CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ustaz Ebit Lew Sebak, Transgender Dah 13 Tahun Kerja Lorong Untuk Tanggung Anak Belajar Di Mesir

3-6-2019 09:41 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 10878| Komen: 20|Original author: Oleh: top5complete

Siapa yang tidak mengenali penceramah popular Ustaz Ebit Lew, yang sentiasa turun padang untuk membantu golongan gelandangan, dan anak-anak jalanan.

Baru-baru ini Ustaz ada memuat naik video di instagram beliau. Video itu menyaksikan dia memberikan nasihat kepada golongan transgender di dalam sebuah bilik.

Foto IG: Ebit Lew

"Menangis selepas jumpa mereka. Tak berhenti mereka cakap terima kasih datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati. Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan," tulisnya


"Ada seorang kakak ni dah lama kerja ini. Suami dah takde. Dari 13 tahun. Sampai sekarang kerja lorong. Anak 3 orang belajar Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya. Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak tu."

"Ada seorang ni mula kerja lorong dari umur 11 tahun lagi. Untuk sara dan bantu keluarga adik beradik. Sehinggalah hari ini. Menangis saya dengar. Ada dari 14 tahun dan 15 tahun. Saya peluk transgender maknyah mereka terharu sebak. Tak peluk wanita " tulisnya lagi

Selepas memuat naik video tersebut, rata-rata netizen memberikan pendapatan yang berbeza. Ada yang memuji usaha dakwah Ustaz Ebit Lew ingin mendekati golongan lorong. Ada juga yang menghina golongan transgender ini.



Apa pun usaha Ustaz Ebit memang layak dipuji. -CARI

5

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote luluaurora 3-6-2019 11:11 AM

moga ada hidayah utk mereka..
Quote chinta89 3-6-2019 11:40 AM
semoga Allah ampuni dosa2 mereka.
Quote saviour_09 3-6-2019 12:01 PM
tak boleh blah betul yg komen tanya kenapa peluk pompuan tu
tak tau either betul2 lembab tak baca post @ troll je

ustaz ebit ni bagus
aku suka tengok street dakwah dia
lembut bahasa ditutur
yg mendengar pun jadi lembut hati

ni kalo yg jenis main terjah2 sergah2
hilang lembut hati, makan penerajang sudahnya

Quote yuki812 3-6-2019 12:17 PM
siapa lah kita nak tentukan mereka tu betul atau salah.
mudah2an anak mereka dapat membimbing mereka ke jalan yg diredhai.
Quote LautBiru52 3-6-2019 02:37 PM
Aku suka ustaz ni. Bila dia bercakap tu nampak la indahnya islam.
Quote che-cikL 3-6-2019 03:04 PM
hebatnya dugaan Allah beri

Iols diduga pun tertanya "why me?!!"

Quote puding_caramel 3-6-2019 11:35 PM
Semoga anak2 berjaya dlm pelajaran dan bela nasib maknya. {:cryrun
Quote Ivysaur 4-6-2019 12:03 AM
Semoga Allah beri hidayah kembali ke jalan yang benar
Quote giyomi 4-6-2019 04:13 PM
bagus lah pendekatan camne dari sesetengah orang yg maki hamun golongan ni. sekurang2nya ada yg betul2 berilmu dlm dunia ni tuk pimpin mereka yg tersasar.
Quote precious_chicas 6-6-2019 03:10 AM
Moga Allah permudahkan usaha murni UEL dan para maknyah untuk berubah menjadi lebih baik.

Cuma satu jelah heran sangat, dalam banyak2 profession kenapalah 'jantan2 lembut' tu memilih untuk menjual kunyit? Ternyata ianya semata-mata kerana nafsu jantan depa sendiri (jantan kan selalu fikirkan seks). In reality, yg jual2 kunyit ni mereka adalah jantan kuat seks yg berusaha memiliki tubuh seperti wanita dan mengekploitasi tubuh mereka sendiri.

Sedangkan kalau betullah derang tu kononnya claim mentally seperti perempuan, takkannya nak buat kerja tak senonoh camtu, sebaliknya akan cari rezeki lain yg halal. Biz mekap ke, fesyen ke, f&b ke bagai.
Quote lattehazelnut 6-6-2019 07:45 AM
Anak study cos apa sampai 13 tahun tu
Quote kamil8891 7-6-2019 09:41 PM

kakak satu sekolah ngn dia dulu
sekolah SMART dkuantan
kakak aku cakap mmg dia selalu tazkirah kat SMART tu mase student lagi
bile hbis belajar dia minat ikut tabligh2 ni so dia tabligh'
pastu jd motivater ngn fadzilah kamsah
skang buat sendiri dah

okey la 2jam jemputan ceramah 3k huhuhu
Quote lil_honey 7-6-2019 10:16 PM
tgk dia up status kat instagram tu...pasal hari pertama hari raya, pegang tangan isteri..ya Allah..
tersentuhnya dgr..untung bini dia...dapat laki macam nih...lembut ckp...
Quote Jorja 8-6-2019 10:18 AM
Kalau nak buat baik tak payah menunggu datang ikhlas. Buat aja sampai ikhlas
Quote gigahertz 10-6-2019 01:15 AM
kamil8891 replied at 7-6-2019 01:41 PM
kakak satu sekolah ngn dia dulu
sekolah SMART dkuantan
kakak aku cakap mmg dia selalu tazkirah  ...

siapa? ustaz atau transgender tu? masyuk gak rm3k utk 2 jam.
Quote jazaa100 10-6-2019 01:57 AM
gigahertz replied at 10-6-2019 01:15 AM
siapa? ustaz atau transgender tu? masyuk gak rm3k utk 2 jam.

Ustaz tu lahhh.....

Tapi klu kena gaya, transgender tu pun blh buat ceramah & dpt income mcm tu...
Quote jazaa100 10-6-2019 01:58 AM
Transgender ada anak ke?.....
Quote MrsYaya 10-6-2019 02:59 PM
ramai yang baca tapi tak dapat nak faham ayat2..
yang transgender, ustaz peluk lah..itu kan lelaki..jadi tidak lah haram walau dah tukar jantina
yang melacur tu..perempuan. ada anak 3 orang semua nya belajar dekat Mesir. Suami nya juga dah meninggal/tak ada. So dari umur dia 13 tahun, sampai sekarang dia masih lagi dgn kerja2 yang tak elok ni..anak2 dia pun xtau dia buat kegiatan ini.

Mulia hati ustaz Ebit..percakapan nya lembut terus sampai ke lubuk hati..
terima kasih ustaz..kalau ustaz bukan selebriti..orang mungkin aggap serong jika berdakwah tanpa adanya ditemani rakan2 jurukamera.

semoga dakwah ustaz berpanjangan dan mereka2 yang di lorong2 kembali ke pangkal jalan dan merasai apa itu bahagia bila menyedari hakikat hidup bertuhan.
Quote shida81 11-6-2019 01:32 PM
jauhnye jurang antara aku ngn ustaz nie... semoga di permudahkan urusan ustaz dan smua yg terlibat

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.088228 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top