CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Beritahu Anak-Anak Kalau Aku Mati,"-Bapa Dibuang Di Rumah Kebajikan Selepas Lumpuh

25-5-2019 11:38 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 17893| Komen: 183|Original author: Oleh: intan

Description: Dahulu anak - anak dimanjakan, kini dibuang ke rumah kebajikan setelah lumpuh

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Jika anda masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah sementara mereka masih ada. Namun begitu, masih juga wujud anak-anak yang tergamak meletakkan ibu bapa yang sudah uzur ke rumah kebajikan dengan pelbagai alasan.

Tambahan dengan musim perayaan aidilfitri yang bakal menjelma tiba ini, sudah pasti ibu dan ayah di rumah menantikan kepulangan anak dan cucu untuk beraya bersama. Hati kecil anda pasti terusik apabila membaca perkongsian daripada seorang lelaki warga emas yang kini terlantar di rumah kebajikan setelah lumpuh oleh anak-anaknya.

Sumber Foto: Sinar Harian

Bekas Angkatan Tentera Malaysia yang ingin dikenali sebagai Awang itu berkata, setiap tahun terutamanya hari raya, dia sentiasa menantikan ketibaan anak-anak untuk melawatnya di rumah kebajikan tersebut tetapi hampa. Awang yang mempunyai 3 anak lelaki dan 1 anak perempuan itu meluahkan bahawa kesemua anaknya berubah setelah dirinya jatuh sakit dan lumpuh akibat strok, dua tahun lalu. Semenjak beliau diletakkan di rumah kebajikan tersebut, Awang tidak pernah diziarahi lagi oleh anak-anaknya. 

Tergamaknya kamu wahai anak..

Awang juga menceritakan pengalamannya membesarkan anak-anak, dan ternyata beliau menyesal kerana terlalu memanjakan dan sentiasa menuruti permintaan mereka. 

"Duit hantaran sebanyak RM 10,000 saya beri tetapi bila diminta hantar ke hospital, anak tak mahu kerana isteri tak benarkan," ujarnya lagi. 

Tambahnya lagi, kenderaan seperti motorsikal dan kereta juga diberikan walaupun kehidupan mereka tidaklah sesenang mana. Sebelum di bawa ke rumah kebajikan tersebut, dia pernah menumpang di rumah salah seorang anaknya sebelum dibawa ke hospital di Kuala Lumpur. Awang tidak menyangka, anaknya berniat untuk meninggalkannya di rumah kebajikan, dan setelah itu, tiada lagi berita daripada mereka.

Awang juga berkata, jika dia mati sekalipun, tidak usah beritahu kepada mereka kerana dirinya sudah kecewa dan tidak mahu ingat kepada anak-anaknya lagi.

Hargailah ibu bapa selagi ada. Jangan biarkan diri anda dilanda kekesalan dan kerinduan apabila mereka sudah tiada lagi nanti. -CARI
4

Bagus
11

Marah
4

Terkejut
12

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 25-5-2019 11:43 AM
Sampainyaaaa hati anak...langsung x teringat ayah...punya banyak iklan n drama tunjuk pasal ayah..langsung x terkesan??
Quote Lelaputra 25-5-2019 11:48 AM
Kasih ibu ayah bawa ke syurga. Sampainya hati anak2 dia buat begini
Quote shernazz 25-5-2019 11:55 AM
Buat kat pak.lagu tu
Pastu anak plak tgk..
Tua tua nnt..anak plak letak hang kat sana..
And the cycle goes on...
Quote Maideen. 25-5-2019 11:56 AM
Kena dengar cerita dari anak anak si Awang ni dulu. Ntah ntah ada yang Awang tak ceritakan apa dia buat masa dia muda dulu e.g. mengamalkan poligami  ka yang menyebabkan anak anaknya meluat dengan dia.

Wallahualam.

Maideen~Audi alteram partem.....
Quote tri-max 25-5-2019 11:59 AM
sob...sob... aku da takde bapak terasa naw bila baca benda2 macam ni
susah sgt ke nak jaga bapak yg sorang nih
nama dia bin blkg nama kau dlm IC , kau usung hari2 dlm wallet boleh pulak
tapi masa dia tak berdaya, kau buang dia macam ni
napa tak kau buang nama dia dlm IC kau ... sial punya anak

Quote bakingsoda 25-5-2019 12:00 PM
eewww tak mengenang budinya anak dia. bapak dia punya baik sampai duit hantaran sponsor, kereta utk kegunaan anak dibelikan. hujung2 menantu yg dapat duit hantaran hasil titik peluh bapak jadi syaiton penghasut anak
Quote pokaibanktokyo 25-5-2019 12:18 PM
Macam cerita rekaan pekerja tabloid pemalas hidup susah je
Quote lasagnaklcc 25-5-2019 12:21 PM
Faham bkn senang jaga org tua yg lumpuh... Tapi kot ye pon taknak jaga, at least dtg la melawat selalu.
Quote putericahaya999 25-5-2019 12:21 PM
Mungkin ayah yg gagal ajar kan anak pasal tanggungjawab sebab tu anak gagal tunai tanggungjawab
Hantaran pun ayah bagi
Mesti lepas kawen bini tanggung
Bila bini tanggung mestilah bini Suh dengar cakap dia...
Quote EvieWanKenobi 25-5-2019 12:21 PM
masing2 ada salah silap..

memang ada je anak yang berhati kering
tak peduli hal bapa selepas berpisah
dengan mak..
Quote umbut 25-5-2019 12:25 PM
Maideen. replied at 25-5-2019 11:56 AM
Kena dengar cerita dari anak anak si Awang ni dulu.  Ntah ntah ada yang Awang tak ceritakan apa di ...

Betuii. Ntah3 waktu anak2 kecik garang pukul bagaiii..kan askar
Anak pun koserr
Quote johan-adx 25-5-2019 12:27 PM
Kita cuma ada sorng mak dan ayah sahaja atas dunia..jagalah seeloknya..ingat hukum karma Allah..kita buat nti anak2 jgk tak mustahil buat kt kita
Quote lostfaith 25-5-2019 12:30 PM
Aku senyum sinis jer. Anak yg dididik dengan penuh kasih sayang  ibu bapa takkan jadi begini. 4 orang pulak tuh...
Quote yuki812 25-5-2019 12:36 PM
kena dgr dari kedua belah pihak.

ingat lagi dulu ada kes bapa kena tinggal kat stesen bas ke. kita ni semua kesian kat bapa..kecam anak. sudahnya tinggal kat rumah org tua2. akhirnya terbongkar rupanya bapa tu tadi dulu pon abaikan ayahnya sendiri. dan sekarang rupanya  tinggal juga dirumah org tua yg sama ngn ayahnya dia dulu.
tiap apa yg jadi..mesti ada sebab. kalau kita buat balik..balasan baik tetap ada.
Quote rje 25-5-2019 12:42 PM
Allahu..sampainya hati anak2.. sedihnya..
Quote sofiazara 25-5-2019 12:45 PM
ada rumah kebajikan yg daily
htr kul 7 am ambik kul 7pm
at least ada aktiviti..kalo strok..ada fisio, ada urut..ada kuliah agama..game..

tapi yg camtu mungkin rm1000 sebulan. guna jelah duit pencen ayah ko tu.
Quote sofiazara 25-5-2019 12:46 PM
pastu setiap daerah ada pusat warga emas. boleh je htr parents situ. tak silap aku pwe ni free sbb under kpwkm. byk aktiviti
Quote PongKang 25-5-2019 12:48 PM
Wah kawen muda ya 46 tahun... muda lagi tu baya2 cheta...
Quote orgsepang 25-5-2019 12:50 PM
Boleh ke masuk rumah kebajikan kalau masih ada anak2 atau keluarga terdekat. Dengar cerita mereka boleh didakwa jika tidak bertanggung jawab terhadap keluarga.
Memang tidak mudah menjaga ibu atau bapa yang strok atau nyanyuk, sangat menguji kesabaran tetapi walau bagaimana pun sikap mereka dahulu tak kan tak ada sikit pun rasa kasih sebagai anak. Tak mampu nak jaga ziarahlah sesekali

Lihat semua komen(183)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064344 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top