CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Lakukan Ini Masa Jumaat" - Kenapa Hari Jumaat Sangat Dimuliakan Dalam Islam?

1-11-2019 12:03 PM| Diterbitkan: zakeynt_o| Dilihat: 3802| Komen: 3

"Betapa mulianya hari Jumaat. Banyak perkara yang hebat dan bersejarah yang ditakdirkan oleh Allah berlaku pada hari Jumaat" -Ustaz Fauzi Abdul Hamid, Master Ulum al-Hadith,al-Hasnain Islamic University, Faisalabad, Pakistan.


sumber: Pinterest

Apa yang istimewa dengan hari Jumaat sehinggakan Rasullullah sangat memuliakan hari Jumaat?

Mungkin kita pernah tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan ganjaran ibadah yang sama seperti bulan Ramadhan pada bulan lain. Selama ini mungkin ramai dalam kalangan kita yang menyangka akan memperoleh pahala berganda hanya dalam bulan Ramadhan sahaja.

Memang tak dinafikan bahawa bulan Ramadan ialah bulan mulia dan digandakan semua pahala amalan ibadah kita. Namun, tahukah kita bahawa hari Jumaat juga dimuliakan oleh Allah dan diletakkan segala kebaikan padanya.


Rasulullah pernah bercerita, Allah memuliakan hari Jumaat kerana hari Jumaat ialah:
1. hari paling baik matahari terbit
2. hari yang diciptakan Adam a.s.
3. hari yang dimasukkan dan dikeluarkan Adam a.s. dari syurga
4. hari akan berlakunya kiamat
(hadis Riwayat Muslim)

sumber: Unsplash

Bagaimana cara Rasulullah s.a.w. meraikan hari Jumaat? Terdapat sunnah-sunnah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w..

SUNNAH MENYAMBUT HARI JUMAAT:
1. mandi sunat jumaat
2. memakai pakaian berwarna putih dan yang paling terbaik
3. berwangi-wangian
4. memotong kuku, mencukur dan menggunting rambut serta bulu yang dibolehkan
5. melumurkan badan dengan losen atau krim

SUNNAH SEBELUM MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT:
1. hadirkan diri ke masjid awal waktu selewatnya sebelum imam menaiki mimbar
2. duduk di saf hadapan berhampiran imam
3. memberi perhatian sepenuhnya semasa khutbah disampaikan

sumber: Pixabay

ANTARA AMALAN LAIN YANG DIGALAKKAN:

1. memperbanyakkan berdoa
Sabda Rasulullah: "Pada hari itu terdapat suatu masa, apabila seorang Mukmin meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan, maka Allah akan memakbulkan doanya. Sekiranya dia meminta Allah untuk melindunginya daripada sesuatu kejahatan, maka Allah akan melindunginya daripada kejahatan itu". (Riwayat al-Tirmizi)

2. perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

3. melipatgandakan ibadah kepada-Nya

4. membaca surah al-Kahfi
Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan disinari cahaya sehingga ke Jumaat yang berikutnya". (Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi)

Marilah kita turuti sunnah Rasulullah s.a.w. ini kerana ia bukan sahaja mendapat pahala malah mendatangkan lebih 1001 kebaikan pada diri sendiri. Jangan lepaskan peluang yang ada kerana kita juga tidak tahu adakah sempat untuk kita bertemu Jumaat akan datang. Wallahuaklam. - CARI 
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • syidasuhaimi


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-11-2019 01:49 PM
Semoga aku terlindung dari kejahatan.. Aaminn
Quote nono86 2-11-2019 08:19 AM
Insya allah...
Quote ichaliza 11-11-2019 09:37 AM
mari bersama-sama lipatgandakan ibadah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.251263 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top