rendah diri, dengan hati dan jiwa terbuka memohon maaf di atas rasa kurang selesa wartawan khususnya Sinar Harian dan amnya pihak media lain di atas posting saya berkaitan isu tersebut.

Yang Benar
Riduan Md Nor
25 April 2019
4.30pm
Quote None68 26-4-2019 02:38 AM
Wartawan mmg bingai dan x boleh kena cuit.
Quote pokaibanktokyo 26-4-2019 06:28 AM
Bengap, hidup susah, berhutang keliling pinggang dan kaki kelentong. Itu adalah hakikat semua pekerja akhbar terutamanya sinar harian
Quote kenari2101 26-4-2019 08:35 AM
aku tak heran paal hal bingai tu,
yg aku musykil pasal hal ayam tu
cuba baca kat surat tu,
memana pasaraya bebas amik memana ayam dari mana2 rumah sembellihan tak kira halal atau tak
omaigod
Quote Supersirap 26-4-2019 09:35 AM
bahasa menunjukkan tingkah laku seseorang
Quote hussaini4675 26-4-2019 10:55 AM
kenari2101: aku tak heran paal hal bingai tu,yg aku musykil pasal hal ayam tucuba baca kat surat tu, memana pasaraya bebas amik memana ayam dari mana2 rumah sembe ...


Tu pasal la pegawai dia buat kecoh pasal tajuk. Biar rakyat tak baca isi sebenar artikel tu. Sekarang ni zaman media sosial. Apa susah, kasi viral je jawapan MB tu. Biar semua orang tau.

Quote dodolgemok 26-4-2019 11:12 AM
Mmg lah bingai dah buat berita nak bagi org salah faham. Mmg wartawan bingai!
Quote dodolgemok 26-4-2019 11:13 AM
Ujong2 wartawan yg play victim dan salahkan mangsa fitnah. Sama je lah wartawan bingai tersebut smpai lunyai baru tau!
Quote dodolgemok 26-4-2019 11:14 AM
Kurex replied at 25-4-2019 06:43 PM
Bingainya menteri ph

Ni lagi bingai, xde kena mengena dgan menteri pon kau nak masukkan menteri. Asal boleh hencap kan? Dasar cacai bingai.
Quote Kurex 26-4-2019 11:17 AM
Edited by Kurex at 26-4-2019 11:18 AM
dodolgemok replied at 26-4-2019 11:14 AM
Ni lagi bingai, xde kena mengena dgan menteri pon kau nak masukkan menteri. Asal boleh hencap kan? ...


Apa salahnya kata menteri sekarang bingai sebab tu memang nyata walaupun takde kena mengena.
Kalau dah menteri bingai, dah tentu penyokonh lagi bodoh
Quote dodolgemok 26-4-2019 12:30 PM
Kurex replied at 26-4-2019 11:17 AM
Apa salahnya kata menteri sekarang bingai sebab tu memang nyata walaupun takde kena mengena.
Ka ...

Kalau nak cakap menteri bingai pergi buat benang lain. Dah la bodoh xreti baca artikel, lepastu konar baring cecah lutut smpai melecet. Mesti tertekan kan jadi cacai bodoh cam kau? Kahkahkah
Quote Kurex 26-4-2019 01:37 PM
dodolgemok replied at 26-4-2019 12:30 PM
Kalau nak cakap menteri bingai pergi buat benang lain. Dah la bodoh xreti baca artikel, lepastu ko ...

Padanlah ramai keji kau..
Quote cfa 26-4-2019 01:40 PM
tapi...tapi... memang ramai pun reporter yang bingai bingai...
Quote mrs_salvatore 26-4-2019 03:19 PM
pegawai khas ni lantikan politik je
ntah2 mamat ni spm pun takde kot

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055004 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top