CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Abdullah Bukan Hadir Atas Kapasiti Abang Syed Saddiq

7-5-2019 12:34 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6278| Komen: 31|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Setelah teruk dikecam oleh netizen, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (Esports Malaysia) menjelaskan bahawa kehadiran Syed Abdullah Syed Abdul Rahman ke acara Grand Final Sesi Kelayakan Esports Sukan SEA Peringkat Kebangsaan pada 4 Mei lalu bukan atas kapasiti sebagai wakil adiknya yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.


Persatuan berkenaan dalam satu kenyataan melalui laman Facebook miliknya pada 6 Mei menjelaskan, Syed Abdullah juga tidak mewakili Kementerian Belia dan Sukan.

Jelas Esports Malaysia, Syed Abdullah tidak dijemput dan kehadirannya adalah atas kapasiti peribadinya sebagai peminat dan penyokong kepada pembangunan industri sukan elektronik. 

"Sebagai contoh, sekiranya beliau hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, pihak penganjur pasti akan memberi penghormatan kepada beliau dan ahli keluarga lain yang hadir bagi menzahirkan sokongan kepada industri sukan tersebut," jelasnya.

Syed Abdullah dilayan seperti tetamu kenamaan (VVIP). Kredit foto: Facebook


Kenyataan asal Esports Malaysia (kiri) tentang acara tersebut memaparkan nama Syed Abdullah manakala kenyataan di sebelah kanan telah diedit. 
Kredit foto: Facebook

Netizen yang menyedari nama Syed Abdullah tertera dalam kenyataan asal meluahkan kekesalan mereka kerana perkara tersebut didakwa tidak mematuhi protokol acara rasmi.

Salah seorang daripada mereka turut mempersoalkan mengapa Syed Abdullah menerima layanan VVIP sedangkan dia hadir sebagai penyokong sukan elektronik sahaja. 

Kredit foto: Facebook

Malah ada yang mengambil kesempatan meluahkan perasaan tidak puas hati tentang tahap penganjuran acara berkenaan.

Kredit foto: Facebook

Sepatutnya penganjur memahami protokol berkaitan menteri Kabinet agar kesilapan serupa tidak lagi berulang pada masa hadapan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 7-5-2019 12:37 PM
Semaklah berambuslah PHundet
Quote Victorioussss 7-5-2019 12:42 PM
Atas kapasiti peribadi sbg peminat tapi pakai title yang berusaha tuape jimbetnya pulak

Just stay in ur crib dgn girls celah kangkang xpyah nk surface kt public yach
Quote judicata 7-5-2019 12:57 PM
wtf? so any tom dick and harry boleh la hadir jadi VIP for your function? is that what you meant?

bullcrap la. you know you invited him because he is the brother of the Sports Minister.  kalau dia bukan sapa-sapa ada ko nak jadikan dia tetamu kehormat???
Quote Melorqe 7-5-2019 01:01 PM
bila budak2 buat kerja.
aku masih hairan, takde ke yg tua-tua sikit slm KBS ni utk bg nasihat?
atau Sadeq ni jenis tak mana nasihat?
Quote harizs 7-5-2019 01:02 PM
Hari tu bini yb ph wakilkan suami . Ni abg pulak wakilkan menteri. Zmn ph semua boleh. Bolehland
Quote Victorioussss 7-5-2019 01:24 PM
Melorqe: bila budak2 buat kerja.aku masih hairan, takde ke yg tua-tua sikit slm KBS ni utk bg nasihat?atau Sadeq ni jenis tak mana nasihat?


Diamiknya mat rempit duk dlm pejabat kementerian siap pose main golf

Dh jd mcm low class jadinya kementerian tu
Quote CharlesDera 7-5-2019 01:30 PM
kapasiti penduboq penduboq la tu....wakakakakakakakkaka
Quote Catpaw 7-5-2019 01:31 PM
Victorioussss replied at 7-5-2019 01:24 PM
Diamiknya mat rempit duk dlm pejabat kementerian siap pose main golf

Dh jd mcm low class jadi ...

Serius ah dah jadi rupa tadika main pose2. Tak berkredibiliti langsung, tak meyakinkan


chuols tgk mana?
Quote Victorioussss 7-5-2019 01:56 PM
Catpaw replied at 7-5-2019 01:31 PM
Serius ah dah jadi rupa tadika main pose2. Tak berkredibiliti langsung, tak meyakinkan



Classy xbole dibeli xbole didapati walau member kau menteri

Golf.jpg
Quote baghal_bortuqal 7-5-2019 02:01 PM
dasar  bodoh tak boleh di ajar.

dah kantoi, just show humility.



sorry, not appropriate.




itu pon susah? when you dumb fucks will start to realise youre digging yourself ever deeper into your own graveyard?

jesus. farking. christ.
Quote chacon 7-5-2019 02:06 PM



nak kencing zaman kaset dulu boleh lah.



Quote chacon 7-5-2019 02:08 PM
Melorqe replied at 7-5-2019 01:01 PM
bila budak2 buat kerja.
aku masih hairan, takde ke yg tua-tua sikit slm KBS ni utk bg nasihat?
ata ...



semua kaki jilat lah.nak kena hantar pedalaman silalah nasihat


Quote Themilo 7-5-2019 02:11 PM
ANJIR
Quote tobby 7-5-2019 02:12 PM
chacon replied at 7-5-2019 02:08 PM
semua kaki jilat lah.nak kena hantar pedalaman silalah nasihat

Nak hiduppp
Quote jfq 7-5-2019 02:19 PM
What the hell is this Yang Berusaha title thingy
Selagi boleh nak tag title kat depan
Quote mizruncing 7-5-2019 02:27 PM
selain dri keje poyo keje dia ape je? yela tak dijemput. ingat netizen bodoh sgt ke? siap naik pentas pkai blazer bagai. pls laaa
Quote RatuDunia94 7-5-2019 02:40 PM
Hahahahhahahahahhahahahahah
Quote MisXoXo 7-5-2019 06:06 PM
Mengarutsssss... xsabo nk kick out this menteri sepenggal ni meluat lahhhh
Quote Minami2013 7-5-2019 06:43 PM
harizs replied at 7-5-2019 05:02 AM
Hari tu bini yb ph wakilkan suami . Ni abg pulak wakilkan menteri. Zmn ph semua boleh. Bolehland

Tu mmg culture zaman bn lagi.. sudah lupa ke?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.072295 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top