CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kalau Meghan Markle Tak Bersalin Dalam 48 Jam...' - Amaran Doktor

6-5-2019 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4814| Komen: 15

Impian Meghan Markle untuk melahirkan anak sulungnya di rumah mungkin tidak kesampaian apabila kelahiran bayinya kini lewat seminggu.


Kredit foto: The Sun


Memetik Daily Mail, doktor pada Ahad berkata, Duchess of Sussex itu mungkin akan dibawa ke hospital bagi proses gesaan bersalin (induce) jika tidak menunjukkan sebarang tanda hendak bersalin dalam masa 48 jam.

Melihat perkembangan terkini Meghan, 37, tidak mustahil dia akan melahirkan di Hospital Frimley Park di Surrey, 24 kilometer dari Frogmore Cottage.


Hospital Frimley Park
Kredit foto: Daily Mail/PA


Pakar obstetrik, Dr Spence-Jones dari Hospital Whittington di utara London berkata, kajian terbaru mendapati, wanita berusia 36 tahun dan ke atas harus mempertimbangkan proses gesaan bersalin kerana berdepan risiko tinggi jika lewat melahirkan.

"Selepas menjalani proses itu, banyak campur tangan perubatan diperlukan. Jadi, kelahiran di rumah sangat tidak digalakkan selain ia menentang garis panduan negara," katanya.


Frogmore Cottage
Kredit foto: Daily Mail/REX

Difahamkan, Istana Buckingham akan membuat pengumuman sebaik isteri kepada Putera Harry itu mengalami proses kelahiran.

Manakala, pengumuman kedua akan dibuat sebaik bayi berkenaan selamat dilahirkan, di mana saksi akan mendedahkan jantina, berat dan lokasi bayi berkenaan dilahirkan. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 6-5-2019 11:31 AM
ooo pregnant.. selamat bersalin meghan
Quote kucingitam 6-5-2019 11:48 AM
meghan pon geng doula douli ke..nak bersalin kat rumah hihi
Quote shernazz 6-5-2019 11:52 AM
Awat.nak bersalin kat umah?
Senang xyah mandi ka?
Ka ada agenda tersembunyi?
Quote danieladam 6-5-2019 12:18 PM
Bukan forumer smua speku dia tipu pregnant ke? X kantoi ke kalo pi sepital?
Quote krustykrab 6-5-2019 12:22 PM
Aku kesian nkkata dia tipu awal2 sbb dulu pun masa tokti gugur dan ngandung lagi bersepah komen kata dia tipu ..
Sok ni kalau dah terbukti meghan ni tipu barula aku joinkorg membawang
Quote febreze 6-5-2019 03:52 PM
bila baby bantal nak keluar ni...
Quote samasam90 6-5-2019 08:00 PM
baru tahu kp buat 2x announcement, sewaktu dan sesudah melahirkan.. kalau tetiba announce dah lahir, maka faham2 la kannn
Quote JunkMail 6-5-2019 08:04 PM
Dalam satu artikel kejap umur 37 tahun kejap 36 tahun.
Quote slavehunter 6-5-2019 08:05 PM
Dr Gynae nak buat Caesarian tetiba baru sedar potong plastic.
Quote dinaz303 6-5-2019 08:07 PM
Betul ke baby bantal?  Tapi muka dia nampak sembab la mcm betul2 pregnant  
Quote sharlenetexas 6-5-2019 08:16 PM
Meghan tak takut ke baby makan taik?
Eh, hospital kat uk ni bukannya bagus kata meghan. Biracial baby needs special doctor. Baby lots of mix katakan
Quote ikanmasin 6-5-2019 08:37 PM
lama mana nak simpan dlm perut tu..come on u can do it meghan
Quote Login_ID 7-5-2019 12:42 AM
Baby Sussex is here! Prince Harry reveals he is 'absolutely thrilled' after Meghan gives birth at home to 7lb 3oz boy at 5.26am - and says he's 'incredibly proud' of wife and his son is 'absolutely to die for!'
Quote Login_ID 7-5-2019 12:42 AM
Baby Sussex is here! Prince Harry reveals he is 'absolutely thrilled' after Meghan gives birth at home to 7lb 3oz boy at 5.26am - and says he's 'incredibly proud' of wife and his son is 'absolutely to die for!'
Quote tikusmontok 7-5-2019 01:12 AM
Beranak dah baby boy

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050224 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top