CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Dihukum Penjara 9 Bulan

16-5-2019 10:56 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 1592| Komen: 8

FOTO BH ONLINE


Hari ini Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap Datuk Farid Kamil Zahari kerana penyalahgunaan dadah. Memetik laporan BH Online, hukuman dijatuhkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham, selepas Farid Kamil yang diarahkan untuk membela diri hari ini memilih untuk berdiam diri.

FOTO GOOGLE

Farid Kamil juga akan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun. Mengikut laporan, Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah serta merta pada hari ini.


Sangat menyedihkan apabila selebriti yang berjaya dan berpangkat Dato seperti beliau boleh terjerumus dalam najis dadah. Biarpun hanya 9 bulan, namanya sudah tercalar dan sudah pasti keluarga Farid Kamil juga turut terkena tempiasnya.



Untuk pengetahuan anda semua, tahun lalu Farid Kamil pernah menuduh rakan artis telah membubuh dadah ke dalam minumannya. 

Selain penyalahgunaan dadah dia juga berhadapan dengan pertuduhan jenayah lain, iaitu berkelakuan tidak senonoh, kekerasan dan mengeluarkan perkataan kurang sopan dan mendatangkan kecederaaan. 

Jika disabit kesalahan dia bakal berhadapan denda RM2,000 dan penjara setahun atau kedua-duanya sekali.


Di samping itu, Sofi Jikan diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, membela diri atas pertuduhan mengambil ganja tahun lalu. Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu. - CARI 


Bagus
3

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote me_nns 24-6-2019 06:43 PM
Farid oooo farid.....
Quote LadyCarefree 23-5-2019 01:34 AM
CiliPadiSedap: Kenapa ek jadi artis kena isap dadah? Xboleh ke buat benda berfedah? Contoh baca majalah mastika? Main bola sepak? Jumpa peminat?  Dadah tu bahaya bol ...
Isap buah dada pon lg bagos
Quote CiliPadiSedap 17-5-2019 12:02 AM
Kenapa ek jadi artis kena isap dadah? Xboleh ke buat benda berfedah? Contoh baca majalah mastika? Main bola sepak? Jumpa peminat?

Dadah tu bahaya boleh buat sakit perut jauhi dadah
Quote nafham 16-5-2019 06:02 PM
Harap kena tarik title boksit tu. Jgn nak jatuhkan taraf title boksit yg sedia sendu itu. Kang org cakap, banduan pun pakai tile datuk. Kau mampu? {:nose
Quote giyomi 16-5-2019 05:27 PM
manjalara_01: ok i x brape phm....  so walaupun bukan FK yg hisap dadah directly tp org lain letak dadah dlm minuman die..die masih kena hukum because die minum air ...
well...mgkn strategi tu tuk lepaskan diri jer...kekonon mak di rogol walhal bersedap2an dgn rela hati gitu
Quote ms_furby 16-5-2019 03:25 PM
Kita bertanggungan 100% dengan apa yang kita minum tu la. Melainkan kalau ada bukti kata org bubuh something dlm ayaq. Ada video ka apa ka lain citanya pulak. Defence call pun dia berdiam diri. Slalu kalau defence call sebelah kaki memang kat dalam dah. :) Kalau dia mengaku hari tu, aman² ja bayar denda dan balik rumah dengan bahagia. hehe.
Quote manjalara_01 16-5-2019 01:16 PM
ok i x brape phm....

so walaupun bukan FK yg hisap dadah directly tp org lain letak dadah dlm minuman die..die masih kena hukum because die minum air tu tanpa pengetahuan yg ada dadah dlm tu??
Quote mawar_mustika 16-5-2019 11:41 AM
kesian wife & anak2 die...syg dia ni hidup dh ade semua tp najis tu jugak die duk hadap...hmmm

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.190762 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top