CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Sup Tulang- Periuk Tekanan Meletup Sebelum Berbuka, Dua Beranak Melecur Teruk

15-5-2019 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24198| Komen: 136|Original author: Oleh: Myra Rozi

Tragedi malang menimpa sebuah keluarga, lagi 15 minit nak berbuka puasa.

Zuraidah Majid, 46 dan anaknya, Muhammad Afiq Azman, 23 melecur akibat periuk tekanan yang digunakan untuk memasak menu berbuka puasa meletup.


mStar Online melaporkan, anak perempuan Zuraidah, Emma Azman, 27 mengakui sedih dengan apa yang terjadi.


"Ramadan tahun ini sedih. Adik lelaki meraung, menangis kesakitan.

"Saya masa itu bersama suami dalam perjalanan ke rumah ibu. Sampai-sampai semua tengah kelam kabut. Ayah pun dah suruh buang periuk tu, dia cakapa jangan sesiapa lagi guna selepas ini."


Kejadian yang berlaku di Bukit Beruang, Melaka itu menyebabkan Zuraidah mengalami luka terbakar tahap satu manakala anak lelakinya tahap dua.

Afiq (kiri ), Zuraidah (Kanan) Foto: Twitter
Mereka terpaksa menjalani pembedahan skin grafting bagi menampal semula kulit yang cedera.

Sementara itu, doktor belum pasti jika Afiq boleh sembuh menjelang Aidilfitri nanti.

Zuraidah dan suami, Foto: mStar Online
Menurut Emma lagi, ibunya sudah mula memasak dari pukul 4 petang tapi tak tahu kenapa periuk tekanan tersebut tak keluarkan wap.

"Masa tu dah pukul 7, ibu nak buka penutup periuk tapi masih ketat. Dia panggil adik minta tolong buka, terus meletup. Sup terpercik satu dapur." -CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 15-5-2019 10:37 AM
aduh...harap ada tanda SIRIM...
Quote EvieWanKenobi 15-5-2019 10:39 AM
periuk Noxxa ka?
macamana wap tak keluar pulak?
Quote Potpouri 15-5-2019 10:45 AM
Memang bahaya pakai Pressure cooker ni, perlu berhati2 lebih sebab tekanan tinggi
Quote gujiwa 15-5-2019 10:45 AM
EvieWanKenobi replied at 15-5-2019 10:39 AM
periuk Noxxa ka?
macamana wap tak keluar pulak?

i baca kat twitter kata pakai periuk philips,..iols ingat jenis PC atas dapur gas tu..


noxxa design 2019 ni cantik..
Quote ashk4nn 15-5-2019 10:47 AM
sedihnyaa..kita melecur sikit pn dh sakit mcm apa
Quote farlis 15-5-2019 10:48 AM
Ngerinyaaa... Semoga cpt sembuh
Quote gujiwa 15-5-2019 10:48 AM
Screenshot_20190515-104639.jpg

Kata brand philips
Quote EvieWanKenobi 15-5-2019 10:52 AM
gujiwa replied at 15-5-2019 10:45 AM
i baca kat twitter kata pakai periuk philips,..iols ingat jenis PC atas dapur gas tu..

ok.. tq sis..
mesti ada silap mana2 ni..
Quote meow_tompok 15-5-2019 10:53 AM
baru je berkira-kira nak menyimpan beli pressure cooker.
Quote manehnya 15-5-2019 10:53 AM
aduh.. sakitnyaa...

periuk ni mmg menakutkan time dia tgh mendidih, ada satu bunyi tuu mcm nak meletop
Quote Atata 15-5-2019 10:55 AM
Gila. Minta pampasan dari Philips. Bukan brand cikai2 kot
Quote susukambingbest 15-5-2019 10:55 AM
Xkn la dr pkl 4 msak kul 7 baru nk cek tgok sbb xde wap kluar. Lama sgt2 dah tu. Patutnya lps  sejam dah blh mula rsa pelik n ada yg xkena. Ttup suis trus n klau xleh buka jgn la paksa. Dah tntu tkanan msih tggi n wajib meletop.
Quote gujiwa 15-5-2019 10:58 AM
Atata replied at 15-5-2019 10:55 AM
Gila. Minta pampasan dari Philips. Bukan brand cikai2 kot

kalau ikut kan cerita.. wap tak habis kuar lagi kan.. terus bukak..


Quote zaraaqilah 15-5-2019 11:01 AM
pressure cooker ni mmg bahaya kalau kita x belajar cara dia berfungsi..
bukan macam periruk nasi....tekan pastu biarkan dia keep warm sampai esok pon xpe
kalau dah terlupa berapa lama terjerang tu hati2 lah...biar dia sejuk dulu br buka
Quote gujiwa 15-5-2019 11:01 AM
Edited by gujiwa at 15-5-2019 11:04 AM
susukambingbest replied at 15-5-2019 10:55 AM
Xkn la dr pkl 4 msak kul 7 baru nk cek tgok sbb xde wap kluar. Lama sgt2 dah tu. Patutnya lps  sejam ...

separuh pc ada auto release pressure..
incase kalau kita terlupa nak release.. dalam few hours dia release sendiri..
sbb iols pernah juga tinggalkan periuk buat benda lain..


lepas tu check tgk pressure dah release sendiri.. tak smpai sejam pun..
Quote TravellingBear 15-5-2019 11:05 AM
Anything yg tak boleh bukak jgn la dipaksa bukak
Quote umbut 15-5-2019 11:06 AM
Periuk ni x boleh terus buka. Bagi lubang wap keluar dulu
Quote dino 15-5-2019 11:07 AM
periuk tekanan ni ade safety takleh bukak klau wap tak hbis kluar...  
so tak faham knp tak kluar wap
Quote TravellingBear 15-5-2019 11:08 AM
dino replied at 15-5-2019 11:07 AM
periuk tekanan ni ade safety takleh bukak klau wap tak hbis kluar...  
so tak faham knp tak kluar w ...

Kalau umpil akan terpecah la safety lock tu.. buat drp plastik atau metal lembut je

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.322125 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top