CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Lambakan 'Backpackers', Bali Akhirnya Hantar Pulang Pelancong Tak Berduit

5-7-2019 11:14 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7286| Komen: 38|Original author: Oleh: intan

Kalau anda pernah ke bandar-bandar pelancongan terkenal di negara Asia misalnya, pasti pernah ternampak pelancong asing duduk di tepian jalan kemudian meminta sedekah dengan menyanyi dan sebagainya.


Di Malaysia pun ada juga golongan 'backpackers' ini seperti di Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Masyarakat kita yang terkenal dengan sifat bermurah hati lantas memberi duit kerana kasihan melihat pelancong tidak berduit ini. Namun kini masyarakat lebih cakna dengan fenomenan pelancong asing yang merantau ke negara orang tapi bertindak meminta sedekah untuk meneruskan perjalanan 'melancong' ke negara lain!

Pelbagai 'bakat' dipertaruhkan semata-mata ingin memperoleh wang daripada warga tempatan seperti menyanyi, melukis dan membuat kraftangan. Malah di Malaysia, terdapat beberapa aduan telah dibuat terhadap golongan ini.



Namun, berbeza pula di Bali yang memang terkenal sebagai pusat pelancongan di seluruh negara, kerajaan mereka telah mengambil keputusan tegas untuk menghantar pelancong tidak berduit ini balik ke negara mereka semula. Mana-mana pelancong yang datang melancong kemudian meminta sedekah akan segera dihantar ke kedutaan negara masing-masing.

Menurut Setyo Budiwardoyo, pegawai dari Pejabat Imigrasi Ngurah Rai, pihak Indonesia ada membantu pelancong asing yang kehabisan duit dengan memberi makanan dan tempat penginapan namun dari ke hari, kerajaan mula curiga akan sikap pelancong yang berpura-pura miskin dan dalam kesusahan.


Malah terdapat peningkatan dari segi masalah yang dibawa oleh pelancong asing sewaktu mengembara di negara tersebut. Antara negara yang sering meningkatkan kes 'backpackers' ini adalah Australia, British dan Rusia.  Jalan yang terbaik adalah terus menghantar pelancong tersebut ke kedutaan untuk urusan pengawasan dan pemerhatian.

Nampaknya, 'backpackers' ini dah semakin menular di negara Asia yang lain tidak sahaja di Bali. Penguatkuasaan ketat perlu dilakukan supaya masalah yang lebih parah bakal terjadi jika perkara ini tidak dibendung dari akar umbi. - CARI 


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 5-7-2019 11:21 AM
kalau kita nak apply visa p negara2 lain tu
kadang2 siap bank statement dia minta..
tiket balik kena ada.... itinery pun kena ada...

tp kalau org luar datang mesia tu...
selamba badak jer... imigration tkade nak tanya apa2 pun...
stamp pasport, settled masuk mesia....
Quote iznanaziz 5-7-2019 11:25 AM
tak boleh jadi ni, kena dibendung.
senang2 dtg tempat kita
lps tu kita bagi duit pulak kat diaorang
Quote LadyCarefree 5-7-2019 11:25 AM
Patut deport je atas alasan kerje tanpa permit. Masa nk masok diorang kene buktikn ade teket kluar dr msia. Skrng dh senang nk check online pastikan teket tu vakid ke x. Masa masok pon kene buat check lebih skit psl booking hotel mereka. Minta credit card dn check valid atau x.

Psl kerje tanpa permit, harap pihak berkenaan jalankn tugas dn tegas la. Model dn retis warga asing sngat mudah dpat job kt sini.
Quote prettyuglybabe 5-7-2019 11:29 AM
suruh dorang datang malaysia..
gerenti hidup senang..
maklum la kokesen..
ummah sini sanjung tinggi
Quote Artemesiaa 5-7-2019 11:32 AM
Yang buat perangai macam tu kat Malaysia ni pun harus dikenakan tindakan yang sama hantar je mereka ke kedutaan masing2.  Terpulanglah kepada pihak kedutaan mereka nak ambil tindakan seterusnya macam menghantar mereka pulang je hapa
Quote kikuri 5-7-2019 11:37 AM
malaysia pun patut buat benda sama... tangkap je pelancong sengkek ni hantar kat kedutaan dorang... bior kedutaan je setel... orang lain berpeluh tiak simpan duit nak travel... ko senang je mintak sedekah...
Quote LostStar 5-7-2019 11:42 AM
prettyuglybabe replied at 5-7-2019 11:29 AM
suruh dorang datang malaysia..
gerenti hidup senang..
maklum la kokesen..

terus jadi artis kalau di Malaysia ni.. blh buat rancangan backpackers hah.. haha
Quote kucingitam 5-7-2019 11:49 AM
dah satu kerja lak gomen nak kena hantar balik semua..duit gak tu..menyusahkan org la yang dok backpackers tak berduit ni..nak travel simpan duit la woi.
Quote stormcloud 5-7-2019 11:55 AM
Dulu ada nampak kat loken yang cuba jual gambar
Quote Eliadaisy83 5-7-2019 11:59 AM
Minta sedekah pun dah dikira kerja haram..susah2 rakyat malaysia membanting tulang, mereka senang2 mintak
Quote fushimi 5-7-2019 12:08 PM
takpe tunggu i jadi PM

bukan setakat backpacker i hantar balik yang tak ori banyak cakap pun iols hantar balik

biar rakyat iols aman aman ja kat mesia ni



Quote lebahberachun 5-7-2019 12:11 PM
sbb tu la puak2 ni suka travel area SEA. murah katenye. takda duit buat cara tade duit yach!
Quote binipopeye 5-7-2019 12:17 PM
senang nyer hidup... xyah keje membanting tulang... senang lenang hidup go travel xde duit buat muka kesian gerenti dpt duit free...
Quote sarah82 5-7-2019 12:33 PM
fushimi replied at 5-7-2019 12:08 PM
takpe tunggu i jadi PM

bukan setakat backpacker i hantar balik yang tak ori banyak cakap pun iols ...

Nanti ang jgn lupa update parti ang.. Senang aku nak vote.. Undi aku utk org yg bekerja untuk rakyat.
Quote sitilu 5-7-2019 12:37 PM
sarah82 replied at 5-7-2019 12:33 PM
Nanti ang jgn lupa update parti ang.. Senang aku nak vote.. Undi aku utk org yg bekerja untuk raky ...

orang berforum gak, tapi tarak la tinggal kerja tanggungjawab sampai rumah semak cam rumah kau





Quote nisako 5-7-2019 12:41 PM
padan muka menipu je......... kalau x de duit jgn dok melancong
Quote sarah82 5-7-2019 12:42 PM
sitilu replied at 5-7-2019 12:37 PM
orang berforum gak, tapi tarak la tinggal kerja tanggungjawab sampai rumah semak cam rumah kau

...

Kekadang aku fikir.. Mesti ang ni stalker aku.. Sebab tu dok mengikut kat mana aku komen.
Quote sitilu 5-7-2019 12:45 PM
sarah82 replied at 5-7-2019 12:42 PM
Kekadang aku fikir.. Mesti ang ni stalker aku.. Sebab tu dok mengikut kat mana aku komen.

suka aku nak post apa kat sapa aku suka

ni forum bukan mak kau punya

Quote sarah82 5-7-2019 12:47 PM
sitilu replied at 5-7-2019 12:45 PM
suka aku nak post apa kat sapa aku suka

ni forum bukan mak kau punya

Ooooo.. Tapi pelik kan.. Sebelum aku komen.. Tak ada pulak ang komen.. Sah mmg stalker aku..

Hai STALKER.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.214169 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top