CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Bawa Bini Orang Keluar, OKU Mati Dipukul Kayu Penuh Paku

24-6-2019 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6927| Komen: 32|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang lelaki kurang upaya (OKU) mati dipukul, dalam kejadian di Jalan Kenanga 8, FELCRA Changkat Lada, Kampung Gajah.

Harain Metro melaporkan, kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang itu berpunca akibat cemburu.


mangsa yang berusia 42 tahun, seorang duda anak tiga parah di beberapa anggiota badan akibat dipukul dengan kayu yang ada paku oleh suspek.

Sebelum kejadian mangsa bersama isteri suspek dikatakan keluar ke Teluk Intan untuk membeli barang dengan menaiki kereta.

Foto: Harian Metro
Bagaimanapun suspek menahan kereta tersebut dan memecahkan tingkap kereta sebelum menarik lelaki OKU berkenaan keluar dari kereta.

Difahamkan suspek dan isteri sudah tidak duduk bersama kerana dalam proses penceraian hampir setahun lalu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya berkata, 

“Suspek mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan dengan mangsa dan kejadian dipercayai berpunca kerana cemburu hingga suspek memukul mangsa menggunakan kayu yang diletakkan paku.

“Kejadian itu berlaku di hadapan isteri suspek."

Keika polis tiba di tempat kejadian, suspek masih memukul mangsa sebelum berjaya dielrakkan.

Suspek berjaya ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI

1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 24-6-2019 05:58 AM
Klu pmpn belum selesai cerai .jgnla dkt2 weii ..bole jadi bekas laki tu org gila..
Lainlah cerai mati
Quote felinecat 24-6-2019 07:34 AM
dah setahun kot, gile punye jantan. ntah2 bewak
Quote Pink_Purple 24-6-2019 07:45 AM
kerana perempuan yang dah tak hadap kau, kau jadi pembunuh, malangnya.
Quote karlnurani 24-6-2019 08:25 AM
bau dan daging badan pompuan memang susah nak dilupakan, hanya laki jer yang tahu, sanggup berbunuh la kirenye, otak jadi singkat.. sebab lama air tersumbat..last last masuk penjara ...
Quote Mary_jane 24-6-2019 08:34 AM
karlnurani replied at 24-6-2019 08:25 AM
bau dan daging badan pompuan memang susah nak dilupakan, hanya laki jer yang tahu, sanggup berbunuh  ...

Wow first time i dengar ni.
Quote karlnurani 24-6-2019 08:43 AM
tambah pulak servis katil meletop, nampak mata putih jer...jangan buat main.. penangan pompuan.. hilang akal jadinye pakcik ni
Quote Pink_Purple 24-6-2019 08:46 AM
dekat setahun dah nak cerai..

ni mesti laki biawak..bini dah tak hadap..dia xnak cerai juga...
pas2 ada hati nak cemburu..

sekarang setel..awak ke dalam..senang bini nak minta fasakh..
Quote paz 24-6-2019 08:47 AM
Lah sia sia betul.
Quote deananie 24-6-2019 10:01 AM
tak memasal jadi pembunuh.
Quote cap_ayam 24-6-2019 10:18 AM
Kenapa isteri suspek pergi kedai dgn lelaki OKU tu. Siapa sebenarnya lelaki oku tu.. pemandu teksi sapu @ grab @ jiran ke?
Quote CikB 24-6-2019 11:21 AM
OKU apa lelaki ni
Quote mjla 24-6-2019 11:51 AM
Lelaki gila cekpit dan bingai berpisah tiada
Quote dua_chzy 24-6-2019 11:53 AM
Gini la cemburu jantan. Terus bunuh ja takdanya reti slow talk ka hapa dah.

Tapi urang selalu mengata seperti urang tino ja boleh gila sebab cemburu.
Quote miznora 24-6-2019 12:03 PM
aku dengar berita ni dalam radio pagi tadi. haihhh manusia semakin hilang akal. kot ye pun marah kenapa nak pukul dengan kayu yang berpaku? mmg niat nak bagi mati terus la ni

pemandu oku tu pulak siapa. boifren ke atau teksi sapu? kat kampung2 kan biasanya ada teksi sapu. lebih kurang fungsi mcm teksi/grab
Quote duri_durians 24-6-2019 12:08 PM

cacat kaki
Quote Artemesiaa 24-6-2019 12:40 PM
Dah sampai jadi pembunuh lagi tambah masaalah yang sedia ada tak beringat terlalu ikutkan perasaan macam tu lah jadinya
Quote minguk 24-6-2019 12:56 PM
302, ke tali gantung lah abang.
Quote mrs_adr 24-6-2019 01:12 PM
kesian kat anak2 mangsa tu...
Quote Count_Romanov 24-6-2019 02:40 PM
Memang ketali gantung jawabnya ni

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.174493 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top