Jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. Apabila melihat orang lain ditimpa musibah, doakanlah yang baik-baik untuknya. Bukan dicaci-cerca dengan kata-kata nista. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Di bulan yang sepatutnya disambut riang gembira, penyanyi Datin Alyah sebaliknya terguris dengan sindiran warganet berhubung isu rumah tangganya. Sedang dia teruja berkongsi foto menggembirakan, Alyah menerima komen pedas daripada pengguna Instagram.
Bagaimanapun, seorang individu yang busuk hati meninggalkan komen berbaur sindiran kerana Alyah dilihat beraya tanpa suami di sisi, tidak seperti pasangan lain. Sudahlah disindir begitu, dihinanya pula dengan menuduh Alyah berkahwin dengan lelaki tua kerana mengejar harta. Biadab! Terkilan dengan sindiran berkenaan, Alyah berdoa agar dia kuat menghadapi insan yang hitam hatinya seperti individu terbabit. Jika insan ini amat sakit hati dan iri hati terhadapku... Rata-rata pengikut mendoakan agar Alyah tabah dan mengabaikan saja komen negatif yang dilemparkan terhadapnya. Amboi, sedapnya mengata orang ya. Apa yang didengkikan sangat dengan Alyah macam dia je yang menaja perkahwinan mereka? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|