CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kepada Peragut, Tak Halal Dunia Akhirat Kau Ambil Duit Titik Peluh Aku"

3-5-2019 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7237| Komen: 48|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang pembantu kedai cedera di lutut, kaki, tangan dan muka selepas diragut oleh dua lelaki.

Mangsa terjatuh dari motosikalnya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Pauh Sebanjar, Simpangan, Tumpat, pada 7.20 malam itu.


Kredit foto: Facebook
Harian Metro melaporkan, mangsa yang berusia 22 tahun menunggang Honda Dash dari tempat kerjanya dan dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Bendang Pak Yong.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata,

“Ketika melalui kawasan selekoh ada sebuah motosikal dinaiki dua lelaki mengekori mangsa dari belakang.

“Seorang dari suspek kemudian menyambar beg duit mangsa diletakkan dalam bakul motosikalnya."


Kredit foto: Facebook
Suspek turut menolak motosikal mangsa menyebabkan wanita tersebut hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.

Mangsa kerugian kira-kira RM1700, membabitkan seutas rantai emas dan wang tunai bernilai RM200.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan." -CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aerhys 3-5-2019 05:10 PM
Kenapa letak beg dalam bakul motosikal :c

Saya kalau berjalan seorang diri apabila dengar bunyi motosikal dari belakang saja dah siap2 jalan ke tepi dan alihkan beg menjauhi jalan. Genggam beg erat2. Biarlah orang kata paranoia pun. Masuk kereta saja pun terus lock semua pintu. Saya tolong aminkan saja semoga peragut tu kembung perut makan hasil duit curi atau ditimpa musibah
Quote Matakilat 3-5-2019 05:27 PM
Ngilu tengok luka luka dia. Kesiannye. Duit punye pasal sanggup berlaku zalim kat org lain ya.
Quote sepiITUindah 3-5-2019 05:32 PM
di akhir zaman ni..tak yah pakai handbag sangat
Quote aurorae 3-5-2019 05:36 PM
Aerhys replied at 3-5-2019 05:10 PM
Kenapa letak beg dalam bakul motosikal :c

Saya kalau berjalan seorang diri apabila dengar bunyi m ...

Akak pakai dompet  lelaki, masuk dalam poket depan seluar. Bawak beg letak barang je.
Quote Aerhys 3-5-2019 05:49 PM
aurorae replied at 3-5-2019 05:36 PM
Akak pakai dompet  lelaki, masuk dalam poket depan seluar. Bawak beg letak barang je.

Bagus cara akak. Tapi wallet lelaki tu terlalu kecil utk orang macam saya yg suka sumbat segala benda dalam satu beg
Quote Artemesiaa 3-5-2019 05:52 PM
Peragut ni tak ada kesihan degan orang sebab tu dia berani meragut.  Ada elok diperingatkan semula agar jangan letak bag dalam bakul motor sebab boleh mengudang bahaya.
Quote aurorae 3-5-2019 06:00 PM
Aerhys replied at 3-5-2019 05:49 PM
Bagus cara akak. Tapi wallet lelaki tu terlalu kecil utk orang macam saya yg suka sumbat segala be ...

Benda2 yang kalau hilang  boleh diterima lagi macam dompet duit siling, list barang nak beli, masuk hand bag atau bag pack. Hp dalam poket lagi satu.

Kalau akak travel banyak dokumen penting macam passport dll, bawa bag pack comel letak depan badan, bukan sebelah belakang. Tapi dompet tetap dalam poket.
Quote matamata 3-5-2019 06:00 PM
Peragut tu beli dadah bkn beli makan....so kita doakan dia tersalah beli dah makan racun tikus...cepat gol
Quote mamarock 3-5-2019 06:06 PM
Seeloknya pakai motosikal yang ada kotak kat belakang tu. Letak beg kat dalam tu, kunci rapat-rapat.

Kalau tak nak, pakai pouch beg ikat kat pinggang tu. Masukkan bawah baju, jangan kasi nampak.

Quote buapakperut 3-5-2019 06:34 PM
kesihan hakak ni. moga cepat sembuh. pasni kak takyah pakai henbeg,pakai plastik hitam dah, takpun selit duit henpon dalam bra. iols bawa kete pun tak berani letak handbag/backpack kat sebelah. sorok betul2.
Quote amyza 3-5-2019 07:04 PM
I pun mangsa ragut. Sakittttt sangat terseret kat jln raya.
Quote ninja boy 3-5-2019 07:09 PM
Itula penagih dadah kasi tembak aja. Mereka adalah punca segala kejahatan
Quote umbut 3-5-2019 09:35 PM
Dah byk kes camni.. awat bijak letak beg dlm bakul dikkkkk
Quote gigahertz 3-5-2019 10:19 PM
Matakilat: Ngilu tengok luka luka dia. Kesiannye. Duit punye pasal sanggup berlaku zalim kat org lain ya.

tgk muka cantik sekali tgk luka luka semua...
Quote shernazz 3-5-2019 10:44 PM
Kesiannya
Peragut gini kalau depa yang mati kena gilis ..iols ucapkan alhamdulillah ajelahhh
Moga.mereput
Quote akusukaq 3-5-2019 11:07 PM
Edited by akusukaq at 3-5-2019 11:10 PM

guna beg pouch je.letak hfon duit , kad, paspot dan kunci kerete.tutup dgn baju labuh. tak siapa pun perasan. bawak beg isu benda2 tk de harga je. aku travel merata2 bumi ni camtu je.
Quote lil_honey 3-5-2019 11:08 PM
nauzubillahminzalik,
kesian pada mangsa..muke cantik dah kene parut2..nak lagi kat bibir tu..sakit nye..tgk pun rasa sakit..
pakai la beg galas..pastu pakai baju sweater tu..
kdg ade motor yang tak aware pasal kes2 ragut ni, elok je pakai henbeg konon sorok kat antara penunggang n pembonceng..skali peragut tu tarik...dua2 pon boleh jatuh..
Quote belacan_gurl 4-5-2019 02:03 AM
Takpun board hitam yg kat belakang tu...selalu aku tgk org naik moto ada board tu....lagi selamat rasa nya...
Quote None68 4-5-2019 04:48 AM
Isyh ngerinya tengok...kenalah simpan duit dlm bra mcm zmn atok moyang dulu2.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.147509 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top