CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Buku Diharamkan Kerajaan Malaysia, Mustafa Akyol Sebar E-Buku Percuma

6-5-2019 02:04 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3984| Komen: 15|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kulit buku kontroversi tulisan Mustafa Akyol yang turut menampilkan ulasan Maszlee Malik. Kredit foto: Cato Institute


Penulis berfahaman liberal dari Turki, Mustafa Akyol membenarkan bukunya yang berjudul Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan yang diharamkan di Malaysia untuk dimuat turun secara percuma dalam bentuk e-buku melalui laman sesawang Cato Institute.

Memetik kenyataan Mustafa dalam laman sesawang tersebut, orang Melayu yang beragama Islam seharusnya diberi peluang untuk menilai buku terjemahan bahasa Melayu daripada teks asal dalam bahasa Inggeris yang bertajuk Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty.

Dia turut meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan bukunya itu pada 2017.


"Dalam saya menghormati pihak berkuasa Malaysia, saya mendapati autoritarianisme ini mengarut," katanya.

KDN menyatakan buku tulisan Mustafa terbitan Islamic Renaissance Front itu mempromosikan idea liberalisme, mengandungi unsur menghina Islam, menyeleweng dan dikupas menggunakan logik akal.

Maszlee Malik. Kredit foto: Carian Google


Kulit buku tersebut turut memaparkan ulasan ringkas oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang ketika ia dicetak masih bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dia menulis, kehidupan manusia yang serba kompleks di dalam dunia pasca unipolar tamadun Barat memerlukan sikap kritis dan kewarasan intelektual dalam kalangan umat Islam untuk menjadikan agama berkenaan serta ummah terus relevan.

"Karya Akyol walaupun tidak sunyi dari kritikan ini merupakan salah satu daripada usaha tersebut.

"Kedegilan untuk terus jumud dengan kerangka legalistik-positivisme di dalam beragama kerana politik identiti (identity politics) tidak akan membawa umat Islam ke mana-mana, malah lebih menakutkan, ia hanya bakal menjadikan Islam terpinggir dari arus pertandingan ide di peringkat global yang serba rencam...," katanya.

Kalau buku cetakan fizikal telah diharamkan, tidak pasti pula sama ada ia boleh disebarkan di Malaysia melalui medium elektronik. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 6-5-2019 02:07 PM
“dikupas menggunakan logik akal“

Diharamkan sebab dikupas menggunakan logik akal. Ayoo. Patut lah banyak lobai dan daie PU bodoh double standard zaman skrg ni, semua nya tak guna logik akal rupanya {:smile
Quote lkick2113 6-5-2019 02:08 PM
aku suka baca tulisan mustapha akyol ni.......membuka minda. Lobai bodo mungkin tak suka lah...
Quote MyStiQu3 6-5-2019 02:31 PM
Orix: “dikupas menggunakan logik akal“Diharamkan sebab dikupas menggunakan logik akal. Ayoo. Patut lah banyak lobai dan daie PU bodoh double standard zama ...


Baru nak komen benda yang sama. Tergelak baca artikel ni bila sampai tang ayat ni
Quote hussaini4675 6-5-2019 03:48 PM
Kena berhati2 dengan penulis turki. Macam Harun Yahya dulu. Dia antihadis.
Quote jetrofa 6-5-2019 03:48 PM
Done download.. hehe
430++ pages download x smpai 2 saat
Quote lonso 6-5-2019 03:51 PM
jetrofa replied at 6-5-2019 03:48 PM
Done download.. hehe
430++ pages download x smpai 2 saat

Katna download
Quote jetrofa 6-5-2019 03:55 PM
Edited by jetrofa at 6-5-2019 03:58 PM
lonso replied at 6-5-2019 03:51 PM
Katna download


Gi kat Cato Institute webpage...type islam without extreme kat ruang search tu

Tapi yg d bagi free downlod versi melayu je..
Quote CharlesDera 6-5-2019 03:55 PM
Orix replied at 6-5-2019 02:07 PM
“dikupas menggunakan logik akal“

Diharamkan sebab dikupas menggunakan logik akal. Ayoo. Patut l ...

habih tu takkan nak guna logik duboq hang ja juborix...kenyang la penduboq2 lgbt sama jenih dengan hang...wakakakakakakakkakakakakakaka
Quote Jorja 10-5-2019 09:44 AM
Lamanya da tak pernah baca e book. Baiklah
Quote Ah_Kwan 10-5-2019 10:18 AM
keh keh keh

liberal...
bapanya elok elok sahaja..katanya beriman..
bila mengaji dengan datuk yang tak fakeh dengan sunnah wal jamaah..
hujungnya jadi ini budak lah...dah besar menyusahkan orang...
datuk tak dapat jawab soalan, dah bertempiaran pikir ke sana sini...
mencari guru jauh sekali..
lepas tu ingat islam tu wujud zaman Muhammad sahaja..
Dia rasa Adam tu bawak agama apa?

siap sungguh sungguh mau orang jawi baca....yang bahasa melayu je dia bagi free..
kasihan..

keh keh keh
Quote Malaysia.Doom 10-5-2019 10:45 AM
Liberalisme ni dah lama nenek moyang Bugis amalkan.

Dalam Perlembagaan Malaysia Pon Ada sebut Masyarakat Liberal.

Yg bengap susah nak faham.Malaysia ni liberal Dan sekular kenapa????
Quote Ali_x 29-5-2019 09:41 PM
Pening
Quote Ina8895 10-7-2019 03:05 AM
Mustafa akyol si tolol
Quote Ina8895 10-7-2019 03:06 AM
lkick2113: aku suka baca tulisan mustapha akyol ni.......membuka minda. Lobai bodo mungkin tak suka lah...

Kau ni geng siti kasim ke?
Quote Ina8895 10-7-2019 03:07 AM
Orix: “dikupas menggunakan logik akal“Diharamkan sebab dikupas menggunakan logik akal. Ayoo. Patut lah banyak lobai dan daie PU bodoh double standard zama ...


Kau tu yang bodoh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039901 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top