CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghuni Rumah Orang Tua Di Seremban Dipaksa Makan Cili, Minum Air Kencing

18-6-2019 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11254| Komen: 90|Original author: Oleh: Myra Rozi

Penyelia sebuah pusat jagaan warga emas didakwa mendera dan mengabaikan penghuninya sejak tiga tahun lepas.

Bukan itu sahaja, penghuninya juga diperolokkan dan dipersendakan dengan cara yang melampau.


Viral di media sosial, satu video yang dimuat naik menyaksikan seorang wanita yang didakwa penyelia itu mempersenda mangsa.


Dia mencubit payudara wanita tua itu beberapa kali sambil melompat terkinja-kinja.

Mangsa dilihat cuba menghalang dan memukul tangan wanita terbabit.

Difahamkan rakan mangsa yang terlantar di katil cuba menghalang namun tidak berdaya.

Status yang dimuat naik oleh seorang pengguna juga mendedahkan penghuni pusat jagaan warga emas di Seremban itu turut didera termasuk dipaksa minum air kencing dan makan cili.

Status yang dah dipadam, Foto:FB
Di media sosial, netizen menyelar tindakan wanita tersebut yang dikenali sebagai Ina kerana bertindak keterlaluan. -CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 18-6-2019 05:12 PM
babi si ina tuh...
Quote sehirkedi 18-6-2019 05:23 PM
Eeeee jahatnya..  Sakit hati tengok video tu. Spesis ape ni? Moga disiksa banduan lain dalam penjara nanti.
Quote Mina2215 18-6-2019 05:25 PM
Kejam nya. Psychotic serial killer ni kalau betul dakwaan. Kesian para mangsa. Dahla sakit, diaibkan lagi sebegitu rupa
Quote gujiwa 18-6-2019 05:25 PM
geramnye bace kes mcm ni..
Quote tri-max 18-6-2019 05:28 PM
ina.... inalilallah ko buat semua org tua nih
cuba csi siapa ina hati kering ni
mau aku cucuk ngan insulin gula bior mati kena hurung serangga jer
Quote justchu 18-6-2019 05:29 PM
kenapa tgk video mcm dia sakat2 org tua tu tak mcm dera pun...mcm bergurau je. kan biasa org2 tua moody org2 muda pujuk2 latah mcm tu...ke ada vid lain...
Quote dekmieDandy 18-6-2019 05:30 PM
terkejut betul tengok video ni tadi

lagi terkejut bila tahu ni tempat berbayar
Quote yatt_takez 18-6-2019 05:32 PM
menangis aiolss baca pendedahan diatas..tergamaknya kamu perangai syaiton nirojim..walhal org tua itu mahukan perlindungan ...kamu yg diamanahkan dan sendiri rela memikul tanggungjawab ini sanggup kamu melakukan perkara sedemikian..laknat la kehidupan kamu sekiranya hayat kamu panjang..
Quote MeghanK 18-6-2019 05:32 PM
ina pembunuh
Quote lonely_surina 18-6-2019 05:34 PM
jkm pun kena siasat juga laa..
Quote mamarock 18-6-2019 05:36 PM
Polis dan SPRM sila siasat.
Quote Kurex 18-6-2019 05:40 PM
Kepamnya ina.. Macam minah rempit..
Mula2 nampak macam gurau, tapi melampau.
Orang tua nak menumpang kasih anak, tapi dilayan macam tu.
Quote Artemesiaa 18-6-2019 05:43 PM
Bila dah ada aduan eloklah pihak yang berkenaan datang menyiasat untuk tahu benar tidaknya lapuran.  
Quote Gingerly 18-6-2019 05:46 PM
Saiko. Sila tangkap dan cili nenen awek ni. Tengok boleh lagi tak terkinja2 gitew.
Quote ainashiqa 18-6-2019 05:47 PM
Allahu! Jahatnyabla dera org tua smp mati. Org da bayar utk jg baik2
Quote Klassie 18-6-2019 06:45 PM
Bagus...viral kan je tmpt ni...iolss memg pantang bab2 mendera, membuli ni
Quote bungarose 18-6-2019 06:48 PM
Betina celaka
Moga ko dapat azab yang dahsyat
Quote singajantan 18-6-2019 07:10 PM
Tuduhan serius perlu disiasat
Quote jazaa100 18-6-2019 07:12 PM
10tahun lg bila kau tua .....harap kau rasa apa yg kau buat kat org....

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044143 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top