Istilah 'pelakon majalah' melekat pada kehadiran artis yang hanya
mempertaruhkan kecantikan dan seksi semata-mata. Mereka lebih laris
menjadi penghias muka depan majalah dan surat khabar tanpa ada bakat
spesifik. Kemunculan golongan ini tetap diraikan kerana memeriahkan
industri hiburan. Zaman
berlalu namun kehadiran artis sebegini semakin ramai dek kerana media
sosial yang menjadi platform melontarkan 'bakat' atau 'life style'
mereka terhadap umum. Apatah lagi tatkala ditemuramah oleh media cetak
dan elektronik, topik yang mereka jawab bukannya tentang lakonan atau
nyanyian, tetapi gossip atau pun bisnes mereka sendiri. Jadi, di manakah
relevannya golongan sebegini? Pengulas industri hiburan, Sepit Siput menamakan golongan ini sebagai 'Tibaiunta' iaitu singkatan pada "Selebriti Yang Tiada Bakat Istimewa Untuk Dipertaruhkan".
Tidak
menamakan siapakah artis tersebut secara spesifik, namun ramai yang
boleh meneka. Ini disebabkan Neelofa baru sahaja mendapat percalonan
Influencer Award 2019 Monaco menyebabkan namanya disebut-sebut sebagai
'tibaiunta'.
|
msdummy.2018 replied at 27-6-2019 02:06 PM
sepit siput tuh bukan forumer sini ker?
Boomibulat replied at 27-6-2019 02:12 PM
Beliau dh bersara sis..siap bika thread nak announce dulu..hehe
hzln replied at 27-6-2019 01:59 PM
Panjang artikel ini
Tapi kesimpulannya mudah jer
Cari Azza = sepitsiput
msdummy.2018 replied at 27-6-2019 02:13 PM
Boleh jadi forum bersara... Smbung kat ig/twitter?? Hahahahah
Asdan replied at 27-6-2019 02:27 PM
tanya sikit, kenapa unta ?
Asdan replied at 27-6-2019 02:27 PM
tanya sikit, kenapa unta ?
Cari-Azza replied at 27-6-2019 02:50 PM
'Tibaiunta' iaitu singkatan pada "Selebriti Yang Tiada Bakat Istimewa Untuk Dipertaruhkan".
- h ...
ADVERTISEMENT