CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mandi Parit, Belanja Sekolah 50 Sen. Shuib Tak Pernah Lupa Asal Usul

11-6-2019 04:45 PM| Diterbitkan: MoFirdaus| Dilihat: 7342| Komen: 31|Original author: Oleh: Mo Firdaus

Pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu tidak pernah lupa hidup susah meskipun sudah digelar selebriti.

Perkara itu dinyatakan melalui satu hantaran Instagram milik Shuib yang mempaparkan dia bergambar berlatar belakang rumah tempatnya membesar.


Foto: IG
Turut serta ialah isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan tiga anaknya iaitu Uwais Alqarni 7 tahun, Dzahira Talita Zahra 6 tahun dan Ariq Matin 3 tahun.

"Dari umur lapan bulan sampai umur 17 tahun, inilah rumah tempat saya dibesarkan, tiap-tiap petang ambil pakai baldi, mandi di parit, tandas di luar rumah, tidur pakai kelambu, lampu pakai pelita.

"Tak ada motor, cuma ada basikal", tulisnya di Instagram.


Foto: IG
Dia juga berkata, hanya mendapat 50 sen untuk belanja sekolah dan sering menangkap belut pada hujung minggu untuk dijual bagi menampung perbelanjaan.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, pengalaman membesar di rumah papan itulah yang mengajarnya erti kehidupan.

"Belajar sebenar erti susah sebenar, belajar menghargai setiap apa yang ada. Belajar bersyukur dengan nikmat Allah", kata Shuib.

Dia turut menyatakan agar isteri dan anak-anaknya sentiasa mensyukuri kurniaan Tuhan pada masa yang sama sentiasa sedia menghadapi ujian.

"Sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah. Bersedia dengan setiap ujian Allah, susah juga ujian, senang juga ujian",  katanya sambil mengakhiri hantaran dengan tanda pagar #pesananuntukdirisendiri.-CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unguaurora 11-6-2019 04:47 PM
Heols ni banjar tp ramai igt jawa.
Quote ezacbee 11-6-2019 04:49 PM
unguaurora replied at 11-6-2019 04:47 PM
Heols ni banjar tp ramai igt jawa.

Muka jawa kot
Aku pun banjar tp xtau ckp banjar
Quote caprut 11-6-2019 04:53 PM
unguaurora replied at 11-6-2019 04:47 PM
Heols ni banjar tp ramai igt jawa.

apa beza banjar ngn jawa
Quote wirazam 11-6-2019 04:53 PM
bagusnya si sarah terima shuib seadanya
Quote RatuDunia94 11-6-2019 04:58 PM
So rumah sape duduk skrg? Ke tinggalan? Knp rumput bawah rumah x dipotong? Takut ular..
Quote aemon 11-6-2019 05:04 PM
humble brag
Quote multinicky 11-6-2019 05:06 PM
rs mcm dejavu plak thread soeb citer pasal kesusahan dulu
Quote prizadane 11-6-2019 05:20 PM
Zaman kau sekolah tu shuib oi, 50sen tu standard la. Kau ni lebih kurang baya aku je. Plus, sekolah kat area kampung, 50sen tu dah cukup. Lain la zaman 90s tu kau bawak 10sen ke sekolah..
Quote putehkundor 11-6-2019 05:23 PM
ada org duduk tak?
alang2 duit dah banyak...buat la rumah baru kat kg
Quote giyomi 11-6-2019 06:06 PM
sorry not touched...next
Quote EvieWanKenobi 11-6-2019 06:09 PM
kenapa tak ajak wife duduk rumah tu?
Quote rotijohanz 11-6-2019 06:11 PM
wirazam replied at 11-6-2019 04:53 PM
bagusnya si sarah terima shuib seadanya

lorh..saarah tu bkn nye ank raja,kerabat,jutawan bagai..sekufu la tu. lain la kalo neelopa..tp bru ko kne komen "bagus neelopa trima sueb seadanya"
Quote unguaurora 11-6-2019 06:19 PM
caprut replied at 11-6-2019 04:53 PM
apa beza banjar ngn jawa

Byk beza dari segi bahasa dan tempat asal usul. Jawa asal dari jawa tengah dan timur di pulau jawa.. Banjar asal dari banjarmasin kalimantan barat di pulau borneo.
Quote CiliPadiSedap 11-6-2019 06:45 PM
prizadane: Zaman kau sekolah tu shuib oi, 50sen tu standard la. Kau ni lebih kurang baya aku je. Plus, sekolah kat area kampung, 50sen tu dah cukup. Lain la zama ...


Zaman dulu nasi lemak 50sen ye? Kecik nya. Nasi lemak vokuru 20sen
Quote epuepy 11-6-2019 09:09 PM
Ai pn blanja sekolah 50 sen je dedulu sekolah pagi n ptg. Mandi kekadang terjun kolam aka parit time mak xde. Elok je jd org skrg.
Quote belilies 11-6-2019 09:18 PM
Kot ye pun nak bragging, renovate dulu le umah tu. Bukan ko ni bisnesmen madu ke? Bagitau bini kuak udah udah ke buat muka n body tu, dah cukup bersih puteh pun tu. Cuba stat baiki rumah kpg tu kasi elok, esok lusa senang anak bini nak balik kpg. Merasa gak mandi parit.
Quote Rapz 11-6-2019 09:44 PM
Seram lak tgk rumput bwh umah tu...
Quote hzln 11-6-2019 09:44 PM
Nampak kain baju bersidai
Mungkin disewakan kpd bangla
Quote exclusive_vvip 12-6-2019 09:01 PM
rotijohanz replied at 11-6-2019 06:11 PM
lorh..saarah tu bkn nye ank raja,kerabat,jutawan bagai..sekufu la tu. lain la kalo neelopa..tp bru ...

kannn..kelebihan sarah time couple ngan shuib cuma leh cakap omputih je.... i penah tgk interview rancangan apatah psl life diorg laki bini, lama dah, sarah pun blom segebu skrg, rengsa hokayyy tgk dia dok menayang dia pandai speaking..ala2, aku pandai cakap omputih,laki aku x boleh...ha gitewww...x ingat la rancangan apa..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.075365 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top