CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Basikal Pertama Di Dunia Yang Tak Perlu Dikayuh, Amacam?

24-7-2019 10:36 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6737| Komen: 21|Original author: Oleh: natrahn


Basikal atau kereta angin dicipta pada tahun 1790. Seiring peredaran zaman dan perkembangan teknologi, basikal mengalami pelbagai inovasi dan kini pelbagai jenis basikal sudah berada di pasaran mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.

Viral di Twitter video seorang wanita sedang menggunakan suatu kenderaan yang agak asing. Kelihatan seperti sebuah basikal tapi tidak perlu dikayuh. Sekali pandang seolah-olah sedang moonwalk macam Michael Jackson! Nampak mudah dan santai.



Rupa-rupanya, kenderaan ini dikenali sebagai Lopifit (The Electric Walking Bike). Lopifit merupakan basikal yang dikayuh dengan berjalan kaki telah berada di pasaran sejak 2016. Rekaan basikal yang sangat inovatif seperti alat senamam treadmill ini direka oleh pereka dari Belanda, Bruin Bergmeester. 




Yang menariknya, basikal ini dilengkapi enjin elektrik dan lima gear dengan kelajuan sehingga 24 kilometer sejam. Kini, Lopifit telah tampil dengan model terkini Gen 1 dengan beberapa penambahbaikan dari model lama. Harga terkini sekitar USD2,895 kira-kira RM6750 seunit. 

Bosan kayuh basikal? Boleh cuba Lopifit! - CARI


sumber : @Sibanigrey & Lopifit


1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawar_mustika 24-7-2019 11:31 AM
wah bestnye mn nk cr kt m'sia ni
Quote Boomibulat 24-7-2019 11:53 AM
Klu ada duit blh beli sebijik buat pgi kje..roadtax x pyh,lesen x payah,petrol x pyh..
Quote Kurex 24-7-2019 11:54 AM
Makin ramai manusia yg malas.. Berkayuh lah, baru fit macam aku
Quote sarah82 24-7-2019 12:27 PM
Boleh bawa pi shopping kat tesco jitra ni.. {:run
Quote Artemesiaa 24-7-2019 12:31 PM
Sesuai untuk yang suka bersenam
Quote Mleeen82 24-7-2019 12:57 PM
Boomibulat replied at 24-7-2019 11:53 AM
Klu ada duit blh beli sebijik buat pgi kje..roadtax x pyh,lesen x payah,petrol x pyh..

kan....save duit utk minyak & roadtax...
Quote Boomibulat 24-7-2019 12:58 PM
Mleeen82 replied at 24-7-2019 12:57 PM
kan....save duit utk minyak & roadtax...

Ye..dbkl pn x blh saman.
Quote Chairman 24-7-2019 01:31 PM
Menarik ni
Quote palmolive 24-7-2019 01:35 PM
negara takder kenderaan banyak sesuai la..
Quote natrahn 24-7-2019 02:46 PM
palmolive replied at 24-7-2019 01:35 PM
negara takder kenderaan banyak sesuai la..

takde kenderaan n cuaca nyaman..kat malaysia ni panas sikit huhu
Quote natrahn 24-7-2019 03:11 PM
mawar_mustika replied at 24-7-2019 11:31 AM
wah bestnye mn nk cr kt m'sia ni

Takde lagi dealer kat Malaysia rasanya..
Quote insulin 24-7-2019 08:02 PM
Kurex replied at 24-7-2019 11:54 AM
Makin ramai manusia yg malas.. Berkayuh lah, baru fit macam aku

Hobi bro ni biking ke?

Quote pokaibanktokyo 24-7-2019 08:13 PM
Elleh. Ada enjin rupanya
Quote Kurex 24-7-2019 10:33 PM
insulin replied at 24-7-2019 08:02 PM
Hobi bro ni biking ke?

Minat.. Tapi sekarang lagi suka tracking..
Quote insulin 25-7-2019 08:32 AM
Kurex replied at 24-7-2019 10:33 PM
Minat.. Tapi sekarang lagi suka tracking..

Tracking?
Quote Foxey 25-7-2019 11:41 PM
Menarik tapi berpeluh la by the time sampai ofis bila cuaca panas
Quote natrahn 26-7-2019 07:38 AM
Foxey replied at 25-7-2019 11:41 PM
Menarik tapi berpeluh la by the time sampai ofis bila cuaca panas

Kan..sebab kat Malaysia ni iklim khatulistiwa. Kalau luar negara dorang ada 4 musim. Kira aktiviti santai berbasikal  macam ni sesuai masa musim bunga, musim luruh...
Quote ReginaGeorge 28-7-2019 03:07 PM
Hmm cer bawak kat lebuhraya. Jadi arwah..
Quote natrahn 29-7-2019 07:27 AM
ReginaGeorge replied at 28-7-2019 03:07 PM
Hmm cer bawak kat lebuhraya. Jadi arwah..

cer bayangkan time naik bukit kat highway gua tempurung tu... tumpo

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.087837 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top