CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Isu Kontroversi Baju Dalam Kimono Kim K, Datuk Bandar Jepun Akhirnya Bersuara

1-7-2019 02:00 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7553| Komen: 29|Original author: Oleh: intan

Mungkin ramai sedia maklum, bintang popular dunia Kim Kardashian telah melancarkan jenama pakaian dalam terbaru yang diberi nama KIMONO. Keputusan untuk menggunakan nama Kimono ternyata telah mencetuskan kontroversi dan telah hangat diperkatakan kerana berkait rapat dengan sensitiviti masyarakat Jepun. 



Pakaian dalam terbaru yang menyerupai bengkung yang sedia seksi itu amatlah jauh sekali dengan pakaian tradisi masyarakat Jepun iaitu Kimono. Masyarakat dunia terutamanya warga Jepun merasakan KimK sepatutnya lebih sensitif dalam mengeluarkan sesuatu jenama tambahan pula jika ianya berkaitan dengan budaya sesuatu masyarakat.


Menurut portal Indipendent, berikutan isu ini, Datuk Bandar Kyoto iaitu Daisaku Kadokawa telah mengeluarkan kenyataan dengan menggesa KimK memikirkan semuka penggunaan nama kimono untuk jenama pakaian dalam tersebut kerana ianya Kimono merupakan pakaian tradisi masyarakat Jepun. Pernyataan tersebut telah dilakukan apabila telah timbul perasaan kurang senang di kalangan orang Jepun kerana sikap kurang sensitif KimK terhadap sejarah dan tradisi mereka.

Dalam surat tersebut, beliau telah menjelaskan bahawa kimono itu merupakan satu lambang budaya terbesar dalam masyarakat Jepun dan merupakan nilai-nilai negara itu yang harus dihormati.

Menurutnya lagi, adalah tidak wajar dan kurang sesuai apabila kimono yang dianggap pakaian tradisi masyarakat Jepun digunakan sebagai satu nama untuk baju dalam wanita. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 1-7-2019 02:23 PM
Hmm..apakah fungsi yg sbelah tinggi sbelah pendek tuh?
Quote noell 1-7-2019 02:27 PM
abih kalo pakai baju dlm dia neh kalo nak tercirit terkincit camna??

masalah besaq neh
Quote nazzse 1-7-2019 02:33 PM
Awat pelik benar body porpotions sheols?
Quote Boomibulat 1-7-2019 02:45 PM
Aku cadang tukar nama kpd 'KIMAKO' je.
Quote cikkatak 1-7-2019 03:01 PM
xtahumenahu replied at 1-7-2019 02:23 PM
Hmm..apakah fungsi yg sbelah tinggi sbelah pendek tuh?

Sama la terpikir gak ni. Sebelah pendek tu nak buat apa? Entah apa2 design dia.
Quote iloveyou 1-7-2019 03:05 PM
xtahumenahu replied at 1-7-2019 02:23 PM
Hmm..apakah fungsi yg sbelah tinggi sbelah pendek tuh?

utk org pakai dress slit side mcm ni


tp setup brand nama Kimono sgtlah nonsense
Quote kucingitam 1-7-2019 03:13 PM
Boomibulat replied at 1-7-2019 02:45 PM
Aku cadang tukar nama kpd 'KIMAKO' je.

hahhaahha...kimak..ko
Quote multinicky 1-7-2019 03:30 PM
body sndr pon renovate ad hati nk brace the women dgn attire ni...puihhh
Quote Artemesiaa 1-7-2019 03:32 PM
Kenapalah tak fikirkan betul2 sebelum memilih nama tu yang pasti akan cetuskan isu tapi bila fikir balik dia memang sengaja mencari isu
Quote luluaurora 1-7-2019 03:46 PM
Kimono.. Mana2 manusia dlm dunia tahu kimono ni jepun punya.. Its their trademark..
Quote ezacbee 1-7-2019 03:52 PM
Saje2 ni kasi panas
Quote Zazashar 1-7-2019 04:36 PM
Boomibulat replied at 1-7-2019 02:45 PM
Aku cadang tukar nama kpd 'KIMAKO' je.

Hahaha.. try la dm dia weh. Mana tau bleh dtrima pakai
Quote buragazz 1-7-2019 05:17 PM
Boomibulat replied at 1-7-2019 02:45 PM
Aku cadang tukar nama kpd 'KIMAKO' je.

Hahaha.. aku setuju.. sangatttt..!!!!
Quote aleesyasofia 1-7-2019 05:22 PM
dah knape nak ltak nama kimono..?? dh terang2 bila sebut kimono boleh tau dah pakaian tradisional jepun..
Quote nono86 1-7-2019 06:57 PM
Rupa bra dia tu mcm nursing bra yang jual kan shoppe >rm 10 tu. Yang kt shoppee tu selesa pakai, bg yg tak suka dawai/sisi yang keras. Lembut aje.
Quote giyomi 1-7-2019 07:01 PM
KimK sgt ppuan ni...sekadar wat baju dlm pon bole kaya. pastu guna nama baju kebangsaan negara org. saja nak propa kot minah kimK ni
Quote kokonutkandy 1-7-2019 08:36 PM
xtahumenahu: Hmm..apakah fungsi yg sbelah tinggi sbelah pendek tuh?


Kalau pakai dress jenis sebelah pendek sebelah panjang tu.
Quote Zeatyisaac 1-7-2019 08:47 PM
Boomibulat replied at 1-7-2019 02:45 PM
Aku cadang tukar nama kpd 'KIMAKO' je.

Setuju sangat2....hahaha.
Quote missDollie 1-7-2019 08:48 PM
nono86 replied at 1-7-2019 10:57 AM
Rupa bra dia tu mcm nursing bra yang jual kan shoppe >rm 10 tu. Yang kt shoppee tu selesa pakai, bg  ...

Hahaha.. Betul la chuols.. Macam genie bra tu kan.. Tapi iols beli kat sogo lagi selesa.. Adoi lupa jenama.. Lg lembut dan selesa..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.043515 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top