CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hijjaz Mempertaruhkan Lagu Nasyid Dengan Suntikan Irama Rap

6-5-2019 10:21 AM| Diterbitkan: MoFirdaus| Dilihat: 2537| Komen: 4|Original author: Oleh: Mo Firdaus

Description: Kumpulan Hijjaz cuba tampil dengan kelainan iaitu mempertaruhkan lagu nasyid dengan irama rap untuk menarik golongan muda dalam dakwah mereka.


Kumpulan Hijjaz cuba tampil dengan kelainan iaitu mempertaruhkan lagu nasyid dengan irama rap untuk menarik golongan muda dalam dakwah mereka.

Salah seorang ahlinya, Munif Ahmad berkata, pendekatan itu bukanlah tidak laku, sebaliknya diolah dengan unsur kontemporari selaras dengan selera masa kini.

"Bukan tak laku, masih ada peminat yang mendengar lagu-lagu nasyid.

"Cuma, apabila sudah berusia saya rasakan Hijjaz perlu memberi idea baru untuk pendengar lebih muda", katanya seperti dipetik daripada MalaysiaKini.

Hijjaz baru saja melancarkan single baru iaitu Lafaz Salam yang menampilkan Jeff A to Z untuk rap dalam lagu tersebut.


Munif mengakui dia bimbang terhadap reaksi yang akan diberikan oleh pendengar dan ia menghantui fikiran mereka.

"Mula-mula kita rasa takut dengan penerimaan pendengar sebab kami tidak pernah ada irama rap dalam lagu kami sebelum ini.

"Tetapi, kami mahu cuba juga sebab sebelum ini pernah menjalinkan dengan irama lain bersama artis lain, nanti tak banyak perbezaan," katanya.


Foto: MalaysiaKini

Bagaimanapun, Munif menambah mereka cuba bersikap positif apabila peminat mula meminati lagu-lagu Hijjaz yang turut dianggotai oleh Isman Nadim Isam, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim selepas mereka menyertai Gema Gegar Vaganza 2017 dan mendapat tempat kedua.

Sementara itu, menurut Isman, irama rap banyak mesej dan liriknya tidak berulang-ulang.

"Gabungan rap dan nasyid saya rasakan ianya bagus sebab kita banyakkan mesej, rap ini tidak berulang-ulang", katanya.

Apa pendapat anda bila kumpulan nasyid memasukkan elemen rap dalam lagu mereka? Dengar dulu baru komen okey? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lee_sakura 6-5-2019 10:23 AM
bagus la dh ada pembaharuan dlm nasyid, takde la mengatuk aku dgr
Quote Mary_jane 6-5-2019 12:05 PM
I dengar jah lagu nasyid, asalkan tak sumbang. Hijjaz ni lagu2 dia sedap2. Ditambah suara munif.
Quote biozipstar 8-5-2019 01:41 PM
nak dengar lagu nasyid terkini. tapi dia macam x berapa viral jadi x berapa tahu.. mcm tuuuuu
Quote supernaturalee 8-5-2019 03:57 PM
part rap tu

kenapa xajk malique ke
joe ke
sona one ke


sape lg rapper yg femes skrg ni?

br lh up to date

anyway...klu sedap mcmn pun insya allah org suka dan layan je

for me, muniff adlh vokalis terbaik dlm genre nasyid

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.050210 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top