CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana Ada Kesan Gas Toksik Di Pasir Gudang, Doktor Dakwa Pelajar Cuma Diserang Histeria

4-7-2019 01:35 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7489| Komen: 52|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Dr. Looi Hoong Wah (gambar kecil) mendakwa insiden terbaharu di Pasir Gudang mungkin berpunca daripada histeria massa. Kredit foto: MStar & Malay Mail Online


Walaupun ramai murid dan pelajar sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor terjejas akibat keracunan gas yang dipercayai disebabkan oleh kebocoran bahan kimia, seorang pengamal perubatan mendakwa situasi itu hanyalah satu fenomena histeria massa.

Felo Akademi Perubatan Malaysia, Datuk Dr. Looi Hoong Wah memberi pandangan itu melalui status yang disiarkan dalam laman Facebook miliknya pada 2 Julai lalu.

Kredit foto: Facebook


Beliau menyatakan bahawa insiden 'keracunan gas beramai-ramai' yang dialami beberapa murid sekolah sejak 20 Jun lalu adalah satu fenomena biasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, mereka meniru kejadian sebenar yang berlaku pada Mac lalu bagi mewajarkan luahan perasaan berhubung isu sosial dan alam sekitar yang terpendam.

"Dalam hal ini, tiada gas toksik dikesan dalam udara dan semua pengamal perubatan serta saintis dalam kebingungan," jelasnya.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklimm Yeo Bee Yin (paling kanan) turut memeriksa kualiti udara di Pasir Gudang. Kredit foto: The Star Online

Dr. Hoong Wah menambah, kejadian terbaharu di Pasir Gudang itu berkemungkinan besar kes histeria massa memandangkan tiada invididu lain yang terlibat kecuali pelajar-pelajar perempuan.

Beliau mendakwa, fenomena histeria dalam kalangan pelajar perempuan di Malaysia adalah sesuatu yang agak biasa dan boleh menyebabkan hiperventilasi, menangis, lemah, pitam, konvulsi dan pengsan.

Semua sekolah di Pasir Gudang terpaksa ditutup mulai 25 hingga 26 Jun 2019 ekoran kebimbangan tentang keracunan gas toksik. Kredit foto: The Star Online

"Fenomena ini adalah lebih kerap berlaku dalam persekitaran yang agak mengekang dan atmosferanya bersifat menekan seperti yang sering dialami oleh pelajar-pelajar sekolah kita.

"Ia tidak membahayakan nyawa kecuali apabila berlaku konvulsi yang boleh menyebabkan salur pernafasan tersumbat," katanya.

Untuk rekod, Dr. Hoong Wah juga pernah mempersoalkan bantahan pihak-pihak tertentu terhadap operasi kilang nadir bumi, Lynas di Kuantan, Pahang. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 4-7-2019 01:59 PM
datuk ni siapa? dia ingt histeria boleh prmpn jer ker? lelaki pun boleh histeria...bukan prmpn
Quote umbut 4-7-2019 02:00 PM
Ada ke org kena  histeria semput  pengsan.. Histeria jerit jerit ler
Quote Themilo 4-7-2019 02:14 PM
aku sumpah benda tu jadi kat keluarga doktor tu sendiri.. baru dia tahu erti penyesalan..
Quote ainashiqa 4-7-2019 02:15 PM
Mustahil je kena histeria
Quote sadiq_segaraga 4-7-2019 02:19 PM
Cubaan nak tutup kesalahan pencemaran udara dan kelemahan menteri
Quote awanysss 4-7-2019 02:22 PM
bukan literally histeria
Quote haryatie 4-7-2019 02:25 PM
haaaiiiisshhh bleh dia kata histeria
Quote kelapaparut 4-7-2019 02:25 PM
Dah tu maksudnye kite kne tipu bulat2 dgn budak2 ni ke..iols ingat menteri ph xreti buat keje, ke budak2 sekolah pandai berlakon nak ponteng skolah
Quote fff_cat 4-7-2019 02:31 PM
Habis tu yg jurugambar nstp yg warded tu pun histeria gak ke??
Quote shamsadis 4-7-2019 02:37 PM
agak2 lah nak backup kaum sendiri pun, aduhai
Quote pyropura 4-7-2019 02:41 PM
Tered nak gasak cina lar niy
Quote ^CUN_GILA~. 4-7-2019 02:45 PM
sadiq_segaraga replied at 4-7-2019 02:19 PM
Cubaan nak tutup kesalahan pencemaran udara dan kelemahan menteri

Babi punya doktor..  Ha tepokk bangsa jawa yang tolak parti melayu tu aritu.  Mampus la korang anak-beranak hidu gas beracun.  Aagitcheww..
Quote sitilu 4-7-2019 02:45 PM
histeria sebab nampak hantu cina letteww

hantu cina memang jahat mati tak tenang sebab bumi tak terima salah amalan masa kat dunia

Quote tumpanglalu74 4-7-2019 02:53 PM
msdummy.2018 replied at 4-7-2019 01:59 PM
datuk ni siapa? dia ingt histeria boleh prmpn jer ker? lelaki pun boleh histeria...bukan prmpn

Yang ni pon dia zugak dulu..  Doktor upahan la ni.

IMG_20190704_144858_288.JPG
Quote msdummy.2018 4-7-2019 02:56 PM
tumpanglalu74 replied at 4-7-2019 02:53 PM
Yang ni pon dia zugak dulu..  Doktor upahan la ni.

ceh..lynas xjugak tutup...bila nk tutup nieh???
Quote tobby 4-7-2019 02:59 PM
^CUN_GILA~. replied at 4-7-2019 02:45 PM
Babi punya doktor..  Ha tepokk bangsa jawa yang tolak parti melayu tu aritu.  Mampus la korang ana ...

Cuba letak doktor tu satu family selama sebulan kat kawasan tercemar tu... Klu masih hidup lagi baru boleh percaya
Quote tobby 4-7-2019 03:01 PM
tumpanglalu74 replied at 4-7-2019 02:53 PM
Yang ni pon dia zugak dulu..  Doktor upahan la ni.

Ni sebiji skrip Adib dituduh dilanggar kereta bomba oleh sami kuil hindu. Malaysia Baru ni boleh twist cerita selamba jer. Sebagaimana boss2 mrk kencing mcm tu la org2 bawahan mrk
Quote EmaAsmadi 4-7-2019 03:10 PM
Pulekkkk{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:sing
Quote Malaysia.Doom 4-7-2019 03:18 PM
doktor kangkung Kat PH

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.064019 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top