CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Mahu Telefon Dirampas Ibunya, Budak Kunci Diri Dalam Kereta

26-6-2019 02:05 PM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 6647| Komen: 39|Original author: Oleh: Myeonir

Kanak-kanak zaman sekarang memang tak boleh lepas langsung daripada memegang gajet. Kalau tak bagi mesti menangis mengamuk, dah bagi main baru elok balik.

Tapi kadang-kadang mereka punya obsesi terhadap gajet itu boleh mendatangkan masalah kepada orang lain.

Sama juga seperti kes yang terjadi di Pasir Mas, Kelantan ini apabila seorang kanak-kanak bertindak menguncikan dirinya di dalam kereta kerana tidak mahu telefon bimbitnya yang sedang dimainnya diambil.


Dipercayai kanak-kanak itu bertindak sedemikian kerana takut telefon bimbitnya itu dirampas oleh ibunya.

Kredit foto: Facebook
Walaupun sudah pandai untuk membuka kunci pintu kereta, namun dia tidak berbuat demikian kerana mahu terus bermain dengan telefon bimbitnya itu.

Bagi mengelakkan perkara yang buruk berlaku, si ibu terpaksa menghubungi pihak bomba bagi membantu membuka pintu kereta Axianya itu.

Kredit foto: Facebook
Sewaktu proses menyelamatkan sedang berlaku, kanak-kanak itu dikatakan tidak ambil peduli langsung dengan keadaan sekeliling dan terus bermain dengan telefon bimbitnya.

Netizen yang membaca kisah ini rata-ratanya ralat kerana kanak-kanak zaman sekarang ini terlampau bergantung kepada gajet selain menyalahkan ibu bapa yang tak kawal penggunaan gajet itu.

Kredit foto: Facebook
Apa pendapat anda? -CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 26-6-2019 02:14 PM
Aiyo........ macam2 pe’el bebudak skrg. Iols dlu mak ayah beliak mata pun dah cuak.......

Dpt kt mak iols budak mcm ni mmg jadi gulai la dia
Quote chinta89 26-6-2019 02:21 PM
penyewa rumah parent ak pun perangai anak dia mcm ni.

lari rumah masuk semak  sb mak x bg tepon, siap ugutx nk belajar dan mcm2 lagilah sampai naik ngeri aku tgk perangai anak dia. bbaru sekolah rendah tu around 10 thn gtu la...


adoi!

alasan mak dia, dia sibuk, suami PJJ so x leh kawal anak. jadi dia bg tepon je ke anak2 supaya anak2 leka duk terperap di rmh. omg.
Quote sarahmirza 26-6-2019 02:24 PM
chinta89 replied at 26-6-2019 02:21 PM
penyewa rumah parent ak pun perangai anak dia mcm ni.

lari rumah masuk semak  sb mak x bg tepon,  ...


Alasan je...
Sebenarnya malas nak jaga anak.
I ada kenal macam ni...
Anak umur 6 tahun ketagih gadget..
Siap ada tab sendiri lagi..
Mak bapaknya pemalas...
Gigi anak berkarat,  anak lapar bagi makan junk food, sampai tahap anak nak minum milo pun di campak je air kotak milo.
Punya la pemalas bancuh air pun tak sempat.

Kalau budak tu tak duduk dengan babysitter hari2 agaknya dah kurus kering tak cukup zat agaknya..
Quote immi 26-6-2019 02:35 PM
Kesian nya budak tu sampai ambik x kisah keliling masa di selamatkan. Apalah nasib nya di masa depan
Quote rospinki 26-6-2019 02:54 PM
anak aku pun gila main fon..tapi aku selalu buat cerita kt dia..yg hantu dlm vidio seram mak selalu tgk tu pukul 7 dia akan keluar kalau buka youtube..sumpahan..tgk mak ni haa mana berani bukak yt time cmni..smbil dia mendengar mata terkelip2 dan merasa seram. nmpknya cara itu berjaya setakat ni.
Quote myakayina 26-6-2019 03:11 PM
rospinki replied at 26-6-2019 02:54 PM
anak aku pun gila main fon..tapi aku selalu buat cerita kt dia..yg hantu dlm vidio seram mak selalu  ...

haha..ni lawak kaross...
Quote munchkin 26-6-2019 03:19 PM
Ni perlukan psikiatrik intervention. Mak nya boleh just ckp bertuah punya budak?

Eh hello bomba next time jangan berlembut nak buka ngan kasih sayang ya.

Kasi potong pintu or kopak habis pintu tu. Kopak cermin depan besar tu. Biar mak pak bangang lepas tu tak menyusahkan bomba!!!

eh jilakanya perangai mak pak dia ni
Quote munchkin 26-6-2019 03:20 PM
Panggil bomba free kan. So ramai2 lah buat kerja bangang.
Quote rospinki 26-6-2019 03:20 PM

budak tu kalau pasal hantu dia takut nau..
Quote anastasia7 26-6-2019 03:25 PM
Harapnya parents budak ni sedar dan hantar terus terapi. Tak kan jalan kalau larang sendiri.
Quote DayangKirana 26-6-2019 04:07 PM
i kenal ade parent yang jenis biarkan anak main phone..

especially time cuti sekolah, celik mata carik phone, lenjan phone sampai la tido.
kecik lagi, baru sekolah rendah.
kalau diambil phone tu, dah jadi macam zombie. mengamuk nak phone mak bapak dia pulak..
rosak...rosak..
Quote RatuDunia94 26-6-2019 04:45 PM
Iols rasa bertuah and bersyukur x dilahirkan pada zaman skrg.. xde life yach budak2 zaman skrg duk hadap phone jah..
Quote duri_durians 26-6-2019 04:50 PM
ibu bapa skrg terlalu berlembut dan sebenarnya tak cukup bijak nak jadi ibu bapa...

Quote monreyes 26-6-2019 04:58 PM
patutnya g je kat ingkap tu pakai topeng hantu...
Quote ikanmasin 26-6-2019 05:19 PM
nampak btl kesan bdk2 zmn skrg ni..takde benda lain asyik
pgg hp jer.tak nak bersosial tak amik kisah di sekeliling nya
kalau amik hp memberontak mcm manalah mak bapa zmn
skrg nak handle situasi anak2 mcm ni..ayat2 nasihat yg sll
kita ckp semua dah buat tp tak jln.kene lah cr jln jg utk kurang
kan atau jauhkan benda2 mcm ni kat anak..semua skrg ni mudah
jer nak umpan anak2.byk buruk dr baik nya..
Quote Nana_Man 26-6-2019 05:26 PM
Rosak jgk mata budak tu.. mcm ipar aku ngan bangga nya ckp dia tak kasi anak dia main ipad dari umur 5 tahun. Tapi skrg budak tu dah pakai glasses.. pasal main iphone jer..
Quote sarahmirza 26-6-2019 05:35 PM
Nana_Man replied at 26-6-2019 05:26 PM
Rosak jgk mata budak tu.. mcm ipar aku ngan bangga nya ckp dia tak kasi anak dia main ipad dari umur ...

Tak faham la..
Tak bagi anak main ipad tapi anak rabun sebab main iphone..

Quote Nana_Man 26-6-2019 05:43 PM
sarahmirza replied at 26-6-2019 05:35 PM
Tak faham la..
Tak bagi anak main ipad tapi anak rabun sebab main iphone..

I pun tak faham actuali.. merepek kan?? Konon2 act good tak kasi ipad, tapi kasi iphone. Cara budak tu main iphone tu pun tgk dkt2.
Quote buapakperut 26-6-2019 06:28 PM
jangan salahkan budak, salahkan diri sendiri

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.064649 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top