CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Reben Perkhidmatan Berbaris-baris, Apa Sumbangan Latheefa Koya?

1-7-2019 01:12 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3134| Komen: 6|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Reben perkhidmatan yang disematkan pada pakaian seragam Latheefa menjadi topik hangat yang dibincangkan netizen. Kredit foto: MACCTube


Belum pun reda dengan isu lantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kontroversi panas terus melanda Latheefa Koya apabila netizen mempersoalkan tentang koleksi reben perkhidmatan yang dipakainya. 

Beliau dikritik oleh banyak pihak selepas dilihat memakai reben perkhidmatan berbaris-baris pada pakaian seragamnya semasa menghadiri acara perbarisan tamat latihan kadet baharu SPRM 27 Jun lalu.

Kredit foto: Carian Google


Perkara itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen kerana Latheefa masih baru lagi memegang jawatan tertinggi SPRM tersebut justeru menyebabkan mereka bertanya apakah jasa yang disumbangkan beliau dalam masa yang sangat singkat.

Bagi menjawab pertanyaan tersebut, Latheefa melalui kenyataan media yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi SPRM pada 29 Jun lalu menjelaskan, reben perkhidmatan yang dipakainya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar) Bil. 1 Tahun 2012.

Kredit foto: Facebook

Perintah itu mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM memakai reben perkhidmatan seperti yang disenaraikan.

Beliau mengakui terdapat sedikit kekhilafan dalam reben servis yang dipakaikan namun tidak mengulas lebih lanjut tentang perkara berkenaan.

Nampaknya netizen masih belum berpuas hati dengan penjelasan Latheefa dan meminta beliau menyenaraikan setiap reben perkhidmatan yang diterima dan dipakainya untuk membolehkan mereka membuat perbandingan.

Kredit foto: Facebook

Seorang netizen menyuarakan pandangannya berhubung reputasi SPRM yang didakwa merudum selepas ia diketuai oleh Latheefa.

Kredit foto: Facebook

Ada juga yang bertanya tentang status siasatan SPRM terhadap skandal-skandal yang membabitkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) seperti kes terowong dasar laut dan pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Kredit foto: Facebook

Penjelasan yang diberikan Latheefa bukan sahaja kelihatan seperti tidak berupaya menjernihkan keadaan malah menyebabkan beliau dikecam lebih teruk lagi. - CARI 

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • kakigebang


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 1-7-2019 01:37 PM
Rajin netizen menilik {:smile
Hehe..
Quote Simunggu 1-7-2019 02:58 PM
apa benda tu saya tidak tahu...ada..tiada...tidak penting bagi netizen
Quote Acikgomen 1-7-2019 08:25 PM
Harap kak tipah tak koyak dengan cercaan netizen yach
Quote EmaAsmadi 1-7-2019 08:31 PM
{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose
Quote am2020 7-7-2019 11:50 AM
pompuan tua ni mmg koya...
Quote Ina8895 9-7-2019 01:50 AM
Aduh tipah koya. Kau ingat sprm tu bapak kau punya ke?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.114646 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top