CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memang Tradisi Iran Sujud Atas Batu Karbala - SUA Mat Sabu

3-5-2019 04:43 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 17444| Komen: 63|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Gambar yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini. Kredit foto: AbuLeman.com



Amalan meletakkan turbah atau batu Karbala di atas sejadah yang digunakan oleh tetamu kenamaan dari negara lain untuk menunaikan solat merupakan satu tradisi di Iran.

Perkara itu diperjelaskan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berikutan kontroversi gambar yang menunjukkan batu Karbala di atas sejadah Mohamad Sabu yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette pada 30 April (https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/30/tradisi-tehran-letak-batu-karbala-di-sejadah-sua-mat-sabu/), beliau berkata, ia sudah menjadi tradisi masyarakat di Iran untuk meletakkan batu Karbala di atas sejadah masing-masing.


"Semua orang tanpa kecuali, apatah lagi sejadah VIP. Tinggal lagi terpulang kepada kita nak sujud di mana," katanya.

Batu Karbala. Kredit foto: Carian Google

Gambar yang menunjukkan batu Karbala di atas sejadah yang digunakan Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara itu mula disiarkan oleh sebuah laman sesawang berbahasa Parsi di Iran.

Beliau menunaikan solat yang diimamkan oleh Imam Ayatollah Emami Kashani di sebuah masjid di Tehran ketika dalam program lawatan kerja rasmi di negara itu mulai 26 April hingga 1 Mei lalu.

Mohamad Sabu bersama pegawai-pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia dan tentera Iran. Kredit foto: Kementerian Pertahanan


Batu Karbala yang digunakan oleh penganut Syiah untuk meletakkan dahi ketika bersujud itu dikatakan diperbuat daripada tanah di Karbala, Iraq iaitu tempat di mana cucu Rasulullah SAW, Saidina Husain r.a. terbunuh.

Mungkin lebih baik jika Mohamad sendiri yang beri penjelasan tentang isu tersebut sebaik sahaja beliau pulang ke Malaysia nanti. -CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CharlesDera 3-5-2019 04:48 PM
iran ni power..kuat....ketuk kepala berdarah pun tak mati2....wakakakakakakakkakakakakakak
Quote CharlesDera 3-5-2019 04:52 PM
[youtube]Hzwb0xkapbI[/youtube]
Quote rocksteady 3-5-2019 04:52 PM
presiden palestin paling aku respek. langsung tak solat berimankan syiah
Quote sapeka 3-5-2019 05:11 PM
lah beribadah ikut tradisi nenek moyang?
bukan ikut seruan yang Allah saran kan?
Quote axl_bach 3-5-2019 05:45 PM
Adakah ini kali pertama menteri kita melawat Iran? Andai ada dulu masa era BN harap ada menteri yg sanggah dakwaan tradisi ini....
Quote iloveselangor 3-5-2019 07:32 PM
axl_bach replied at 3-5-2019 05:45 PM
Adakah ini kali pertama menteri kita melawat Iran? Andai ada dulu masa era BN harap ada menteri yg s ...

Khennn mak tunggu Perdana Menteri 22 tahun utk komen...jangan buat2 Nyanyok pulak.
Quote selipar_hijau 3-5-2019 08:41 PM
Segak & tegap tentera2 iran
Quote Victorioussss 3-5-2019 08:44 PM
Tradisi iran or tradisi syiah

Hehee sape percaya mmg bodoh
Quote Mary_jane 3-5-2019 08:44 PM
Mungkin dia tak letak pun kepala atas batu tu masa sujud. Dan sujud kat tepi.
Quote Sham143 3-5-2019 09:28 PM
Yang penting mengadap kiblat..Kalau tk mengadap kiblat sembahyang tk sah..
Quote harisbee 3-5-2019 09:40 PM
Tradisi iran kunun
Quote nolya 3-5-2019 10:43 PM
Boleh je kalihkan dahi jgn kena batu ketika sujud, bukan depa tau pun kan....?  Tapi batu tu nampak cantik.  Bawa balek sbg souvenir boleh tak agaknya.
Quote CiliPadiSedap 3-5-2019 11:20 PM
Benda tu akak biasa buat carrom sekali pecah papan karrom sebab anti syiah
Quote 7doors 3-5-2019 11:42 PM
batu sebesar alam kat kaabah x d kisah kan pulak kan..
Quote SalenaGomez 4-5-2019 12:10 AM
Pada pendapat SG, mat sabu lebih pada menghormati budaya dan cara solat disana...masih sah solat nya...lagipon dia bersolat di iran...lainlah kalau dia solat di Malaysia style gini,baru jadi isu...SG pernah dengar kupasan ustaz berkenaan perbezaan dlm mengerjakan ibadat disebabkan perbezaan mazhab...dibenarkan utk follow cara ditempat tersebut utk x menimbulkan fitnah....wallahualam...kita semua n SG sendiri masih kena rajin belajar n bertanya pada alim ulama kita
Quote totokreturn. 4-5-2019 12:18 AM
SalenaGomez replied at 4-5-2019 12:10 AM
Pada pendapat SG, mat sabu lebih pada menghormati budaya dan cara solat disana...masih sah solat nya ...

semoga salena gomez diberi hidayah utk peluk islam
Quote DARSITA 4-5-2019 01:09 AM
Dkt Iran jer .. di masjid US okay jer orang syiah bersolat berimamkan orang sunni. Tak ada pun letak batu batu bagai.
Quote Sham143 4-5-2019 09:17 AM
Segak2 tentera Iran..
Quote harizs 4-5-2019 09:45 AM
rocksteady replied at 3-5-2019 04:52 PM
presiden palestin paling aku respek. langsung tak solat berimankan syiah

Tu la...blh je SAY NO to solat blkg ajaran sesat

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.144293 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top