CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Polis Ditahan Minta Duit, Ugut Ibu Dengan Pisau Dan Tukul Besi

27-5-2019 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4473| Komen: 30

Description: Anggota polis berusia 29 tahun ditahan selepas mengugut ibunya dengan pisau dan tukul besi pada Jumaat lalu di Felda Semenchu, Kota Tinggi.
Gambar Hiasan


Anggota polis berusia 29 tahun ditahan selepas mengugut ibunya dengan pisau dan tukul besi pada Jumaat lalu di Felda Semenchu, Kota Tinggi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada abang suspek jam 12.20 pagi.

Abang suspek mendakwa, adiknya yang bertugas di Balai Polis Cherang Ruku, Pasir Putih, Kelantan mengugut ibunya dengan pisau dan tukul besi selain menakutkan dengan api, serta meminta duit daripada mangsa.

Sejurus laporan diterima, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Teluk Sengat dikerahkan ke lokasi kejadian pada hari sama jam 2.30 pagi dan merampas sebilah pisau serta satu tukul besi.


Kredit foto: Sinar Harian


Difahamkan, suspek yang sudah bercerai dan memiliki dua cahaya mata itu berkhidmat di bahagian tugas am dan mula bertugas sebagai anggota polis sejak 2012.

Suspek yang mempunyai rekod lampau di bawah akta 15(1)(a) APD. 1952 direman bermula 24 hingga 30 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 27-5-2019 02:33 PM
wah...makin ramai anak derhaka sekarang
Quote Foxey 27-5-2019 02:35 PM
Dah kenapa ugut mak sendiri sampai macam tu?
Quote Ali_x 27-5-2019 02:52 PM
Apahal plak polis ni..x ckup makan ke stress
Quote nabila11 27-5-2019 03:03 PM
Polis pun xde duit ke. Gaji bulan2 p mana. Ingat mat pet je perangai gini
Quote DundalkA91 27-5-2019 03:25 PM
Ada rekod lampau tapi masih diterima join polis?? Atau rekod slps join polis tapi takkan tak kena buang keje?
Quote manehnya 27-5-2019 03:32 PM
makan dadah ke?
Quote tagas 27-5-2019 03:34 PM
polis kadang2 pun sesak der
Quote akakdendeng 27-5-2019 03:40 PM
anak kurang ajar
Quote sharlenetexas 27-5-2019 03:57 PM
Tak cukup duit kopi ke?
Quote Artemesiaa 27-5-2019 04:48 PM
Dah jadi mat pet jugak ke hapa sampai sanggup buat sebegitu
Quote Megikari 27-5-2019 07:04 PM
Aik? Bukan orang gomen baru dapat gaji ke? Takkan abam polis dah kering poket
Quote NURMIMIE 27-5-2019 08:12 PM
akta 15(1)(a) itu ADB 1952.. bukan APD 1952


kalau APD itu 1983


sekian.. kelas undang2 hari nih..
Quote ikanmasin 27-5-2019 08:16 PM
sampai nya hati ugut2 mak tu mcm tu ..
Quote Pink_Purple 27-5-2019 08:44 PM
NURMIMIE replied at 27-5-2019 08:12 PM
akta 15(1)(a) itu ADB 1952.. bukan APD 1952


kesalahan apa tu..

mendadah juga ke..sbb pelik sangat perangai..
Quote NURMIMIE 27-5-2019 08:50 PM
Pink_Purple replied at 27-5-2019 08:44 PM
kesalahan apa tu..

mendadah juga ke..sbb pelik sangat perangai..

sama je.. dadih jugekk..
Quote Pink_Purple 27-5-2019 09:05 PM

tq atas pencerahan..

apa nak heran dengan penagih ni..

dapat keje kerajaan dah elok, xreti nak jaga diri..

biasa kes mcm ni apa hukumannya..denda, penjara,,pas2 apa kesan atas pekerjaannya
Quote slavehunter 27-5-2019 09:14 PM
Muka tak malu la anak lelaki minta duit kat mak umur dah tua bangka 29. Sedangkan anak perempuan baru start kerja bodo2 jer gaji pertama terus bagi mak.
Quote brownstone 27-5-2019 09:58 PM
Tapi kira ok la family ni alert kasi report kat polis...sesetangah family senyap bodo ja near miss incident ni...tunggu sampai kena sembelih baru menyesal.
Quote nononcrux 27-5-2019 10:02 PM
tagas replied at 27-5-2019 03:34 PM
polis kadang2 pun sesak der

sesak cari sendiri.. buat loan sane sini joli sape suruh

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.117036 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top