CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Dipukul Dengan Tukul - Lagi Seorang Pemandu Grab Jadi Mangsa Warga Asing

1-6-2019 12:14 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 6740| Komen: 23|Original author: Oleh: Top5

Semakin BERANI penjenayah warga asing di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Minggu lepas mayat seorang pemandu Grab yang berasal dari Sabah telah disamun dan dibunuh telah dijumpai di dalam semak. Terkini, seorang lagi pemandu grab telah disamun dan dicederakan dengan tukul besi ketika menjalankan tugas di Kuching Sentral. 

Kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang itu hampir meragut nyawa mangsa apabila penyamun warga Indonesia berkenaan bukan sahaja memukul kepalanya dengan tukul malah menembak dadanya dengan senjata yang berisi peluru guli. 


Perkongsian itu juga turut dimuat naik di akaun Twitter milik 999 Malaysia yang mengundang perhatian ramai pengguna laman sosial berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai, berkata sebelum itu suspek meminta mangsa menghantarnya ke Jantayu Strawberry Farm (Matang).

"Dalam perjalanan ke destinasi itu, suspek mengarahkan mangsa berhenti di tepi jalan melalui Jalan Matang.


"Kita mendapati ada satu kesan merah di dada (dipercayai kesan tembakan peluru guli), tetapi tidak tembus,

"Ketika mangsa memberhentikan kereta, suspek bertindak memukul kepala mangsa dengan tukul 
dan melepaskan tembakan menggunakan senapang angin, sebelum suspek melarikan 
diri ke hutan berdekatan, " katanya kepada BHARIAN. 

Foto: Twitter 999

Foto: Twitter 999


Foto: Twitter 999




Menurutnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan susulan dan usaha menjejak suspek kini sedang giat dijalankan.

Kejadian ini mengundang banyak reaksi daripada netizen yang rata-rata berasa marah dengan tindakan warga asing yang tidak bertanggungjawab itu. -  CARI


4

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 1-6-2019 12:16 PM
Jilaka punya penyamun indon
Kasi tembak telur dia guna peluru guli tengok
Meraung sampai langit ketujuh kauuuu
Quote pokaibanktokyo 1-6-2019 12:21 PM
Kalo nampak sotong datang dekat mesti bersedia pukul. Macam pemandu bas rapid penang lakukan arituh. Siap serah suspek kat polis plak lagi
Quote Potpouri 1-6-2019 12:47 PM
Banyak betul kes cmni sekarang ni.. Bahayanya huhu..
Quote Rahah 1-6-2019 12:56 PM
Kesiannya... lately banyak pulak kes driver grab kena bunuh, pukul, rompak...
Quote groundfloor 1-6-2019 01:02 PM
Kasihan pemandu grab, diorang cari rezeki utk family...
Quote sfrnna 1-6-2019 03:45 PM
Tolong laa kurangkan kemasukan warga asing ni. Membiak2 Indon kat Malaysia ni dengan macam2 masalah lagi.
Quote Ali_x 1-6-2019 06:44 PM
Dah lah diaorg bt grab nak cri rezeki..tup2 kna samun siap cederakan org plak tu...
Quote Skuau 1-6-2019 07:06 PM
Janji bkn kami dan keluarga kami-Munteri,majikan.
Quote CiliPadiSedap 1-6-2019 07:56 PM
Pemandu teksi dah lama hadapi kes ni. Biasa black area driver teksi waktu malam area rawang, ulu yam.. kalau ada customer pg sana mereka hati2 simpan cash kt bank dulu atau standby apa2..

Quote sehirkedi 1-6-2019 08:15 PM
Kasihannya. Dahla susah payah cari rezeki. Mohon pihak grab wajibkan setiap pengguna untuk scan muka dan kad pengenalan @ passport. Kalau jadi apa2, senang nak cekup. Pastu kuatkuasakan undang2, penumpang yg bertindak kurang ajar seperti ni, dikenakan hukuman sebat.
Quote HannahMontana 1-6-2019 08:37 PM
shernazz replied at 1-6-2019 12:16 PM
Jilaka punya penyamun indon
Kasi tembak telur dia guna peluru guli tengok
Meraung sampai langit ke ...

Buat, jangan xbuat , tembak sampai ke neraka jahannam.
Quote sitikun 1-6-2019 08:55 PM
kalau kena mai dkt forum sakit dia supo kapal kena hentak dgn tukul gak

cam si bahlol @Maideen. kena pelangkung dgn prinstine1 pagi2 sebelum subuh

pedih woiiiiiiiii





Quote shernazz 1-6-2019 09:14 PM
HannahMontana replied at 1-6-2019 08:37 PM
Buat, jangan xbuat , tembak sampai ke neraka jahannam.

Khen...gatai btol nak samun samun org ni..
Eeeee....geram plak
Quote HannahMontana 1-6-2019 11:24 PM
shernazz replied at 1-6-2019 09:14 PM
Khen...gatai btol nak samun samun org ni..
Eeeee....geram plak

ya mmg kita marah ,kita mau pembunuh tu mati atau hantar ke rumah hannah yeoh sampai reput.
Quote shernazz 2-6-2019 09:16 AM
HannahMontana replied at 1-6-2019 11:24 PM
ya mmg kita marah ,kita mau pembunuh tu mati atau hantar ke rumah hannah yeoh sampai reput.

Hahaha
Sempat ko kan
Nasib x htr kw rumah hannah montana
Quote buapakperut 2-6-2019 11:12 AM
pe kata ketatkan pendaftaran grab, kalau ada rekod jenayah takleh daftar. takpun blacklist terus semua indun,pilak dan seangkatan dengannya.
Quote bunga_durian9 2-6-2019 11:55 AM
Standby ridsect dlm kereta..  rasa2 terancam, spray je mata ... biar buta...
Quote sarahmirza 2-6-2019 12:12 PM
Grab skrg nk kena selfie dulu baru blh proceed eh?
Hari tu anak i balik tuisyen nak amik grab tapi tak jadi amik sebab dia tak pasti kenapa kena selfie pulak... Risau la dia..
I check mmg betul la kalau nak bayar cash kena selfie dulu then proceed...

Quote HannahMontana 2-6-2019 02:19 PM
shernazz replied at 2-6-2019 09:16 AM
Hahaha
Sempat ko kan
Nasib x htr kw rumah hannah montana

Jangannnnnnnnnnnnnnnn !!!!!!!!!!!!!!

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.183930 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top