Saban tahun, semakin pelik-pelik rekaan pakaian tradisional ditampilkan terutama baju Melayu dan baju kurung. Kalau bukan bagai membalut nangka, pasti singkat dan menggelebeh sana-sini. Habis rosak keaslian baju Melayu apabila rekaannya dinodai dengan menggabungkan ciri atau budaya dari negara tertentu. Terbaru, netizen bersatu menolak rekaan baju Melayu yang dilihat seolah-olah menggabungkan unsur K-Pop.
Gambar yang dikongsikan laman Twitter MALAYSIA MOST VIRALL itu dikecam habis-habisan oleh pengguna termasuk peminat tegar K-Pop sendiri! Mana tidaknya, bukan main menentang K-Pop, alih-alih baju Melayu pun nak diubahnya mengikut budaya sana. Bukankah segak kalau si pemakainya menyarung baju Melayu tradisional asal lengkap bersamping. Tak sayang jati diri ke sampai perlu menumpang budaya orang? - CARI
|
RatuDunia94 replied at 8-5-2019 10:45 AM
Fesyen org lelaki ni simple je.. kenapa nk di complicated kan? Ni mesti designer adik2..
ADVERTISEMENT