Tidak dinafikan memang ramai yang ingin tahu status jantina Sajat dan menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Terbaru, Sajat telah pergi ke Kota Bharu, Kelantan untuk menjayakan sebuah pesta jualan popular Mood Republik.
Apa yang menjadi perhatian penduduk di sana adalah penampilan Sajat yang memakai baju kebaya lengkap dan mengenakan tudung. FOTO GOOGLE Memetik laporan Sinar Harian Online, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan tanpa memberikan amaran mahu kerajaan negeri mengeluarkan surat saman ke atas Sajat kerana penampilannya itu. Beliau juga mahu Sajat disekat daripada memasuki negeri itu berkuatkuasa segera. Jelas sekali negeri Kelantan sangat menitik beratkan martabat Islam dan menolak pengaruh LGBT di negeri tersebut. Jelasnya lagi,sebelum ini kerajaan negeri Kelantan dilihat cukup lantang menolak LGBT, namun berkenaan isu Sajat tiada sebarang tindakan yang diambil. "Jadi saya mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan gam usahawan kosmetik itu dari masuk ke negeri ini. Saya nak tanya, mana corak Islam yang dilaungkan sebelum ini. Adakah sekadar hendak meraih kuasa saja baru nak bercakap soal Islam." Rata-rata netizen mahukan Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap isu ini. Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan negeri. Apa pula pandangan anda? - CARI
|
SherryZass replied at 14-5-2019 08:09 PM
Saman sekali sapi tu
EvieWanKenobi replied at 14-5-2019 09:27 PM
negeri2 lain patut buat yang sama..
ADVERTISEMENT