CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sinki Pecah Ditekan Budak. Saraf, Arteri, Otot, Pembuluh Darah Semua Koyak

26-6-2019 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7208| Komen: 21|Original author: Oleh: Myra Rozi

Foto: Taiwan Apple Daily

Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah terkena serpihan sinki pecah.

Taiwan Apple Daily melaporkan, Wang, 10 pada mulanya mahu melihat cermin.

Dia kemudiannya menekan sinki dengan kuat sebelum ianya terjatuh dan pecah.

Foto: Taiwan Apple Daily
Ketika ditemui, mangsa sudah terbaring berlumuran darah dan segera dikejarkan ke hospital.

Saraf, arteri, otot dan pembuluh darah di tangan Wang terkoyak namun pembedahan selama empat jam berjaya menyelamatkan nyawanya.


Foto: Taiwan Apple Daily
Ibu bapa diingatkan bahawa kecederaan disebabkan seramik dan kaca pecah adalah sangat serius.

"Sebaik-baiknya jangan buat sinki dinding yang tidak mempunyai sokongan di bawahnya kerana kanak-kanak gemar menekan sinki tersebut apabila menggunakannya. 

"Selain itu, sekiranya anda mengesan berlaku keretakan pada sinki seramik seperti ini, jangan tunggu lama dan tukar terus dengan sinki baru bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mscapsicum 26-6-2019 01:40 PM
asal dari china taiwan semua perangai pelik2. sheeshhh
Quote cutieslilies 26-6-2019 02:26 PM
pernah ada kes kat opis aku.. pantai dlm..anaknya panjat sinki..koyak betis... tapi sayang..pendarahan byk sgt..meninggal anaknya...

alfatihah.

jgn buat main2... sentiasa elert...
Quote foxs 26-6-2019 02:45 PM


Fuhh... jangan memain woo
anak perempuan aku dah kena, koyak antara hidung ngan mulut kena 9 jahit tu yang kat luar.
dalam mulut kena lagi 8 jahitan, parut sampai skarang ada lagi.
Kesnya basuh rambut or syampu rambut, sbb aku tanya sampai kesudah xnak bagitau.
Yang bestnya masa kat spital aku siap boleh muntah pasal tgk darah anak banyak sangat nak dekat
satu besen kecik.

Aku nak share gambar malas laa pulak ngeri woo
dia kena masa darjah 4, hari2 nak shampu rambut
Quote Artemesiaa 26-6-2019 03:11 PM
Mengerikan mujur dapat diselamatkan.  Sinki jenis macam tu mana kuatnya gantung guna clip ke dinding je mudah roboh.
Quote kucingitam 26-6-2019 03:16 PM
paling takut kalau jadi  gini...kadang rasa nak masuk bilik air pakai safety boot, sebab takut sinki tetiba jatuh kena kaki..
Quote kakakau 26-6-2019 03:39 PM
haritu baru husband jatuh toilet tarik sinki jatuh pecah. nasib lelaki dewasa kalau kanak2 tu tah apa jadi
Quote EvieWanKenobi 26-6-2019 03:49 PM
dahsyatnya.. nasib baik selamat..
Quote kelapaparut 26-6-2019 03:54 PM
Dulu pernah ade kes, berak cangkung atas toilet duduk, toilet seramik pecah terbelah paha uolzz, nmpk lemak2 kuning bcampur darah,gileer..kes kat luar negeri x ingat negara mane
Quote ikanmasin 26-6-2019 03:55 PM
takutnya tgk..nsb baik dpt  diselamatkan..bahaya sungguhla
Quote makkenits 26-6-2019 03:58 PM
tu kena beringat selalu.. esp to those yg x reti nak guna tandas duduk.. jenis suka mencangkung atas tandas duduk ni.. bahaya tau x!!
Quote Supersirap 26-6-2019 04:19 PM
Sentiasa berhati-hati
Quote supermum 26-6-2019 04:29 PM
Peh ngeri. Sebagai peringatan kita bersama
Quote gelas_pelastik 26-6-2019 04:39 PM
takutnyaaa
sentiasa beringatlah kita
Quote puding_caramel 26-6-2019 04:40 PM
Ya Allah... ngeri dan seriau. minta di jauhkan la dari tragedi seumpama ini
Quote umbut 26-6-2019 07:30 PM
Edited by umbut at 26-6-2019 07:32 PM
cutieslilies replied at 26-6-2019 02:26 PM
pernah ada kes kat opis aku.. pantai dlm..anaknya panjat sinki..koyak betis... tapi sayang..pendarah ...


Ya allah.. budak2 bahaya.. rumah pun ada pecah sebijik camni. Nasib xda apa2..
Apaknya yg terpecah. Org besar pandai elak
Now pasang paip..x perlu sink.bagai nak basuh tgn kat toilet
Quote CikB 26-6-2019 08:02 PM
kesiannya dia
Quote cik_nit 26-6-2019 09:23 PM
Bahayanyalah...buang jelah x payah pakai lagi sinki macam tu.
Berjaga sebelum terkena
Quote batmana 27-6-2019 12:08 PM
tk tgk scene dlm BvS agknye..tkpun Mi5, scene gaduh dlm toilet..
Quote Fleur81 27-6-2019 12:55 PM
Ngerinya..lepas ni kena berhati2 lah

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.082862 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top